Sila Klik Nuffnang

Saturday, 31 March 2012

Excident Atau Perbuatan Khianat..??

Pada hari Isnin (26 Mac 2012) yang lalu, kami sebagai Ahli Jawatankuasa Surau Wahbah Al-Zuhaily telah dikejutkan dengan berita bahawa pintu utama surau (sliding door) telah pecah. Perkara ini dimaklumkan oleh syarikat yang dilantik sebagai penyelenggara kuarters iaitu ZD Indah Sdn Bhd. Kaca pintu bertaburan di atas lantai beserta percikan darah dari kawasan pintu hingga ke dalam tandas lelaki. Kejadian dianggarkan berlaku sekitar jam 2.30 - 3.30 petang. Hal sebegini menggemparkan dan menjadi tanda tanya kebanyakan AJK dan juga jemaah yang hadir ke surau.
  

Ada dikalangan jemaah meramalkan perkara ini terjadi disebabkan oleh kemalangan, berdasarkan kesan darah yang banyak di kawasan surau termasuklah kain pelekat yang diwakafkan untuk kegunaan jemaah. Ini amat mendukacitakan kami kerana tiada siapa yang mengetahui hal sebenarnya. Bagi sesetengah jemaah yang lain, ramalan mereka pula mungkin mengarah kepada perbuatan tidak beretika segelintir anak remaja yang menjadikan premis surau ini sebagai tempat rehat setelah tamat waktu persekolahan. Antara kemungkinan yang paling popular ialah anak-anak remaja ini bermain di kawasan tersebut sehingga menyebabkan pintu pecah dan kecederaan. Selain itu juga, tidak mustahil telah berlaku pergaduhan di kawasan surau sehingga menyebabkan kecederaan dan juga kerosakan pada premis surau.

Ini adalah makluman yang disiarkan oleh pihak ZD Indah Sdn Bhd dan ditampal di blok-blok kediaman Presint 18, Fasa R12.


Untuk makluman, kes ini tidaklah dilaporkan kepada pihak polis kerana dikhuatiri ianya bukan unsur khianat. Jika dilaporkan, mungkin si pelaku akan dapat dikesan kerana DNA darah boleh dijadikan sebagai bukti berbuatan tidak bermoral ini. Namun, tidak beretika yang dinyatakan ini ialah mengapa tiada pihak yang tampil bersemuka dengan pihak surau untuk memaklumkan mereka adalah pelaku kejadian tersebut. Sekurang-kurangnya tiada spekulasi yang timbul atau mungkin jika jemaah terlalu marah menyebabkan mereka akan mendoakan si pelaku di balas setimpal dengan perbuatannya.

Kami tidaklah sebegitu. Tidak terlintas untuk melakukan perkara sebegitu. Cuma kami mengharapkan agar si pelaku atau ibu bapanya tampil sebagai seorang yang bertanggungjawab. Pihak surau sendiri berkemungkinan menghadapi kesukaran jika pihak kontraktor, BPH atau JKR meminta kami menjelaskan bil pembaikan pintu surau tersebut. Sekiranya si pelaku tidak mampu membayar bil tersebut sekal pun, silalah tampil sebagai bukti anda tidak sengaja melakukan perkara itu.

Perhatian juga kepada ibu bapa dan guru di SMK Presint 18 (1). Jika anda mendapati anak atau anak murid anda mengalami kecederaan pada tarikh tersebut, mohon bertanya hal sebenarnya kepada mereka dan hadirlah ke surau sebagai tanda anda seorang yang jujur dan ikhlas. Kami amat berterima kasih jika anda bersikap demikian.

Peringatan juga kepada semua. Surau Wahbah Al-Zuhaily adalah tempat ibadah bagi semua. Jadikanlah ia sebagai tempat yang mulia sebanding rumah-rumah Allah yang lain. Jaga dan peliharalah kesucian tempat ini daripada perbuatan-perbuatan yang tidak beretika ini. Ibu bapa perlu mengawal tingkah laku anak-anak supaya tidak merosakan premis ini. Marilah memenuhi rumah Allah ini untuk berjemaah di dalam 5 waktu solat dan juga program-program ilmu atau keagamaan. Semoga Allah memelihara kita semua dengan pemeliharaan yang berkekalan.

No comments:

Post a Comment