Baru-baru ini, penulis terbaca satu iklan di blok penulis berkenaan kes jenayah yang masih berlaku di kawasan penduduk Presint 18 Fasa R12. Kes ini melibatkan kecurian motosikal atau 'part' di dalam sebuah motosikal. Nampaknya banyak lagi yang perlu dikaji untuk menangani isu jenayah sebegini.
Berikutan permasalahan itu, satu memo daripada seorang penduduk telah pun ditampal di blok C. Tidak pula ditinggalkan nombor rumah atau nombor telefon untuk dihubungi. Mungkin jika ada senang juga AJK-AJK yang dilantik untuk berbincang dengan mereka yang telah mengalami masalah kecurian motosikal ini.
Di bawah ini penulis ada scan surat yang telah ditampal di papan kenyataan dan di dalam lif itu. Namun begitu, penulis terlebih dahulu memohon maaf kepada hamba Allah yang menampal memo tersebut, kerana penulis telah mencabut memo di dalam lif. Sebabnya mungkin anda boleh lihat gambar yang penulis upload di bawah nanti.
Inilah rupa memo asal yang masih suci murni yang ditampal oleh insan prihatin tersebut.
Kredit kepada penulis memo kerana sudi memaklumkan kepada seluruh rakyat jelata di blok C tentang perkara tersebut walaupun sekadar "cakap belakang". Gaya penulisan memo ni menunjukkan penulis memo paling-paling kurang berjawatan N27 di sektor awam. Kira hebat jugak la kot. Dari segi bahasa sehingga kekemasan alligment memo boleh menggambarkan penulis memo biasa dalam kerja-kerja pengurusan. Itu pendapat saya la..(",)
Cuma mungkin penulis memo tidak terfikir pada asalnya effect penulisan memo itu yang boleh mengundang pelbagai persepsi di kalangan penduduk. Sehinggalah dalam tempoh 2-3 hari memo ditampal, ianya berubah wajah serta merta. Lihat apa yang terjadi sehingga saya rasa memo tersebut perlu dicabut.
Niat yang baik itu akhirnya mewujudkan suasana yang kurang bijak di kalangan penduduk yang 'terlebih pen' di rumah. Anda lihat sendiri la. Dah jadi tempat berbahas pulak pada memo tu. Paling tidak bermoral, ada yang menulis perkataan-perkataan yang tidak patut dibaca oleh golongan kanak-kanak. Malu la pada diri sendiri sebagai penghuni kuarters kerajaan. Sedih.. sedih...
Macam-macam bahasa keluar dari mata pena pengguna lif tersebut. Isu yang paling dibahaskan bukanlah berkenaan motosikal yang hilang, tetapi mempertikaikan tugas dan tanggungjawab AJK yang dilantik. Penulis beristighfar panjang membaca gelagat semua yang menulis. Mula dari penulis memo sehinggalah penulis komen yang tiada ruangan itu. Apa agaknya respond daripada orang luar yang datang menziarah kawasan kita. Ibu bapa dari kampung, sanak saudara atau JKKK dari kampung-kampung lain.
Solusi dari minda penulis
Saya bukanlah ingin mengutuk sesiapa atau meremehkan tindakan penulis memo. Saya sangat hormati keprihatinan anda. Cuma Islam banyak mengajar kita tentang cara hidup bermasyarakat yang berlandaskan maqasid syar'iyah. Penulis pernah menulis di dalam post yang terdahulu bertajuk "Kes Jenayah Muncul Kembali".
Sampai bila kita ingin menghuni kuarters ini dengan sikap "aku-aku, engkau-engkau". Susah sangat ke untuk hidup dalam ukhuwah bermasyarakat. Sudah lebih 4 tahun kawasan penduduk fasa 18 R12 dibuka. Namun, komuniti masyarakat masih belum berpadu tenaga. Kita nampaknya lebih suka "pergi kerja balik kerja" dan buat hal kita sendiri di rumah. Kemudian apabila berlaku musibah kita mula "tuding jari" kepada pihak-pihak tertentu.
Adakah dengan memaparkan memo supaya AJK dilantik menjalankan tugas sudah cukup sempurna tanggungjawab kita kepada komuniti? Di mana kaedah muzakarah yang diseru oleh Islam..? Cukupkah pula sekadar perbincangan kategori maya di blog dan facebook..? Sempurnakah pula tanggungjawab kita sebagai hamba Allah untuk mengimarahkan rumah Allah? Apakah surau dan masjid sekadar tempat solat sahaja?
Pembaca sekalian, surau dan masjid lebih daripada tempat solat. Ia boleh dijadikan tempat perbincangan, persefahaman ukhuwah dalam bermasyarakat hatta menjadi pusat pentadbiran Negara sekali pun. Nabi Muhammad SAW dah tunjukkan panduannya sejak lebih 1400 tahun dahulu. Surau Wahbah Al-Zuhaily juga tidak terkecuali fungsinya untuk masyarakat.
Sekarang kita masih lagi di rumah. Berkurung seolah-olah diisytiharkan darurat. Keluarlah tuan-tuan sebagai ketua keluarga. Dampingilah seluruh masyarakat dengan membesarkan kalimah Allah. Hanya Allah sahaja tempat kita meminta pertolongan. Rahmat Allah kepada sesebuah masyarakat tidak akan datang melainkan tahap ketaatan masyarakat itu kepada Allah berada di peringkat yang tinggi. Kembalilah bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat keamanan dan keselamatan di kawasan tempat tinggal kita.
Jadi, fikirlah terlebih dahulu untuk terus menuding jari kepada sesiapa. Peribahasa Melayu ada menyebut: "Satu jari kita tunjuk ke arah orang lain, lagi empat terkena kepada batang hidung sendiri." (Lebih kurang la..). Wallahu'alam.
Bukan jari saya

tak payah panjang2 cer.. asasnya mudah saja iaitu perlu kurangkan jenayah.. melalut apa sampai ke ukhwah bagai.. cth kat blog aku ramai yg tua2, mcm mana aku nak campur kalo bercakap bercerita banyak yg lucah2 & takde faedah..
ReplyDelete"Asasnya mudah = perlu kurangkan jenayah?" Bagaimana jenayah boleh kurang jika di dalam diri tidak diterapkan dengan nilai-nilai taqwa kepada Allah. Ukhuwah yang dimaksudkan adalah menjalin hubungan berlandaskan syariat. Byknya perbualan berunsur negatif adalah kerana hubungan masyarakat tidak dibentuk melalui ukhuwah Islam. Dgn kata-kata juga boleh berputiknya jenayah. Jadi pilihlah tempat bergaul yg betul supaya setiap perhubungan sesama manusia tidak lain selain daripada mendapat redha Allah. InsyaAllah dgn redha Allah kpd sesebuah masyarakat itulah berlakunya kekurangan kadar jenayah. Waallahu'alam.
Delete