Sila Klik Nuffnang

Monday 21 May 2012

Putrajaya Melepas..!!!

Sudah sah bahawa tiada kehadiran Ustaz Azhar Idrus (UAI) ke Putrajaya untuk menyampaikan ceramah beliau di PICC sabtu ini. Pada post terdahulu, penulis telah pun mengkaji beberapa aspek berdasarkan semakan dengan agensi-agensi tertentu berkenaan kesahihan program UAI di PICC. Ketika itu masih lagi menjadi tanda tanya dan persoalan kepada ramai jemaah di Putrajaya. Sila rujuk post terdahulu "Ustaz Azhar Idrus Berceramah di Putrajaya..?"

Semalam penulis dimaklumkan oleh beberapa rakan bahawa tempat ceramah pada 26 Mei 2012 itu telah pun ditukarkan ke sebuah masjid di Puchong. Penulis segera mendapatkan kepastian dan hasilnya poster di bawah ditemui di dalam "ustazazhar.net".

Poster UAI 26 & 27 Mei 2012

Secara rasminya, program kuliah perdana UAI pada 26 Mei ini telah pun dipindahkan ke Masjid As Salam, di Puchong Perdana. Melepas juga akhirnya Putrajaya untuk bergema dengan lautan manusia yang hadir ke program dan majlis ilmu ini. Penulis antara yang terkilan dengan pembatalan lokasi di Putrajaya ini. Namun insyaAllah dengan izin-Nya pasti penulis akan tetap mengikuti ceramah UAI di Puchong Perdana nanti.

P/s: Bila agaknya Putrajaya dapat diserikan dengan program keagamaan dan majlis ilmu
 besar-besaran yer..? Lihat di Padang Kota, Penang. Tempat hiburan dan cengkarama berjaya ditukar dengan laungan azan, solat berjemaah, kuliah agama dan hiburan berbentuk kerohanian. Orang Penang mesti gembira kan...Putrajaya juga melepas...!!!

Suasana di Padang Kota 19 Mei 2012


No comments:

Post a Comment