Assalamualaikum wbt.
Sempena sambutan Maal Hijrah 1434H yang disambut bermula malam ini, Pengerusi dan Seluruh Ahli Jawatankuasa Surau Wahbah Al-Zuhaily ingin merakamkan ucapan Salam Maal Hijrah dan selamat menyambut Awal Muharam 1434H kepada penduduk Presint 18 Fasa R12, Putrajaya.
Bertunjangkan sambutan Maal Hijrah ini, pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily menyeru kepada semua supaya kita dapat menghayati erti sebenar hijrah sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Di dalam sebuah hadith Nabi SAW telah bersabda:
Maksudnya: "Tiada lagi hijrah selepas pembukaan (Kota Mekah), melainkan jihad dan niat." (Riwayat Al-Bukhari).
Pengertian di dalam hadith ini amat panjang untuk dibicarakan. Namun begitu, sebagai manusia yang punya akal, kita diberi kesempatan untuk mengambil iktibar daripada apa yang telah dibawa oleh Rasulullah kepada kita. Peristiwa hijrah bukan sekadar direnung dari sudut perjalanan Baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah sahaja, malah lebih luas dari itu.
Justeru itu, marilah sama-sama kita muhasabah diri dengan sebaik-baik penilaian. Adakah kita telah berhijrah mengikut apa yang disyariatkan kepada kita. Saban tahun inilah mujahadah yang perlu kita lakukan. Hijrahlah dalam erti kata sebenar sebagi seorang Muslim yang beriman. InsyaAllah tahun 1434H ini menjadi titik tolak perjalanan kita menuju Ilahi.
Salam Maal Hijrah 1434H
P/S: Surau Wahbah Al-Zuhaily akan mengadakan satu program Ceramah Maal Hijrah 1434H pada 20/11/2012 (Selasa). Dijemput semua muslimin dan muslimat untuk hadir.
Khas untuk anda.. hayatilah lagu tema Maal Hijrah yang sering dimainkan pada setiap tahun sambutannya.
Lirik lagu:
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

No comments:
Post a Comment