Berdasarkan laporan yang dipetik daripada akhbar Berita Harian hari ini bertarikh 22 Mei 2012, graf peningkatan kes denggi yang dilaporkan di kawasan Putrajaya amatlah membimbangkan. Dilaporkan bahawa, sebanyak 49 kes demam denggi dengan satu (1) kematian direkodkan di Putrajaya antara Januari sehingga pertengahan Mei tahun ini, berbanding 18 kes tanpa kematian bagi tempoh sama tahun lalu.
Laporan Berita Harian 22 Mei 2012
Melalui apa yang dilaporkan tersebut, tidak dapat dinafikan lagi bahawa keadaan ini mengundang rasa khuatir penduduk jika penularan wabak dan virus denggi in tidak dikawal dengan segera. Walaupun sekiranya dilihat daripada segi kuantiti (49 kes) berbanding jumlah penduduk di Putrajaya, ianya sememangnya satu peratusan yang rendah. Namun begitu, apa yang perlu dirisaukan ialah peningkatan peratusan kes yang mendadak itu berkemungkinan membawa kepada peningkatan yang berterusan.
Justeru, pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily memohon agar semua penduduk di kawasan Presint 18 khususnya dan Putrajaya amnya segera bertindak untuk menangani masalah denggi ini sebelum ianya menjadi kritikal. Berikan kerjasama anda jika Jabatan Kesihatan membuat operasi penyemburan nyamuk aedes. Tidak lupa juga, tanggungjawab kita terhadap kebersihan kawasan sekitar perlu dipandang dengan pemikiran yang lebih waras. Buang gejala tidak peduli tentang kebersihan, kerana dengan kebersihan diri kita memperolehi kesihatan yang baik. Kebersihan juga adalah sebahagian daripada Iman.
InsyaAllah..pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily akan cuba melaksanakan aktiviti atau kempen kebersihan di Presint 18 Fasa R12 sedikit masa lagi. Semoga seluruh kawasan penduduk kita dijauhi daripada wabak penyakit yang mengancam nyawa ini.
salam...Bila agak2nya nak buat gotong royong tu?
ReplyDelete