Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Seluruh warga kerja dan Ahli Jawatankuasa Surau Wahbah Al-Zuhaily berbesar hati untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada seluruh penduduk Presint 18 Fasa R12, ahli qariah dan semua muslimin muslimat di seluruh Negara.
Sempena Aidilfitri ini, kami memohon ribuan keampunan sekiranya terdapat kekurangan yang telah dilakukan sepanjang mengendalikan qariah Ramadhan di Surau Wahbah Al-Zuhaily ini. Segala kekurangan itu adalah kelemahan kami sebagai hamba Allah yang dhaif.
Kepada ahli qariah yang akan pulang berhari raya di kampung halaman, pastikan anda berhati-hati sepanjang berjalanan sama ada dekat atau pun jauh. Elakkan daripada terburu-buru untuk sampai ke destinasi. Sebaliknya berhemahlah menggunakan jalanraya. Pastikan jadual perjalanan diatur dengan baik agar tiada sebarang permasalahan dihadapi kelak.
Semoga kita akan bertemu lagi selepas cuti panjang Aidilfitri nanti. Selamat berhari raya, pandu dengan cermat dan mudah-mudahan akan kembali dengan selamat ke Putrajaya.
Selamat Hari Raya AidilFitri.
Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment