Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana satu program yang sangat baik telah dapat dianjurkan dengan jayanya pada 5-6 Mei yang lalu. Program tersebut ialah Program Anak Soleh Solehah yang dianjurkan oleh Surau Wahbah Al-Zuhaily dan dikendalikan oleh Adikku Ikhwan Event.
Pelbagai program telah diadakan sepanjang dua hari tersebut yang mana menampakkan impak yang baik terhadap dunia seorang kanak-kanak. Gabungan antara program berbentuk ilmiah dan pembelajaran serta aktiviti berkumpulan, membuatkan si kecil rasa lebih seronok dan berkeyakinan. Penganjuran juga telah berjaya mencukil bakat-bakat kepimpinan di dalam diri kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun.
Sambutan program ini adalah sesuatu yang paling berjaya. Ini kerana had peserta seramai 50 orang tidak dapat dilaksanakan di atas permintaan ibu bapa. Jumlah keseluruhan peserta yang hadir ialah 79 orang. Peserta-peserta yang hadir bukan sekadar dari sekitar Presint 18 sahaja, malah seluruh kawasan Putrajaya yang berhampiran seperti Presint 14, Presint 16 dan Presint 5. Ada juga di kalangan peserta yang hadir dari luar Putrajaya seperti Pinggiran Putra dan juga Seri Kembangan.
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam program ini. Semoga berjumpa lagi di dalam program-program akan datang.
(Gambar-gambar sekitar aktiviti akan menyusul sedikit masa lagi)
No comments:
Post a Comment