Sila Klik Nuffnang

Wednesday 15 August 2012

Tahniah kepada semua..

Pada 12 Ogos yang lalu, Surau Wahbah Al-Zuhaily telah pun berjaya melaksanakan program khatam Al-Quran bersempena majlis berbuka puasa. Pada tahun ini dilihat kehadiran peserta pada majlis khatam sangat menggalakkan. Jumlah rehal yang ada di surau menunjukkan bahawa kehadirannya adalah lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily berbesar hati mengucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya khatam Al-Quran sepanjang Ramadhan ini melalui program taddarus Al-Quran yang diadakan pada setiap hari. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada semua para petugas Ramadhan yang turut diraikan selepas majlis khatam itu.

Berikut adalah beberapa sorotan gambar ketika sesi khatam Al-Quran tersebut untuk tatapan semua.

Beginilah kehadiran peserta ketika majlis khatam Al-Quran tersebut. Alhamdulillah. Ramai juga yang hadir meraikan peserta taddarus.

Sdr. Farid memulakan majlis khatam dengan alunan taranumnya sehingga memukau Rusydi yang mendengar disebelahnya.

Pengerusi Surau, Ustaz Azim memimpin majlis khatam pada petang tersebut.

Peserta khatam Al-Quran dengan penuh asyik mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Kuning diraja pilihan Sdr. Faizal sempena majlis khatam. Baju tersebut menggantikan pulut kuning yang tidak sempat disediakan oleh pihak Surau.

Abang Bilal Isyak turut serta meraikan majlis khatam Al-Quran.

Berkongsi Al-Quran antara Sdr. Salzeli dan Sdr. Romzi kerana rehal telah habis stok. Anak Sdr. Romzi tekun mendengar pakcik-pakcik berkhatam.

Timb. Pengerusi, Abang Ali hanya mendengar sahaja anak-anak muda membaca surah-surah lazim yang telah dihafalnya sejak 30 tahun dahulu.

Antara sebahagian Muslimat yang hadir turut sama menyemak bacaan ketika majlis khatam.

Doa dibaca menandakan penamat program taddarus Al-Quran Ramadhan 1433H. InsyaAllah berterusan pembacaan Al-Quran di sepanjang masa.

Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada Bendahari, Cikgu Rizal yang merupakan salah seorang peserta taddarus Al-Quran yang telah khatam.

Tauke besar, Encik Mad juga menerima saguhati daripada pihak surau.

Pengacara majlis, En. Fikri meninggalkan sebentar microfon untuk menerima cenderahati setelah mengumumkan sendiri nama beliau.

Orang kuat dapur, En. Bakhtiar antara petugas Ramadhan yang turut diraikan selepas majlis khatam.

Jarang nampak orang kerja dapur macam En. Firdaus berjubah bulan Ramadhan ni. Tapi hari khatam tu semua diuruskan katering, maka penampilan beliau tampak berbeza sekali.

Abg Rosaidi, salah seorang veteran yang membantu kerja-kerja Surau sepanjang Ramadhan ini. Respect kepada beliau yang sudi bekerja bersama orang muda.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Diharap juga agar ianya lebih meriah dari tahun ke tahun serta mendapat peneyrtaan menggalakkan daripada penduduk dan ahli qariah Surau Wahbah Al-Zuhaily. Tahniah dan terima kasih kepada semua.

No comments:

Post a Comment