Sila Klik Nuffnang

Wednesday 30 May 2012

Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa

Perhatian kepada semua ahli qariah, penduduk Presint 18 dan sekitarnya, Surau Wahbah Al-Zuhaily akan mengadakan kelas pengajian Al-Quran khas bagi pelajar dewasa bagi mengisi slot program selepas maghrib. Kelas pengajian ini akan diadakan pada setiap hari khamis bermula 31 Mei 2012. Tenaga pengajar ialah Ustaz Aqif yang merupakan seorang guru tahfiz di Darul Fuqaha' Sungai Merab. Tiada yuran dikenakan bagi kelas ini. Namun sumbangan peribadi amatlah dialu-alukan. Sila lihat poster di bawah:


Walaupun kelas ini pada asalnya untuk lelaki, namun disebabkan kelas pengajian Al-Quran dewasa bagi wanita telah terhenti, pihak surau juga membuka kehadiran para muslimat untuk bersama-sama di dalam kelas tersebut. Semoga kita mendapat manfaat daripada program yang baik ini. InsyaAllah dengan kira-kira sebulan lebih sebelum berpuasa, hasil daripada pembelajaran kelas Al-Quran ini program taddarus Al-Quran Surau Wahbah Al-Zuhaily akan bertambah penyertaannya berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersamalah memperbaiki kualiti bacaan Al-Quran kita.

Tuesday 29 May 2012

Sayangnya..Ia bukan di Putrajaya

Inilah keadaannya di Masjid As-Salam, Puchong Perdana pada tanggal 26 Mei yang lalu. Kunjungan Ustaz Azhar Idrus dalam slot kuliyah maghrib menggamit kehadiran ribuan manusia dari seluruh pelusuk Negara yang dahagakan majlis ilmu dan keagamaan.


Penulis bersama beberapa AJK dan ahli jemaah dari Surau Wahbah Al-Zuhaily juga sempat meluangkan masa untuk sama-sama hadir ke Masjid Terbaik Negeri Selangor tahun 2011 ini untuk mendengar syarahan agama yang hebat dari seorang ulama' tersohor ini. Paling menggembirakan golongan belia menjadi tunjang utama kehadiran sedangkan mereka tahu konsert K-Pop menanti di Putrajaya. Dengan bantuan Allah, hati-hati anak muda memilih untuk bersama di jalan jihad Allah.


Di dalam hati penulis lantas bersuara, "sayangnya..ini bukan Putrajaya". Alangkah indahnya jika suasana ini dapat dirasai di Putrajaya, lokasi asal ceramah yang sepatutnya membawa kumandang suara merdu seorang daie bagi sejuta ummah. PICC yang tersergam indah itu mampu mengumpul lebih ramai umat manusia dan anak muda untuk bersama dalam majlis penuh barakah seperti ini. Semoga suatu hari nanti, Putrajaya tetap akan menjadi sebuah bandar ilmuan Islam demi peningkatan sahsiah dan akhlak generasi akan datang. Ya Allah..dengarlah rayuan kami penduduk Putrajaya ini.


Gambar di atas menunjukkan para jemaah melimpah sehingga terpaksa menunaikan solat berjemaah di luar perkarangan masjid. SAYANGNYA...IA BUKAN DI PUTRAJAYA.

Friday 25 May 2012

Anak Kecil Ini Perlu Bantuan Anda


Adik Nurliyana menghidap sakit jantung luar biasa

KUALA LUMPUR: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Namun, Md Azhar Ehwan terus tabah dalam menghadapi ujian yang sedang ditempuhinya apabila anak ke-4 beliau Nurliyana 6 bulan, terlantar di hospital kerana masalah jantung.

Adik Nurliyana yang disahkan mengidap penyakit jantung ALCAPA di mana kes ini jarang berlaku di negara ini.

Nurliyana kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sedang menunggu keputusan dari IJN, sejak seminggu yang lalu. (gambar bawah)


Di Malaysia, setakat ini hanya empat orang kanak-kanak dilaporkan mengidap penyakit ini termasuk adik Nurliyana.

Ketika dihubungi, Azhar memberitahu Nurliyana mula menunjukkan perubahan negatif sebaik sahaja anaknya dilahirkan.

"Sejak bayi, Liyana kerap demam, kerap menangis. Waktu itu, kami tidak syak apa-apa cuma menganggap mungkin alahan susu," katanya.

Bagaimanapun, selepas menjalani ujian imbasan X-Ray dan ujian MRI, Azhar amat terkejut apabila doktor memberitahu jantung anaknya membengkak.

Lebih mengejutkan, Azhar turut dimaklumkan doktor, pesakit yang mengidap penyakit itu hanya dapat bertahan selama setahun.

Bagi mengubati penyakit anaknya itu, Azhar perlu mendapatkan sejumlah RM30,000 untuk pembedahan anaknya di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau yang bekerja di sebuah kilang di Johor dengan gaji yang tidak seberapa, mustahil baginya untuk mendapatkan peruntukan sebanyak itu.

Justeru, beliau memohon jasa baik orang ramai yang berkemampuan dapat membantunya untuk mempercepatkan proses pembedahan Nurliyana yang perlu dibedah dengan segera.

"Bagi yang kurang berkemampuan, sudilah kiranya mendoakan Adik Nurliyana agar selamat serta berjaya semasa pembedahan tersebut," ujarnya.

Orang ramai yang bermurah hati bagi membantu adik Nurliyana sihat seperti anak-anak yang lain bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 151043012835 milik Md Azhar bin Ehwan. Ataupun boleh menghubungi beliau di talian 019-7527378, untuk berkongsi pengalaman atau memberi kata-kata semangat kepadanya.
 
Sumber: Harakahdaily

Ayuh...Sahut Seruan Menteri

Sempena sambutan Hari Belia 2012 beserta Program Himpunan Jutaan Belia yang diadakan di Putrajaya dari 23-27 Mei ini, pelbagai acara dan majlis telah diadakan bagi menarik kunjungan belia dari seluruh negara. Berdasarkan satu laporan dari akhbar Berita Harian hari ini (25 Mei), satu seruan dan cabaran telah dilemparkan kepada surau-surau di Putrajaya untuk mempergiatkan program agama dan kerohanian sepanjang sambutan Hari Belia ini.

Berita Harian 25 Mei 2012

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam ucapannya ketika perasmian Kolokium Belia Islam di Putrajaya, mengarahkan supaya masjid dan surau di Putrajaya memperbanyakkan kegiatan keagamaan dan berbentuk kerohanian sebagai pengisian sempena Program Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung ini. Arahan ini benar-benar suatu yang amat menggembirakan pihak surau di Putrajaya termasuklah Surau Wahbah Al-Zuhaily kerana ianya menjurus kepada sokongan terhadap program-program agama.

Justeru, kami amat mengalu-alukan sokongan tersebut dan berharap semua penduduk sekitar Putrajaya sama-sama menyahut seruan yang bermakna itu. InsyaAllah berdasarkan galakan yang diberikan ini akan memberi semangat kepada surau-surau di Putrajaya untuk melaksanakan aktiviti keagamaan, bukan sahaja untuk Hari Belia, malah berterusan sehingga Putrajaya mampu dinobatkan sebagai bandaraya terbaik dari segi program agama.

Saya menyeru kepada semua badan-badan kemasyarakatan baik persatuan penduduk, rukun tetangga dan NGO bergabung tenaga ke arah matlamat memperindahkan Putrajaya dengan program ilmu, keagamaan dan kerohanian ini agar penduduk di Putrajaya hidup di bawah rahmat dan syafaat Allah juga Rasul-Nya.

Wednesday 23 May 2012

Vandalisme Menjadi-jadi

Semalam sejurus penulis pulang dari tempat kerja sekitar waktu isyak dan terus ke surau, salah seorang AJK surau telah memaklumkan satu kejadian tidak bermoral telah dilaporkan berlaku di Apartment Presint 18 Fasa R12. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3 -5 petang ketika mana penghuni kuarters Fasa 18 R12 masih berada di tempat kerja.

Perbuatan yang lebih tepat digelar vandalisme ini dilakukan di kawasan tempat letak kereta P2 sekitar blok E, F, G dan H dimana si pelaku telah menggunakan hos bomba tanpa tujuan yang sahih. Keempat-empat pili bomba tersebut di pasang yang menyebabkan kawasan tersebut di penuhi air selain terdapat perbuatan menyumbat pili tersebut ke ekzos kereta penghuni. Manakala hampir kesemua kereta yang ditinggalkan ketika itu disembur dengan fire extingusher (alat pemadam api). Tayar kereta salah seorang AJK KRT juga telah dipancitkan dalam kejadian tersebut.

Pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme seperti ini dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap si pelaku. Penulis juga dimaklumkan bahawa, kejadian semalam telah dilaporkan kepada polis dan pihak polis segera ke lokasi untuk siasatan lanjut.

Penyalahgunaan peralatan bomba ini dilihat suatu trend terkini pelaku-pelaku vandalisme, dimana akhbar Berita Harian hari ini juga melaporkan kejadian yang hampir serupa berlaku di Putrajaya. Dilaporkan akibat daripada vandalisme yang semakin menjadi-jadi ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya telah kerugian RM 50,000 untuk membaiki pili-pili bomba dan peralatan kebakaran lain sepanjang tahun 2011. Lihat petikan akhbar di bawah:

Laporan Berita Harian 23 Mei 2012

Perkara ini amatlah dikesali sedangkan Putrajaya adalah pusat bagi pentadbiran utama Malaysia. Seharusnya penghuni di Putrajaya perlulah peka terhadap perkara-perkara ini kerana ianya akan menjejaskan nama baik Putrajaya. Expectation kebanyakan orang di luar Putrajaya juga menjangkakan tahap pemikiran penghuni di Putrajaya sepatutnya jauh lebih tinggi, namun perbuatan ini mencerminkan sebaliknya iaitu seperti pemikiran yang jumud.

Sekali lagi pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily menyeru perkara yang sama seperti 2 post terdahulu iaitu "Astaghfirullah...Rentung Dibakar" dan "Excident atau Perbuatan Khianat". Seruan itu ialah sama-samalah menjaga tingkah laku kita terhadap harta awam serta pantau anak-anak kita daripada terjebak dengan perlakuan vandalisme ini. Semoga Putrajaya benar-benar menjadi Bandar Pintar terbaik di Malaysia.

Tuesday 22 May 2012

Peningkatan Kes Denggi di Putrajaya Membimbangkan..!!

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada akhbar Berita Harian hari ini bertarikh 22 Mei 2012, graf peningkatan kes denggi yang dilaporkan di kawasan Putrajaya amatlah membimbangkan. Dilaporkan bahawa, sebanyak 49 kes demam denggi dengan satu (1) kematian direkodkan di Putrajaya antara Januari sehingga pertengahan Mei tahun ini, berbanding 18 kes tanpa kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Laporan Berita Harian 22 Mei 2012

Melalui apa yang dilaporkan tersebut, tidak dapat dinafikan lagi bahawa keadaan ini mengundang rasa khuatir penduduk jika penularan wabak dan virus denggi in tidak dikawal dengan segera. Walaupun sekiranya dilihat daripada segi kuantiti (49 kes) berbanding jumlah penduduk di Putrajaya, ianya sememangnya satu peratusan yang rendah. Namun begitu, apa yang perlu dirisaukan ialah peningkatan peratusan kes yang mendadak itu berkemungkinan membawa kepada peningkatan yang berterusan.

Justeru, pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily memohon agar semua penduduk di kawasan Presint 18 khususnya dan Putrajaya amnya segera bertindak untuk menangani masalah denggi ini sebelum ianya menjadi kritikal. Berikan kerjasama anda jika Jabatan Kesihatan membuat operasi penyemburan nyamuk aedes. Tidak lupa juga, tanggungjawab kita terhadap kebersihan kawasan sekitar perlu dipandang dengan pemikiran yang lebih waras. Buang gejala tidak peduli tentang kebersihan, kerana dengan kebersihan diri kita memperolehi kesihatan yang baik. Kebersihan juga adalah sebahagian daripada Iman.

InsyaAllah..pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily akan cuba melaksanakan aktiviti atau kempen kebersihan di Presint 18 Fasa R12 sedikit masa lagi. Semoga seluruh kawasan penduduk kita dijauhi daripada wabak penyakit yang mengancam nyawa ini.

Monday 21 May 2012

Putrajaya Melepas..!!!

Sudah sah bahawa tiada kehadiran Ustaz Azhar Idrus (UAI) ke Putrajaya untuk menyampaikan ceramah beliau di PICC sabtu ini. Pada post terdahulu, penulis telah pun mengkaji beberapa aspek berdasarkan semakan dengan agensi-agensi tertentu berkenaan kesahihan program UAI di PICC. Ketika itu masih lagi menjadi tanda tanya dan persoalan kepada ramai jemaah di Putrajaya. Sila rujuk post terdahulu "Ustaz Azhar Idrus Berceramah di Putrajaya..?"

Semalam penulis dimaklumkan oleh beberapa rakan bahawa tempat ceramah pada 26 Mei 2012 itu telah pun ditukarkan ke sebuah masjid di Puchong. Penulis segera mendapatkan kepastian dan hasilnya poster di bawah ditemui di dalam "ustazazhar.net".

Poster UAI 26 & 27 Mei 2012

Secara rasminya, program kuliah perdana UAI pada 26 Mei ini telah pun dipindahkan ke Masjid As Salam, di Puchong Perdana. Melepas juga akhirnya Putrajaya untuk bergema dengan lautan manusia yang hadir ke program dan majlis ilmu ini. Penulis antara yang terkilan dengan pembatalan lokasi di Putrajaya ini. Namun insyaAllah dengan izin-Nya pasti penulis akan tetap mengikuti ceramah UAI di Puchong Perdana nanti.

P/s: Bila agaknya Putrajaya dapat diserikan dengan program keagamaan dan majlis ilmu
 besar-besaran yer..? Lihat di Padang Kota, Penang. Tempat hiburan dan cengkarama berjaya ditukar dengan laungan azan, solat berjemaah, kuliah agama dan hiburan berbentuk kerohanian. Orang Penang mesti gembira kan...Putrajaya juga melepas...!!!

Suasana di Padang Kota 19 Mei 2012


Saturday 19 May 2012

Promosi Majalah Solusi

Terima kasih kepada salah seorang ahli yang sudi mempromosikan majalah Solusi di wall group facebook Surau Wahbah Al-Zuhaily. Katanya majalah Solusi bilangan 44 bertajuk "Amar Makruf Nahi Mungkar" akan berada di pasaran tidak lama lagi. Mungkin ramai yang mempunyai minat sama seperti penulis bagi mendapatkan majalah solusi setiap keluaran.

Nampak ada sedikit kelainan pada paparan hadapan solusi bil.44

Penulis sendiri antara yang teruja bila mengetahui terdapat keluaran baru majalah solusi ini. Majalah solusi merupakan pilihan pertama bahan bacaan yang pasti akan dimiliki. Pengisiannya yang mantap hasil nukilan penulis-penulis hebat terutamanya ketua editor Al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohd Juoi memang menggamit minat seseorang untuk membacanya. Tidak ketinggalan beberapa tokoh ilmuwan lain seperti Ustaz Dr. Zahazan Mohammad, Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir dan ramai lagi yang menyumbang perkongsian ilmu yang sangat berharga kepada setiap pembaca.

Teruskan mempromosi majalah-majalah hebat seperti ini termasuklah Al-Ustaz, Anis, Al-Islam, Gen-Q dan apa sahaja bahan bacaan ke arah membentuk bangsa melayu yang penuh dengan ilmu Allah. Sekiranya anda berminat sila ke Facebook Surau Wahbah Al-Zuhaily dan berhubung dengan salah seorang ahli yang mempromosikan majalah Solusi ini.


P/S: Urusan diskaun sila berhubung dengan pengedar. Penulis biasanya akan ke Galeri Syabab di PKNS Bangi untuk mendapat diskaun sebagai pemegang kad ahli galeri buku tersebut.

Friday 18 May 2012

Wajah Terindah

Tatkala anda bersendirian di waktu yang tenang dan nyaman, apakah wajah-wajah yang terbayang di sudut minda anda..? Pastinya pelbagai wajah dan episod-episod indah menjengah ruang fikiran yang sedang kosong menantikan suatu pengisian abadi. Di waktu itu, setiap yang singgah sudah tentu akan ditapis bagi memilih satu-satunya wajah terindah untuk membuai perasaan seorang yang bernama insan. Nah..anda tentukan wajah terindah itu. 
(Adakah ini wajah-wajah terindah yang anda fikirkan...??)

Thursday 17 May 2012

Berhati-hati: Jangan Membeli Buku Ini..!!

Ini buku yang dimaksudkan.


Buku ini bertajuk "Allah, Liberty dan Love; Suatu Kebenaran Mendamaikan Iman dan Kebebasan", tulisan Irshad Manji. Difahamkan buku ini adalah terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris dan ianya kini sedang giat dipromosikan di seluruh Malaysia dan Indonesia. Cover depan buku yang nampak Islamic seakan cuba mencuri perhatian masyarakat melayu untuk memilikinya.

Tapi...awas...!!!! Buku ini bukan sebuah buku pengajian Islam dan pendidikan rohani yang baik. Buku ini satu penulisan hodoh daripada seorang penulis yang mengaku dirinya ialah seorang lesbian. Nauzubillah.. Berhati-hatilah untuk membeli buku 'kotor' ini. Beberapa ustaz dan alim ulama' di Malaysia telah memberi komen tentang hal ini. Carian di internet juga mendapati satu program telah dianjurkan untuk Irshad Manji di sebuah IPTS di Bandar Sunway pada 18 Mei 2012 (Jumaat), jam 1.00 tengahari - 2.00 petang. Sasaran peserta sudah pasti menjurus kepada wanita. Manakala lelaki juga dialu-alukan ketika mana waktu itu adalah waktu umat Islam menunaikan Solat Jumaat.

Inilah penulisnya yang bernama Irshad Manji

Keterbukaan Irshad Manji mengaku sebagai seorang muslim yang mengamalkan cara hidup lesbian dan menyokong kebebasan seks amatlah mendukacitakan. Beliau tidak layak pun untuk berkata atau berhujah tentang Islam. Kemasukan beliau ke Malaysia untuk sebarang tujuan promosi buku atau berhujah tentang kehidupan seorang Islam harus ditentang. Indonesia sendiri menentang kemasukan beliau ke negara yang memiliki 204 juta umat Islam. Salah seorang penyanyi terkenal di Indonesia dikatakan pengikut kepada Irshad Manji.

Semoga cita-cita beliau untuk mempengaruhi umat Islam di Malaysia dapat dipatahkan. Jangan membuang 1 sen pun daripada kewangan anda untuk memiliki buku hasil penulisan beliau, lebih-lebih lagi kita sebagai insan yang kekurangan ilmu pengetahuan. Kedai-kedai buku juga diharapkan lebih peka terhadap isu penularan 'pengaruh jahat' melalui penulisan seperti ini.

Ustaz Azhar Idrus Berceramah Di Putrajaya..??

Sejak mula jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) keluar di laman web rasmi beliau di http://www.ustazazhar.net/, penduduk di Putrajaya dan sekitarnya tidak habis-habis membicarakan tentang keterujaannya melihat sendiri kehadiran pendakwah tersohor berceramah di Pusat Pentadbiran Negara ini. Lebih mengujakan apabila jadual tersebut menunjukkan lokasi ceramah beliau ialah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Bukan calang-calang penganjur jika ianya diadakan di PICC.

Penulis juga tidak ketinggalan menjadi salah seorang yang menanti-nanti kehadiran pendakwah hebat ini. Saban hari bercerita dan tertanya-tanya siapakah penganjur program ini. Penulis sendiri sebenarnya pernah memohon untuk UAI berceramah di Surau Wahbah Al-Zuhaily (SWAZ) di awal populariti beliau meningkat. Namun disebabkan ruang premis SWAZ terhad, PA kepada UAI berat hati untuk bersetuju dengan lokasi itu. Apa pun, dengan kedatangan ke PICC sudah cukup menggembirakan penulis dan ahli jemaah yang lain. Penulis pun mulalah mencari poster-poster penganjur di laman maya. Hasilnya, terjumpalah poster di http://hebahanmasjid.blogspot.com/ dan http://www.iluvislam.com/.

Poster dari hebahanmasjid.blogspot.com

Banner program super parents di http://www.iluvislam.com/

Poster pertama tidak menunjukkan lagi siapa penganjur ceramah ini. Namun bila terjumpa poster di iluvislam.com, penulis merasakan inilah penganjurnya. Cumanya program ini bukanlah secara khusus dipromosikan kepada umum tentang ceramah UAI, tetapi program utamanya ialah Konvensyen Super Parents yang diadakan pada 26-27 Mei 2012 di PICC. Maknanya penampilan istimewa UAI seolah-olah program terselit di celah-celah konvensyen tersebut. Betul ke..?

Jadual kuliah UAI bulan Mei 2012

Pada hari Isnin (14 Mei 2012) yang lalu, salah seorang sahabat penulis ada menghantar MMS poster ceramah UAI yang ditampal di bangunan-bangunan kerajaan sekitar Putrajaya. Apabila dilihat poster tersebut, datang kekeliruan di hati penulis kerana penganjur yang dinyatakan di dalam poster ialah PICC sendiri. PICC adalah agensi kerajaan persekutuan. Adakah benar PICC sebagai penganjurnya..??

Ini rupa poster yang ditampal di sekitar Putrajaya

Lihat senarai agensi penganjur dan sokongan terhadap program

Penulis jadi kurang yakin bila melihat poster di atas. Penganjurnya ialah PICC, disokong oleh JAWI, JAKIM dan MAIWP. Jika benar, program ini betul-betul satu program agama yang terhebat tahun 2012 ini. Untuk mendapatkan kepastian, penulis segera membuat carian program di laman web berikut:


Tiada sebarang bukti menunjukkan program tersebut berada di dalam jadual ketiga-tiga agensi kerajaan persekutuan tersebut. Lebih mengejutkan, senarai event di dalam jadual PICC juga tidak tertera sebarang program pada 26 Mei 2012. Sila klik link di bawah berkenaan jadual event di PICC yang dikemaskini pada 17 Mei 2012.

Ini linknya: "event calendar PICC"

Berdasarkan kalender yang dikeluarkan oleh PICC tersebut, penulis pun menghubungi beberapa rakan untuk mendapatkan maklum balas tentang ceramah UAI ini. Sumber daripada Masjid Tuanku Mizan memaklumkan bahawa, setakat penulisan ini, pihak berkuasa masih belum memberi kelulusan untuk diadakan ceramah tersebut. (Tidak diketahui pihak berkuasa tersebut mewakili polis atau PBT). Sumber daripada JAKIM pula memaklumkan, tiada permohonan dan persetujuan untuk disokong program ini seperti mana yang dinyatakan di dalam poster di atas.

Nampaknya program ceramah perdana UAI ini masih lagi menjadi tanda tanya tentang kesahihannya. Kebetulan pula, tarikh ceramah adalah sama dengan tarikh Program Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya pada 23-27 Mei 2012. Secara peribadi, penulis lebih bangga jika KBS dapat selitkan ceramah UAI ini di dalam program himpunan tersebut. Banyak manfaatnya kepada belia-belia di luar sana.

Apa pun, diharap program ceramah agama perdana seperti ini dapat dianjurkan di Putrajaya bagi mewujudkan kawasan Putrajaya yang harmoni dengan pengisian-pengisian keagamaan. Sama-samalah kita berdoa. InsyaAllah...

Thursday 10 May 2012

Astaghfirullah..!! Rentung Dibakar..

Siapakah insan yang tidak mempunyai naluri kemanusiaan ini. Kejam dan hilang pertimbangan akal sehingga tergamak bertindak zalim sebegini. Apakah dosanya sehingga ia dibakar hangus tanpa belas kasihan. Padahal ia banyak memberi sumbangan terhadap penduduk Presint 18 Fasa R12 khususnya yang saban hari dan waktu menunaikan solat berjemaah di Surau Wahbah Al-Zuhaily. Anda nilai sendiri adakah ini didikan yang baik bagi seorang makhluk Allah..??

MasyaAllah...


Wednesday 9 May 2012

Sekitar Aktiviti Program Anak Soleh Solehah

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang Program Anak Soleh Solehah yang telah diadakan pada 5-6 Mei yang lalu. Kebanyakan program adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan telah dibimbing oleh fasilitator daripada Adikku Ikhwan Event. Berikut adalah gambar-gambar kenangan sepanjang program tersebut.

Peserta sedang mendengar taklimat daripada fasilitator tentang tentatif program.

Sebahagian daripada peserta perempuan yang hadir awal walaupun cuaca hujan ketika pendaftaran dibuka.

Ustaz Qushari daripada Adikku Ikhwan Event sedang menyampaikan taklimat berkenaan aktiviti-aktiviti program.

Peserta sedang menunggu pembahagian kumpulan.

Fasilitator membahagikan peserta kepada 6 kumpulan berasingan dan dibimbing oleh seorang fasilitator.

Konsep usrah di dalam pembentukan kumpulan sebegini amat baik untuk adik-adik ini. Mereka adalah pemimpin generasi akan datang.

Fasilitator juga membantu menyumbang idea kepada ahli kumpulan untuk melakukan sebarang aktiviti.

Tugasan bermula. Setiap ketua kumpulan diberi peralatan untuk tugasan.

Perbincangan kumpulan dilakukan bersama fasilitator dan ahli kumpulan.

Bersemangat waja adik-adik untuk melaksanakan aktiviti dan tugasan yang diberikan oleh fasilitator.

Adik-adik gembira melihat telatah kawan-kawan lain yang sedang membuat pembentangan kumpulan.

Antara kumpulan yang menyampaikan pembentangan. Saling berkerjasama antara satu sama lain.

Selesai menunaikan solat secara berjemaah.

Menikmati juadah makanan tengahari secara berjemaah.

Pisang disumbang oleh ibu bapa salah seorang peserta.

Slot terakhir program antara anak soleh solehah dan ibu bapa.

Antara persembahan yang disampaikan di hadapan ibu bapa yang hadir pada slot terakhir program.

Pengerusi Surau Wahbah Al-Zuhaily menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang berjaya menamatkan program selama 2 hari ini.

Peserta bangga mempamerkan sijil penyertaan yang diperolehi daripada Program Anak Soleh Solehah.

Pengerusi dan fasilitator merakam gambar kenangan bersama peserta lelaki.

Pengerusi dan fasilitator merakam gambar kenangan bersama peserta perempuan.

Semoga program sebigini dapat diadakan lagi kelak. Kegembiraan jelas terpancar daripada semua yang terlibat dengan program ini baik AJK Surau, fasilitator, peserta dan juga ibu bapa. Tahniah kepada semua.



Monday 7 May 2012

Program Anak Soleh Solehah Berjaya



Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana satu program yang sangat baik telah dapat dianjurkan dengan jayanya pada 5-6 Mei yang lalu. Program tersebut ialah Program Anak Soleh Solehah yang dianjurkan oleh Surau Wahbah Al-Zuhaily dan dikendalikan oleh Adikku Ikhwan Event.

Pelbagai program telah diadakan sepanjang dua hari tersebut yang mana menampakkan impak yang baik terhadap dunia seorang kanak-kanak. Gabungan antara program berbentuk ilmiah dan pembelajaran serta aktiviti berkumpulan, membuatkan si kecil rasa lebih seronok dan berkeyakinan. Penganjuran juga telah berjaya mencukil bakat-bakat kepimpinan di dalam diri kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Sambutan program ini adalah sesuatu yang paling berjaya. Ini kerana had peserta seramai 50 orang tidak dapat dilaksanakan di atas permintaan ibu bapa. Jumlah keseluruhan peserta yang hadir ialah 79 orang. Peserta-peserta yang hadir bukan sekadar dari sekitar Presint 18 sahaja, malah seluruh kawasan Putrajaya yang berhampiran seperti Presint 14, Presint 16 dan Presint 5. Ada juga di kalangan peserta yang hadir dari luar Putrajaya seperti Pinggiran Putra dan juga Seri Kembangan.

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam program ini. Semoga berjumpa lagi di dalam program-program akan datang.

(Gambar-gambar sekitar aktiviti akan menyusul sedikit masa lagi)

Friday 4 May 2012

13 Aurat Pada Wanita

Wahai Muslimah.. Belajarlah sesuatu perkara tentang dirimu yang indah itu. Perhiasan dunia yang paling indah ialah Wanita Solehah.


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.