Sila Klik Nuffnang

Monday, 16 July 2012

Lawak Bukan Sekadar Lawak

Zaman sekarang ni ramai orang akan tertarik dengan unsur-unsur 'humor' atau lebih mudah kita sebut "lawak". Sebab tu kita boleh tengok Astro tak henti-henti dengan program lawaknya. Dari Raja Lawak ke Maharaja Lawak. Kemudian keluar pulak Maharaja Lawak Mega. Nak jadi grand lagi dipentaskan pulak geng-geng Raja Lawak dalam program Lawak ke Der..?


Unsur jenaka ini sememangnya ada nilai kormesialnya. Secara tidak langsung ia dapat menarik perhatian orang ramai dalam apa sahaja mesej yang ingin disampaikan oleh si pelawak. Tidak ketinggalan para asatizah (Ustaz & Ustazah). Gaya penyampaian yang bersahaja, santai dan menghiburkan, pasti akan lebih mendekatkan para pendengar dengan penceramah. Sebab tu kalau kita lihat ustaz-ustaz yang ramai pengikutnya di kalangan orang kebanyakan, pasti seorang yang pandai melawak. Tapi ingat.. lawak mereka bukan sekadar lawak kosong. Makna tersurat yang disampaikan melalui mesej lawak itu sangat berguna.

Hari ini penulis sebenarnya sekadar ingin berkongsi satu kartun yang telah difoward oleh seorang sahabat. Kartunis ini biasa kita lihat lukisannya di dalam majalah-majalah humor. Alangkah baiknya jika semua anak-anak seni dalam bidang humor ini menjadikan lawak sebagai bahan yang boleh diambil manfaat oleh semua golongan. Sila klik pada gambar di bawah untuk paparan yang lebih jelas.


Sekadar perkongsian untuk sama-sama kita mengambil iktibar. Ramadhan juga semakin menghampiri. Semoga kita mampu menjadi seorang bapa dan anak yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment