Sila Klik Nuffnang

Wednesday, 18 July 2012

Ceramah Ustaz Azhar Idrus Menjadi Kenyataan

Semalam penulis menjadi sangat teruja kerana satu impian yang telah lama dipasang hampir sahaja menjadi kenyataan. Sejak dari saat itu, penulis antara individu yang paling sibuk dengan perancangan secara ad-hoc. Apa yang dimaksudkan ini ialah, melihat penceramah tersohor Malaysia berceramah di tempat penulis. Tapi... ianya bukan di Surau Wahbah Al-Zuhaily (SWAZ) atau pun di Putrajaya. Tempatnya ialah seperti mana dinyatakan pada poster di bawah:



Tuan-tuan nak tau apa istimewanya program ini..? Di sini tempat penulis bekerja. Lebih mengujakan penulis adalah orang yang bertanggungjawab membawa Ustaz Azhar Idrus (UAI) berceramah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WPKL (PPTGWPKL) itu. Penulis sebenarnya dah lama meletakkan jawatan dalam Biro Agama di Jabatan ini, namun masih lagi diminta oleh AJK baru untuk membantu mencari penceramah.

Semuanya berlaku dengan cukup pantas. Semalam, penulis sekadar mencuba nasib untuk meminta UAI mengisi "program terselit" di PPTGWPKL semasa Ramadhan nanti. Namun, penulis ditawarkan untuk membuat program pada 20 Julai walaupun tempoh yang diberikan sangat singkat. Persetujuan terus dibuat walaupun keringat terpaksa dikerah hingga ke titisan terakhir. Inilah dia kerja dakwah yang perlu siap siaga dalam apa situasi sekali pun. Penat diawalnya, kepuasan pasti muncul diakhirnya. InsyaAllah.

Cuma sedikit terkilan kerana penulis tidak berkesempatan untuk "menyelitkan" satu lagi slot khas untuk Surau Wahbah Al-Zuhaily. Namun, penulis telah diberikan jaminan supaya suatu hari nanti insyaAllah akan dibincangkan supaya UAI dapat juga hadir ke SWAZ. Sama-samalah kita doakan ye..

Penulis di sini ingin mengambil kesempatan untuk semua yang membaca blog ini ke ceramah yang diadakan di pejabat penulis ini. Mungkin sesuai dikhususkan kepada individu yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Tempat adalah terhad. Jika hadir awal, insyaAllah anda berkesempatan menemui UAI dengan lebih dekat. Marilah beramai-ramai ke majlis yang penuh barakah ini.

1 comment:

  1. Salam
    Tahniah atas usaha gigih penulis :)

    ReplyDelete