Sila Klik Nuffnang

Friday, 24 August 2012

Semoga Perjalanan Anda Dilindungi Oleh Allah

Aidilfitri telah memasuki hari yang keenam sambutannya. Perayaan meraikan kemenangan selepas sebulan menahan diri di dalam tarbiyah Ramadhan masih hangat diperkatakan. Namun bagi sesetengah warga kota, hari ini mungkin semakin ramai yang mula bergerak menuju pulang dari kampung halaman.
Menerusi laporan di berita, dikhabarkan trafik menghala ke Bandaraya Kuala Lumpur sudah beransur perlahan menandakan jumlah kenderaan mulai bertambah. Suka untuk penulis berkongsi berkenaan Ops Selamat 2012 (sebelum ini dikenali sebagai Ops Sikap) yang dikatakan berjaya pada tahun ini. Berdasarkan statistik, penurunan jumlah kemalangan berjaya dicatatkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ianya amat positif.

Keadaan di Plaza Tol Sg. Besi malam tadi.

Namun begitu, penulis tidak mahu agar statistik ini mengakibatkan pemandu-pemandu yang akan dan sedang menuju pulang ke kotaraya selepas cuti Hari Raya Aidilfitri ini, lalai dalam pemanduannya. Paling pentinga ialah rancang perjalanan dengan betul serta memastikan kondisi kenderaan dan badan anda dalam keadaan yang baik. Berdasarkan pemerhatian penulis yang telah pun tiba di Putrajaya semalam, kenderaan semakin bertambah disamping terdapat juga lori-lori besar menggunakan jalan-jalan utama menghala ke Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, penulis mewakili seluruh AJK Surau Wahbah Al-Zuhaily juga ingin menasihati semua anak qariah, warga penduduk Putrajaya dan kaum muslimin/muslimat supaya berhati-hati sepanjang pemanduan anda. Didoakan semoga anda semua selamat tiba ke destinasi masing-masing. Jangan lupa mengamalkan juga doa perjalanan seperti di bawah.

Doa untuk keselamatan semasa perjalanan.

Salam idulfitri. Mudah-mudahan kita dipertemukan lagi di Surau Wahbah Al-Zuhaily seperti mana meriahnya Ramadhan yang lalu.

No comments:

Post a Comment