Sila Klik Nuffnang

Thursday, 14 June 2012

"Disihir" Objek Bulat Di Tengah Malam

Sejak beberapa hari yang lalu, penulis dapat menyedari sesuatu perkara yang aneh berlaku di kawasan perumahan penulis. Kejadian ini berlaku sebaik sahaja jam menunjukkan waktu 12 malam. Penduduk kebanyakannya kaum lelaki seakan-akan disihir oleh sesuatu yang dikhabarkan berlaku setiap 2 tahun. Penulis antara salah seorang yang terkena 'sihir' tengah malam tersebut. Rupanya bulat sahaja tetapi ramai bapa-bapa dirumah akan menjerit 'histeria' hingga mengganggu si ibu dan anak yang sedang lena beradu.
Berapi-api objek bulat ni..

Penulis segara menyiasat. Owhh...Euro 2012 Poland-Ukraine sudah bermula rupanya. Patutlah yang kena sihir tu lelaki je ramai. Maka bermula sahaja sepak mula antara tuan rumah bersama Poland menentang Greece pada 9 Jun yang lalu, rata-rata peminat sukan nombor 1 dunia ini berjaga malam seiring para a'bid yang tegar di tikar sejadah bermunajat kepada Allah SWT.
Hebat bukan penangan objek bulat ini. Walaupun disepak terajang ke sana sini, ia masih mampu membuatkan jutaan manusia bercengkang mata melihat kerenah sang bola diperlakukan dengan pelbagai teknik dan skil. Itulah dia Euro 2012 yang rancak berlangsung di Poland dan Ukraine.

Euro 2012 Poland-Ukraine

Kehadiran kejohanan bolasepak kedua terbesar di dunia ini rata-rata menggamit perhatian rakyat Malaysia. ‘Sihirnya’ membawa kekalahan kepada hebat dan tingginya pelbagai syariat lain yang dituntut dalam Islam. Tidak salah meminati sukan kerana riadah adalah amat digalakkan di dalam Islam. Penulis juga merupaka seorang yang sentiasa memenuhi masa harian dengan aktiviti sukan dan antara yang teruk terkena ‘sihir’ Euro 2012 ini. Namun, ada beberapa panduan yang perlu dipatuhi bagi memastikan pengaruh Euro 2012 ini tidak mematikan terus tuntutan Islam.
Sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah, satu perkara penting yang perlu dijauhi ketika musim Euro ini ialah penglibatan dalam pertaruhan perlawanan. Walaupun bukan bertaruh dengan ‘tokan-tokan’ judi bolasepak, namun cabaran RM10 per game dengan sahabat handai juga perlu dihentikan. Suka-suka bukan alasan untuk menjadikan sukan sebagai alat judi. Judi tetap haram sedangkan sukan dan riadah adalah digalakkan dalam Islam. Ini isu besar yang perlu diambil berat bagi seluruh peminat bolasepak yang bergelar Muslim.
Judi adalah HARAM..!!!

Panduan lain yang ingin penulis seru di sini juga ialah waktu siaran bolasepak yang lewat di Malaysia. Ianya mengundang ramai peminat untuk berjaga malam seterusnya memberi kesan tidak baik kepada pekerjaan dan aktiviti harian lain. Lebih penting ialah waktu subuh yang dikhuatiri akan teruk terjejas. Penulis sendiri merasai perkara ini. Kurang tidur menyebabkan begitu sukar untuk sama-sama berjemaah di surau pada waktu subuh. Perlu banyak istighfar atas kesilapan dan kelalaian tersebut.  Pesanan ini sebenarnya untuk diri sendiri dan kepada seluruh pembaca blog ini. Berjemaah adalah paling afdhal dalam mendirikan solat. Namun jika tidak mampu, pastikan anda tidak terlepas daripada waktu solat yang telah ditentukannya.
Sekali lagi penulis ingin menyeru kepada seluruh pembaca agar jadikanlah kegilaan sukan nombor satu dunia ini sebagai antara hiburan dan riadah yang mengundang kebaikan.  Jauhilah perkara-perkara mungkar yang boleh menjatuhkan haramnya penglibatan kita dalam sukan ini. Gagahkanlah diri di setiap waktu subuh untuk menunaikan solat. Supaya Allah sentiasa merahmati kita dalam apa jua perbuatan kita di dunia dan di akhirat.

EURO 2012: Pasukan paling penulis minati ialah Italy. Harap Italy dapat kembali ke zaman kegemilangannya. Pilihan juara England walaupun tiada harapan menggunung daripada peminat. Tetapi ‘captain fantastic’ Steven Gerrard akan menjulang Piala Eropah ini.

1 comment:

  1. Wa harap2 tu Germany jua Juara kali ni ma....

    ReplyDelete