Sila Klik Nuffnang

Wednesday 8 August 2012

AzizulHasni Awang: Kebanggaan Islam dan Malaysia

"Jijoe Hampir Buat Kejutan". "Jijoe Terkepung Lap Terakhir". "Dramatic". "Azizulhasni Walks Tall". Itu adalah sebahagian daripada tajuk utama akhbar arus perdana selepas menyaksikan impian tambahan pingat negara tidak kesampaian dalam acara akhir Keirin lelaki Olimpik 2012 malam tadi.

Azizulhasni Awang @ therocketpocketman

Tiada sedikit pun kekecewaan yang terpancar di benak fikiran rakyat Malaysia ketika mana menyaksikan Azizulhasni Awang @ ThePocketRocketMan memberi tentangan yang baik ketika menduduki tempat keenam acara tersebut. Majoriti akan bersetuju bahawa jaguh basikal negara itu tidak mampu memecut langsung ketika mana posisi beliau di dalam keadaan terkepung. Penulis juga melihat siaran langsung jam 1.00 pagi itu. Nyata jika ada kesempatan kedua, pasti Jijoe adalah pemenang pingat emas pertama Malaysia.

Mereka merancang, Allah jua merancang. Maka, perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Tiada rezeki buatnya untuk temasya Olimpik 2012. Namun prospek yang baik jelas terpancar di wajah anak muda kelahiran Terengganu ini. Lebih membanggakan, Azizulhasni adalah satu-satu nama Islam yang tertera di dalam acara akhir berbasikal. Berbanding ulasan berkenaan Lee Chong Wei sebelum ini, penulis lihat ada watak berbeza ditunjukkan apabila ThePocketRocketMan  beraksi. Watak Islamic dan penuh penyerahan kepada Allah jelas terpancar diwajahnya dan juga peminat-peminat di tanah air.

Kredit: Gambar dari www.saifulislam.com

Ada cerita yang boleh dikongsi daripada apa yang berlaku pada kesudahan racing malam tadi. Betapa inilah yang dikatakan belajar daripada sejarah-sejarah umat Islam terdahulu yang diceritakan oleh Allah dan Rasul-Nya. Azizulhasni jelas seorang atlet berjiwa besar yang dambakan perubahan terhadap prospektif sukan. Masakan tidak, Azizulhasni berjaya menjadi Islam tidak jauh daripada arena sukan. Bukan semata-mata kerana dia adalah Muslim berbanding Sir Chris Hoy, namun jiwa Islam yang dibawanya menggamit semua umat Islam Malaysia sama mengingati Allah untuk kejayaan Negara.

Penulis tertarik dengan beberapa post terakhir di dalam blog www.saifulislam.com yang mengulas tentang persiapan dan pasca perlumbaan yang dihadapi oleh Azizulhasni. Kebanyakannya menjurus kepada usaha dan penyerahan kepada Allah SWT dengan dilihat sebenar-benar penyerahan. Baik dari segi harapan Azizulhasni hatta kepada komen-komen yang di tweet oleh rakyat Malaysia yang mendoakan kemenangannya tanpa ada berlebih-lebihan seperti ketika mana aksi Lee Chong Wei tempoh hari. Ini amat baik untuk sukan di dalam perspektif Islam.

Penulis suka untuk berkongsi tulisan Ustaz Hasrizal Jamil di dalam blognya www.saifulislam.com berkenaan Azizulhasni. Anda boleh dapati kisah itu di pautan dibawah:


Anda semua layak untuk berfikir akan kebenaran penulisan di dalam kedua-dua post di atas. Betapa tingginya nilai seorang yang bertubuh kecil ini di mata masyarakat Malaysia khususnya umat Islam untuk mengalungkan pingat yang lebih tinggi daripada emas. Azizulhasni benar-benar sebutir emas di kalangan atlet-atlet Muslim yang beraksi pada temasya Olimpik 2012.

Aksi tubuh kecil disamping jagoan Eropah.

Jika Datuk Lee Chong Wei dikatakan sebagai seorang yang mampu menyatukan hati-hati 28 juta rakyat Malaysia, mana tahu suatu hari nanti Azizulhasni akan lebih membanggakan. Kini dia telah mampu satukan hati umat Islam kepada Tuhan Pencipta Alam, mungkin juga suatu hari nanti, bertapakkan sukan berbasikal, akan lahir perpaduan Islam terbaik di kalangan umatnya. InsyaAllah.

Chris Hoy juga menghormati thepocketroketman.

Sekalung tahniah kepada Azizulhasni Awang di atas pencapaian membanggakan di dalam temasya Olimpik 2012 ini. Anda tetap juara di mata rakyat Malaysia dan umat Islam keseluruhannya. Usaha yang gigih dengan belajar daripada kekalahan seperti mana peristiwa Perang Uhud, pasti akan membuahkan hasil. Kami akan tunggu aksi anda di Rio De Jenario pada tahun 2016 nanti. Fatawakkaltu A'la Allah...Lahaulawala Quwatailla Billah..

No comments:

Post a Comment