Minggu lepas merupakan tempoh yang cukup padat dalam jadual penulis. Disebabkan itu, penulis tidak berkesempatan untuk update info berkenaan program surau yang dilaksanakan sepanjang minggu. Bermula daripada program team building yang disertai sejurus selepas kutipan di blok F hinggalah kepada jadual kerja 12 jam sehari yang dilalui pada minggu pertama Julai 2012. Namun Alhamdulillah penulis masih berkesempatan bersama AJK lain dalam kutipan ramadhan selepas waktu isyak.
Setelah tempoh padat itu berlalu seketika, penulis sempat menjenguk FB KRT P18 R12 dan tertarik dengan komen seorang pengikut FB tersebut. Rupa-rupanya, blog picisan Surau Wahbah Al-Zuhaily yang tidak seberapa ini mempunyai pengikut setia yang sudi membacanya. Lebih mengujakan, beliau tertunggu-tunggu post baru di dalam blog ini. Beliau yang dimaksudkan ialah pemilik akaun seperti di bawah:
Komen di wall FB KRT oleh Kamaruls Cities
Penulis menjadi teruja dengan post yang simple tapi bermakna ini. Di dalam post Encik Kamarul itu, ada menyatakan tentang minat beliau membaca blog Surau Wahbah Al-Zuhaily. Penulis bukanlah seorang yang pandai berkarya pun. Lebih-lebih lagi, inilah sahajalah ruang penulisan yang penulis ceburi. Semata-mata untuk infomasi surau tercinta. Membuatkan ianya lebih terharu, kesudian untuk mempromosi kepada pengikut FB yang lain membuatkan En Kamarul memang seorang yang cukup saya hormati.
Ikhlas penulis katakan, penulis mungkin tidak mengenali En. Kamarul. Beliau juga pastinya bukan AJK Surau Wahbah Al-Zuhaily. Sedang hanya segelintir sahaja AJK yang sudi promosi blog ini, Allah rupa-rupanya tampil menghantar hamba-Nya yang ikhlas untuk sama-sama berkongsi. Pasti penulis ingin mengenali beliau. Mungkin Ramadhan ini menjadi pemecah tembok demi suatu ukhuwah kerana Allah Taala.
Justeru, penulis ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas keprihatinan En. Kamarul dan mungkin sesiapa sahaja di luar sana yang sudi menjadi pembaca setia blog ini. Semoga anda memperoleh manfaat dari penulisan kecil ini dan Allah pasti akan merahmati kalian. Syukran...
No comments:
Post a Comment