Assalamualaikum wbt
Dimaklumkan kepada seluruh penduduk Presint 18 khususnya Fasa 18 R12 dan sekitar, Surau Wahbah Al-Zuhaily akan mengadakan satu majlis Berbuka Puasa dan Mahabbah penduduk seperti mana ketetapan yang dinyatakan pada poster di bawah.
Tarikh: 12 Ogos 2012 (Ahad)
Seluruh Ahli Jawatankuasa Surau Wahbah Al-Zuhaily dengan penuh rasa besar hati menjemput para penduduk, ahli qariah, para pengusaha perniagaan, syarikat penyelenggaraan dan orang ramai yang berkelapangan untuk sama-sama hadir ke majlis ini. InsyaAllah dengan kehadiran penduduk pada Iftar Jam'ie ini akan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan di kalangan penduduk dan ahli qariah selain mewujudkan perasaan mahabbah sesama umat Islam setempat.
Pada majlis berbuka puasa itu nanti, pihak surau juga akan mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi peserta-peserta taddarus sepanjang Ramadhan dan juga tazkirah Ramadhan bertajuk "Andai Ini Ramadhan Terakhirku", yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Aizam bin Mas'od, dari JAKIM. Semua penduduk adalah dijemput bersama di dalam kedua-dua aktiviti tersebut.
Diharap majlis ini dapat diwar-warkan kepada seluruh penduduk terutamanya di Presint 18 Fasa R12 untuk hadir beramai-ramai. Hidangan dan juadah istimewa disediakan khas untuk anda. Jangan lepaskan peluang ini kerana sesungguhnya majlis seperti ini juga akan dijanjikan pahala oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang memberi makan orang berpuasa, maka baginya pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi sedikit pun pahalanya." (Riwayat At-Tirmizi)
No comments:
Post a Comment