Sila Klik Nuffnang

Thursday, 17 May 2012

Ustaz Azhar Idrus Berceramah Di Putrajaya..??

Sejak mula jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) keluar di laman web rasmi beliau di http://www.ustazazhar.net/, penduduk di Putrajaya dan sekitarnya tidak habis-habis membicarakan tentang keterujaannya melihat sendiri kehadiran pendakwah tersohor berceramah di Pusat Pentadbiran Negara ini. Lebih mengujakan apabila jadual tersebut menunjukkan lokasi ceramah beliau ialah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Bukan calang-calang penganjur jika ianya diadakan di PICC.

Penulis juga tidak ketinggalan menjadi salah seorang yang menanti-nanti kehadiran pendakwah hebat ini. Saban hari bercerita dan tertanya-tanya siapakah penganjur program ini. Penulis sendiri sebenarnya pernah memohon untuk UAI berceramah di Surau Wahbah Al-Zuhaily (SWAZ) di awal populariti beliau meningkat. Namun disebabkan ruang premis SWAZ terhad, PA kepada UAI berat hati untuk bersetuju dengan lokasi itu. Apa pun, dengan kedatangan ke PICC sudah cukup menggembirakan penulis dan ahli jemaah yang lain. Penulis pun mulalah mencari poster-poster penganjur di laman maya. Hasilnya, terjumpalah poster di http://hebahanmasjid.blogspot.com/ dan http://www.iluvislam.com/.

Poster dari hebahanmasjid.blogspot.com

Banner program super parents di http://www.iluvislam.com/

Poster pertama tidak menunjukkan lagi siapa penganjur ceramah ini. Namun bila terjumpa poster di iluvislam.com, penulis merasakan inilah penganjurnya. Cumanya program ini bukanlah secara khusus dipromosikan kepada umum tentang ceramah UAI, tetapi program utamanya ialah Konvensyen Super Parents yang diadakan pada 26-27 Mei 2012 di PICC. Maknanya penampilan istimewa UAI seolah-olah program terselit di celah-celah konvensyen tersebut. Betul ke..?

Jadual kuliah UAI bulan Mei 2012

Pada hari Isnin (14 Mei 2012) yang lalu, salah seorang sahabat penulis ada menghantar MMS poster ceramah UAI yang ditampal di bangunan-bangunan kerajaan sekitar Putrajaya. Apabila dilihat poster tersebut, datang kekeliruan di hati penulis kerana penganjur yang dinyatakan di dalam poster ialah PICC sendiri. PICC adalah agensi kerajaan persekutuan. Adakah benar PICC sebagai penganjurnya..??

Ini rupa poster yang ditampal di sekitar Putrajaya

Lihat senarai agensi penganjur dan sokongan terhadap program

Penulis jadi kurang yakin bila melihat poster di atas. Penganjurnya ialah PICC, disokong oleh JAWI, JAKIM dan MAIWP. Jika benar, program ini betul-betul satu program agama yang terhebat tahun 2012 ini. Untuk mendapatkan kepastian, penulis segera membuat carian program di laman web berikut:


Tiada sebarang bukti menunjukkan program tersebut berada di dalam jadual ketiga-tiga agensi kerajaan persekutuan tersebut. Lebih mengejutkan, senarai event di dalam jadual PICC juga tidak tertera sebarang program pada 26 Mei 2012. Sila klik link di bawah berkenaan jadual event di PICC yang dikemaskini pada 17 Mei 2012.

Ini linknya: "event calendar PICC"

Berdasarkan kalender yang dikeluarkan oleh PICC tersebut, penulis pun menghubungi beberapa rakan untuk mendapatkan maklum balas tentang ceramah UAI ini. Sumber daripada Masjid Tuanku Mizan memaklumkan bahawa, setakat penulisan ini, pihak berkuasa masih belum memberi kelulusan untuk diadakan ceramah tersebut. (Tidak diketahui pihak berkuasa tersebut mewakili polis atau PBT). Sumber daripada JAKIM pula memaklumkan, tiada permohonan dan persetujuan untuk disokong program ini seperti mana yang dinyatakan di dalam poster di atas.

Nampaknya program ceramah perdana UAI ini masih lagi menjadi tanda tanya tentang kesahihannya. Kebetulan pula, tarikh ceramah adalah sama dengan tarikh Program Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya pada 23-27 Mei 2012. Secara peribadi, penulis lebih bangga jika KBS dapat selitkan ceramah UAI ini di dalam program himpunan tersebut. Banyak manfaatnya kepada belia-belia di luar sana.

Apa pun, diharap program ceramah agama perdana seperti ini dapat dianjurkan di Putrajaya bagi mewujudkan kawasan Putrajaya yang harmoni dengan pengisian-pengisian keagamaan. Sama-samalah kita berdoa. InsyaAllah...

2 comments:

  1. Sekiranya ceramah di PICC dibatalkan atas sebab kelulusan tempat, Surau Wahbah Al-Zuhaily sedia membuka pintu seluas-luasnya untuk UAI berceramah di surau ini.

    ReplyDelete
  2. Sila dapatkan maklumat tepat

    ReplyDelete