Sila Klik Nuffnang

Wednesday, 23 May 2012

Vandalisme Menjadi-jadi

Semalam sejurus penulis pulang dari tempat kerja sekitar waktu isyak dan terus ke surau, salah seorang AJK surau telah memaklumkan satu kejadian tidak bermoral telah dilaporkan berlaku di Apartment Presint 18 Fasa R12. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3 -5 petang ketika mana penghuni kuarters Fasa 18 R12 masih berada di tempat kerja.

Perbuatan yang lebih tepat digelar vandalisme ini dilakukan di kawasan tempat letak kereta P2 sekitar blok E, F, G dan H dimana si pelaku telah menggunakan hos bomba tanpa tujuan yang sahih. Keempat-empat pili bomba tersebut di pasang yang menyebabkan kawasan tersebut di penuhi air selain terdapat perbuatan menyumbat pili tersebut ke ekzos kereta penghuni. Manakala hampir kesemua kereta yang ditinggalkan ketika itu disembur dengan fire extingusher (alat pemadam api). Tayar kereta salah seorang AJK KRT juga telah dipancitkan dalam kejadian tersebut.

Pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme seperti ini dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap si pelaku. Penulis juga dimaklumkan bahawa, kejadian semalam telah dilaporkan kepada polis dan pihak polis segera ke lokasi untuk siasatan lanjut.

Penyalahgunaan peralatan bomba ini dilihat suatu trend terkini pelaku-pelaku vandalisme, dimana akhbar Berita Harian hari ini juga melaporkan kejadian yang hampir serupa berlaku di Putrajaya. Dilaporkan akibat daripada vandalisme yang semakin menjadi-jadi ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya telah kerugian RM 50,000 untuk membaiki pili-pili bomba dan peralatan kebakaran lain sepanjang tahun 2011. Lihat petikan akhbar di bawah:

Laporan Berita Harian 23 Mei 2012

Perkara ini amatlah dikesali sedangkan Putrajaya adalah pusat bagi pentadbiran utama Malaysia. Seharusnya penghuni di Putrajaya perlulah peka terhadap perkara-perkara ini kerana ianya akan menjejaskan nama baik Putrajaya. Expectation kebanyakan orang di luar Putrajaya juga menjangkakan tahap pemikiran penghuni di Putrajaya sepatutnya jauh lebih tinggi, namun perbuatan ini mencerminkan sebaliknya iaitu seperti pemikiran yang jumud.

Sekali lagi pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily menyeru perkara yang sama seperti 2 post terdahulu iaitu "Astaghfirullah...Rentung Dibakar" dan "Excident atau Perbuatan Khianat". Seruan itu ialah sama-samalah menjaga tingkah laku kita terhadap harta awam serta pantau anak-anak kita daripada terjebak dengan perlakuan vandalisme ini. Semoga Putrajaya benar-benar menjadi Bandar Pintar terbaik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment