Sila Klik Nuffnang

Wednesday 29 August 2012

Cadangan Majlis Aidilfitri


Malam tadi selepas solat Isyak, barisan AJK Surau Wahbah Al-Zuhaily dan beberapa jemaah telah pun meluangkan sedikit masa untuk berbincang berkenaan cadangan untuk mengadakan majlis Aidilfitri 2012.


Setelah dibincangkan oleh ahli-ahli yang hadir, pihak jawatankuasa Surau Wahbah Al-Zuhaily bersetuju dengan cadangan untuk diadakan majlis Aidilfitri ini pada 9 September 2012 (Ahad) bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Majlis Aidilfitri tahun ini adalah berkonsepkan Rumah Terbuka.

Namun begitu, beberapa perkara juga telah dibangkitkan di dalam perbincangan ini dimana konsep dan kaedah penyediaan makanan adalah bergantung kepada kos yang dapat dikumpulkan. Ianya juga bergantung kepada ketersediaan para jemaah, ahli qariah dan penduduk untuk bekerjasama menyediakan juadah yang telah disenaraikan.

Untuk makluman bersama, anggaran perbelanjaan hasil daripada kutipan Ramadhan adalah tidak termasuk majlis Aidilfitri ini. Namun disebabkan mahu mewujudkan suasana mahabbah di kalangan penduduk, pihak Surau bersetuju untuk mengusahakan kaedah lain bagi mendapatkan dana dan sumbangan juadah.

Persetujuan diterima ialah dengan mengagihkan setiap menu kepada blok melalui wakil-wakil blok Surau yang dilantik. Pihak Surau amat berharap agar penghuni blok turut mengambil bahagian dalam usaha menyediakan juadah tersebut. Jika berkemampuan dari segi tenaga, anda diharap dapat turut serta dalam gotong royong pada hari Sabtu (8 September) bermula jam 9.00 malam. Sumbangan berbentuk kewangan juga amatlah dialu-alukan.

Berikut adalah senarai juadah dan blok yang terlibat untuk penyediaan juadah tersebut.

 1. Nasi Beriyani Gam - Disediakan dengan dana sedia ada Surau Wahbah Al-Zuhaily. (Sumbangan daripada mana-mana pihak dialu-alukan. Hubungi Bendahari En. Mohd Rizal - 019-3377630)
 2. Sate Ayam dan Daging - Diuruskan oleh Blok H. (Sebarang sumbangan sila berhubung dengan En. Mahadzir - 012-4636793). 
3. Lemang dan Rendang Daging - Diuruskan oleh Blok C. (Untuk sumbangan sila hubungi En. Fadil - 019-2707163).  Rendang dimasak secara gotong-royong di perkarangan Surau.


4. Lontong dan Masak Lodeh - Diuruskan oleh Blok G. (Untuk sumbangan sila hubungi En. Naim 012-5632674). Dimasak secara gotong-royong di perkarangan Surau.
5. Nasi Impit dan Kuah Kacang - Diuruskan oleh Blok D. (Untuk sumbangan sila hubungi En. Bakhtiar - 017-2038116). Nasi impit akan direbus diperkarangan Surau secara gotong-royong. 
6. Rendang Ayam - Diuruskan penyediaan oleh Blok F. (Untuk sumbangan sila hubungi En. Mohamad - 013-3344989). 
7. Kuih Muih Tempatan - Disediakan oleh Blok B dan A. (Untuk sumbangan sila hubungi En. Salzeli - 012-9713542).  


8. Buah-buahan & Pencuci Mulut - Diuruskan oleh Blok E. (Untuk sumbangan sila hubungi En. Syed - 013-2223856). Buah-buahan dipotong secara gotong royong di perkarangan Surau. 




Pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily amat mengharapkan penglibatan anda semua. Anda boleh memberi sebarang bentuk sumbangan sama ada berbentuk barangan, tenaga kerja atau kewangan. Kuih dan biskut raya secara port luck juga sudah mencukupi.

Semoga Majlis Aidilfitri 2012 ini dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment