Kepada: Semua Ahli Qariah dan Penduduk Presint 18 Fasa R12
Tuan/Puan,
SOLAT TARAWIKH DAN PROGRAM RAMADHAN 1433H SURAU WAHBAH AL-ZUHAILY
Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa, Surau Wahbah Al-Zuhaily, Fasa 18R12, Presint 18 akan mula melaksanakan Solat Sunat Tarawikh berjemaah pada 1 Ramadhan 1433H seperti mana yang dilakukan di seluruh Negara.
3. Untuk makluman tuan/puan, ahli jawatankuasa Surau telah pun bersetuju untuk melaksanakan solat sunat tarawikh ini sebanyak 8 rakaat dan 3 rakaat solat sunat witir. Ini adalah memandangkan penglibatan sebahagian besar penduduk di Presint 18 Fasa R12 ini yang lebih konsisten berbanding jumlah 20 rakaat.
4. Disamping itu juga, pihak surau akan mengadakan sedikit sesi tazkirah ketika solat tarawikh berhenti rehat yang mana ianya akan disampai oleh imam/penceramah jemputan dengan kadar kekerapan 3 atau 4 kali seminggu. Tujuan program tazkirah ini adalah untuk memberi kesegaran minda dan berkongsi kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam bulan ibadah ini.
5. Tuan/Puan juga dijemput untuk sama-sama dalam sebarang program yang dilaksanakan oleh pihak surau seperti Taddarus Al-Quran (setiap malam selepas tarawikh), Kuliah Subuh (setiap sabtu dan ahad), Kuliah Muslimat (setiap hari ahad), Majlis Khatam dan berbagai lagi program yang akan diaturkan untuk manfaat seluruh penduduk.
5. Sehubungan dengan itu, diharap pihak semua penduduk dapat mengambil peluang untuk sama-sama mengerjakan ibadah dengan sempurna. Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik dalam hidup kita.
Selamat Berpuasa & Selamat Menjalani Ibadah
t.t
(ABDUL AZIM BIN ABU ZIDEN)
Pengerusi
Surau Wahbah Al-Zuhaily
Presint 18, Fasa 18R12, Putrajaya
No comments:
Post a Comment