Sila Klik Nuffnang

Tuesday, 29 May 2012

Sayangnya..Ia bukan di Putrajaya

Inilah keadaannya di Masjid As-Salam, Puchong Perdana pada tanggal 26 Mei yang lalu. Kunjungan Ustaz Azhar Idrus dalam slot kuliyah maghrib menggamit kehadiran ribuan manusia dari seluruh pelusuk Negara yang dahagakan majlis ilmu dan keagamaan.


Penulis bersama beberapa AJK dan ahli jemaah dari Surau Wahbah Al-Zuhaily juga sempat meluangkan masa untuk sama-sama hadir ke Masjid Terbaik Negeri Selangor tahun 2011 ini untuk mendengar syarahan agama yang hebat dari seorang ulama' tersohor ini. Paling menggembirakan golongan belia menjadi tunjang utama kehadiran sedangkan mereka tahu konsert K-Pop menanti di Putrajaya. Dengan bantuan Allah, hati-hati anak muda memilih untuk bersama di jalan jihad Allah.


Di dalam hati penulis lantas bersuara, "sayangnya..ini bukan Putrajaya". Alangkah indahnya jika suasana ini dapat dirasai di Putrajaya, lokasi asal ceramah yang sepatutnya membawa kumandang suara merdu seorang daie bagi sejuta ummah. PICC yang tersergam indah itu mampu mengumpul lebih ramai umat manusia dan anak muda untuk bersama dalam majlis penuh barakah seperti ini. Semoga suatu hari nanti, Putrajaya tetap akan menjadi sebuah bandar ilmuan Islam demi peningkatan sahsiah dan akhlak generasi akan datang. Ya Allah..dengarlah rayuan kami penduduk Putrajaya ini.


Gambar di atas menunjukkan para jemaah melimpah sehingga terpaksa menunaikan solat berjemaah di luar perkarangan masjid. SAYANGNYA...IA BUKAN DI PUTRAJAYA.

No comments:

Post a Comment