Buku ini bertajuk "Allah, Liberty dan Love; Suatu Kebenaran Mendamaikan Iman dan Kebebasan", tulisan Irshad Manji. Difahamkan buku ini adalah terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris dan ianya kini sedang giat dipromosikan di seluruh Malaysia dan Indonesia. Cover depan buku yang nampak Islamic seakan cuba mencuri perhatian masyarakat melayu untuk memilikinya.
Tapi...awas...!!!! Buku ini bukan sebuah buku pengajian Islam dan pendidikan rohani yang baik. Buku ini satu penulisan hodoh daripada seorang penulis yang mengaku dirinya ialah seorang lesbian. Nauzubillah.. Berhati-hatilah untuk membeli buku 'kotor' ini. Beberapa ustaz dan alim ulama' di Malaysia telah memberi komen tentang hal ini. Carian di internet juga mendapati satu program telah dianjurkan untuk Irshad Manji di sebuah IPTS di Bandar Sunway pada 18 Mei 2012 (Jumaat), jam 1.00 tengahari - 2.00 petang. Sasaran peserta sudah pasti menjurus kepada wanita. Manakala lelaki juga dialu-alukan ketika mana waktu itu adalah waktu umat Islam menunaikan Solat Jumaat.
Inilah penulisnya yang bernama Irshad Manji
Keterbukaan Irshad Manji mengaku sebagai seorang muslim yang mengamalkan cara hidup lesbian dan menyokong kebebasan seks amatlah mendukacitakan. Beliau tidak layak pun untuk berkata atau berhujah tentang Islam. Kemasukan beliau ke Malaysia untuk sebarang tujuan promosi buku atau berhujah tentang kehidupan seorang Islam harus ditentang. Indonesia sendiri menentang kemasukan beliau ke negara yang memiliki 204 juta umat Islam. Salah seorang penyanyi terkenal di Indonesia dikatakan pengikut kepada Irshad Manji.
Semoga cita-cita beliau untuk mempengaruhi umat Islam di Malaysia dapat dipatahkan. Jangan membuang 1 sen pun daripada kewangan anda untuk memiliki buku hasil penulisan beliau, lebih-lebih lagi kita sebagai insan yang kekurangan ilmu pengetahuan. Kedai-kedai buku juga diharapkan lebih peka terhadap isu penularan 'pengaruh jahat' melalui penulisan seperti ini.
No comments:
Post a Comment