Siapakah insan yang tidak mempunyai naluri kemanusiaan ini. Kejam dan hilang pertimbangan akal sehingga tergamak bertindak zalim sebegini. Apakah dosanya sehingga ia dibakar hangus tanpa belas kasihan. Padahal ia banyak memberi sumbangan terhadap penduduk Presint 18 Fasa R12 khususnya yang saban hari dan waktu menunaikan solat berjemaah di Surau Wahbah Al-Zuhaily. Anda nilai sendiri adakah ini didikan yang baik bagi seorang makhluk Allah..??
MasyaAllah...
Inilah akibatnya kurang diterapkan nilai-nilai agama di dalam diri. Sehinggakan tidak tersemat lagi akhlak yang baik di dalam diri. Kepala paip yang tidak pernah melakukan kesalahan kepada kita juga akhirnya dibakar. Siapalah punya angkara ini..?
Kepala paip rentung..
Peristiwa kepala paip ini dibakar, berlaku kira-kira seminggu yang lalu. Ianya berlaku sebelum waktu maghrib kerana jemaah memaklumkan terdapat bau hangit di tempat wuduk lelaki. Apabila dihampiri terlihat kepala paip itu masih mengeluarkan asap, menandakan ianya baru sahaja dibakar oleh pelakunya.
Kesan terbakar boleh dilihat di dinding tempat wuduk lelaki.
Ahli Jawatankuasa Surau Wahbah Al-Zuhaily berasa sangat kesal dengan perbuatan tidak bermoral ini. Mungkin benar, si pelakunya bukan orang dewasa. (atau mungkin juga orang dewasa). Tetapi sekiranya si pelaku adalah anak-anak remaja, mana peranan ibu bapa untuk membentuk akhlak anak-anak ini. Bertanggungjawablah terhadap perilaku anak-anak kita supaya harta awam seperti ini tidak sewenang-wenangnya dimusnahkan seperti apa yang berlaku di atas.
Terdahulu telah pun berlaku kejadian pecah pintu utama surau yang sehingga kini tiada siapa yang tampil memberi pengakuan bertanggungjawab. Sila lihat post ini "Excident atau Perbuatan Khianat". Nampaknya perbuatan seperti ini masih lagi berleluasa di kawasan Presint 18 Fasa R12 ini khususnya kepada tempat ibadah umat Islam. Bayangkanlah rumah Allah lagikan dipecah, rosak dan rompak. Apatah lagi jika rumah manusia, tidak mustahil perkara sama boleh terjadi.
Mohon tindakan daripada pihak yang berkuasa untuk memantau perbuatan seperti ini. Doa juga dipanjat kepada Allah supaya si pelaku menjadi insan berguna suatu hari nanti. Semoga pintu hatinya ke arah taqwa tidak ditutup oleh Allah. Mudahh-mudahan suatu hari nanti dialah imam yang dicari-cari Surau Wahbah Al-Zuhaily. Amin..
Mohon tindakan daripada pihak yang berkuasa untuk memantau perbuatan seperti ini. Doa juga dipanjat kepada Allah supaya si pelaku menjadi insan berguna suatu hari nanti. Semoga pintu hatinya ke arah taqwa tidak ditutup oleh Allah. Mudahh-mudahan suatu hari nanti dialah imam yang dicari-cari Surau Wahbah Al-Zuhaily. Amin..
No comments:
Post a Comment