Sila Klik Nuffnang

Friday, 24 August 2012

Bila Agaknya Nak Buat Yer..?

Kalau dikira jumlah hari di bulan Syawal ni, ianya dah pun menjejak angka 6 hari. Rasa-rasanya apa perkara yang perlu dirancang ketika ini yer..? Mungkin ada yang masih lagi di kampung halaman menghabiskan bilangan cuti yang panjang. Ada juga telah mula bertugas di jabatan dan syarikat masing-masing. Atau ada lagi yang belum sempat untuk cuti berhari raya kerana tugas dan tanggungjawab yang dipikulnya.

Penulis percaya, masing-masing ada perancangan tersendiri selepas kembali daripada cuti Hari Raya Aidilfitri ini. Paling heboh diperkatakan ialah tarikh untuk melaksanakan majlis rumah terbuka atau lebih best disebut "Open House". Open House ni seolah-olah sudah menjadi keutamaan masyarakat kita. Invitation merata-rata sekarang ni. Sebelum Aidilfitri lagi telah disusun jadualnya. Ada diterima daripada SMS, Emel, Facebook, malah di radio dan televisyen pun ada.

Tapi, adakah itu perkara yang penting selepas 1 Syawal..? Tidak teringat ke tentang perkara lain yang lebih dituntut..? Haa..kalau anda terlupa, biar penulis ingatkan. Ini juga merupakan peringatan terhadap diri sendiri yang masih juga belum melaksanakannya.

Puasa 6 hari di bulan Syawal. Dah buat ke belum yer..? Bila agaknya nak mula yer..?

E'eh..jangan berhenti membaca. Inikan topik yang penting juga di dalam bulan Syawal ni. Kalau tahun ni belum bersedia pun tiak mengapa. Mungkin baca tahun ni, boleh mencipta azam pada tahun hadapan. Betul tak..?

Tuntutan Puasa 6 Hari Syawal

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya

Mari Mulakan Puasa Sunat 6 Hari di bulan Syawal

Ketentuan pahala semuanya adalah di atas kuasa Allah. Bagi penulis, amalan yang ikhlas kerana-Nya adalah paling penting dan insyaAllah layak menerima ganjaran yang setimpal. Jadi, apa lagi yang perlu ditunggu lagi? Mari kita mulakan puasa sunat 6 hari ini untuk menyahut sabda Rasulullah tersebut.

Sementara Syawal masih lagi panjang ini elok rasanya kita cepat-cepat persiapkan diri. Lebih-lebih lagi, kesan Ramadhan belum hilang sepenuhnya. Mungkin tiada masalah untuk menambah lagi 6 hari. Bagi Muslimat pula, masa ini juga sesuai untuk digantikan puasa-puasa yang tertinggal. Selepas selesai, pasti lebih indah Syawal pada tahun ini.


Selamat beramal..

1 comment: