Sila Klik Nuffnang

Wednesday, 11 July 2012

Jom Makan Durian di SWAZ

Makan durian..?? Bile..?? Kat mane..?? Kena bayar ke..?? Oppsss..jangan tanya lagi. Ini jawapannya. Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk menikmati durian di Surau Wahbah Al-Zuhaily. Syaratnya juga cukup mudah. Semua layak untuk menyertainya. Teruskan membaca jika anda seorang penggemar durian dan berani menyahut cabaran hebat ini...

Sedia untuk dikerjakan..!!!

Sempena Ceramah Diambang Ramadhan yang diadakan pada 12 Julai ini, pihak jawatankuasa Surau Wahbah Al-Zuhaily telah bersetuju untuk membuat kelainan dari segi konsep jamuan. Objektifnya bukan sekadar ingin menguji kehebatan anda berhadapan dengan raja segala buah ini. Tetapi ada sesuatu yang lebih bermakna iaitu mewujudkan perasaan mahabbah di dalam pergaulan di kalangan penduduk Presint 18 khususnya di Fasa 18 R12.

Bagi penduduk di Presint 18, rasanya iklan telah pun diedarkan di kawasan perumahan anda berkenaan program ceramah tersebut. Jadi amatlah penting bagi anda untuk hadir sama-sama ke program itu nanti. Durian yang akan disediakan ini khas untuk semua yang hadir ke ceramah itu. Kalau ada yang datang untuk makan durian je pun tiada masalah. Rezeki masing-masing lah namanya tu. Tapi lebih manis jika dapat kedua-duanya sekali. Durian dapat...ilmu pun dapat.. Tak gitu..?

Idea untuk mengadakan jamuan durian ini sebenarnya hasil daripada pengalaman salah seorang AJK di dalam 2 program yang disertainya baru-baru ini. Katanya melalui program makan durian ini barulah dapat berbual mesra dengan peserta-peserta lain yang datang dari seluruh negara. Bukan kekenyangan yang dicari, tetapi berkumpul dalam suasana "makan durian" ini membangkitkan ikatan kemesraan yang amat baik. Tak percaya..? Kita akan cuba malam esok..

Suasana begini mewujudkan ukhuwan sesama masyarakat. (Gambar Hiasan)

Sekali lagi kami ahli jawatankuasa Surau wahbah Al-Zuhaily menjemput anda semua ke program ceramah diambang Ramadhan ini seterusnya sama-sama menikmati juadah istimewa "Raja Buah" yang disediakan. Datanglah ramai-ramai. Kalau tak dapat banyak durian pun, sikit jadi la.. Objektif kita tetap satu, iaitu mahabbah dan ukhuwah di kalangan penduduk.

Sekali lagi dipromosikan poster ceramah diambang Ramadhan:

Jom beramai-ramai

No comments:

Post a Comment