Rasanya semua dah tau apa yang dimaksudkan 12k tu. Pasti juga macam-macam pendapat yang keluar daripada penghuni yang menyumbang mahu pun yang tidak menyumbang. Ada yang kata jumlah kutipan tu banyak.. ada yang kata sedikit.. yang bersyukur pun tidak kurang ramainya.. tak lupa juga mungkin ada di antara kita sedang fikir, apa yang surau nak buat dengan RM 12,028.00 tu..?
Yang ni lebih 12k..
Mula-mula penulis nak sampaikan rasa syukur daripada seluruh AJK Surau Wahbah Al-Zuhaily di atas sumbangan di luar jangkaan yang diterima. Jadi, bila kata luar jangkaan, memang banyak la berbanding jumlah sasaran awal. Kalau kira jumlah tu ada dalam akaun bank penulis yang hidup seperti orang kebanyakan ni, memang "wow..!!" la penulis jerit. Boleh tampung 'belanja mewah' selama 3-4 bulan tu..
Jangan nak berangan la.. Ini kutipan surau yang menjadi amanah kepada AJK untuk menguruskan dengan baik.
Angka 12k sebenarnya bukanlah satu jumlah yang besar bagi sesebuah organisasi. Lebih-lebih lagi untuk menampung perbelanjaan sebuah surau sepanjang bulan Ramadhan. Kecualilah jika surau tersebut tiada keinginan untuk membuat program. Mungkin 12k ini boleh dimasukkan ke dalam FGVH dan tunggu sahaja keuntungannya. Mustahil bagi kami. AJK Surau Wahbah Al-Zuhaily telah mengatur dan merancang program yang padat sepanjang Ramadhan ini. Antaranya ialah:
i. Ceramah Diambang Ramadhan
ii. Program Taddarus Al-Quran
iii. Kuliah-kuliah (Subuh, Dhuha, Kelas Al-Quran)
iv. Program Nuzul Al-Quran
v. Ceramah Badr Al-Qubra
vi. Program Qiamulail
vii. Majlis Berbuka Puasa
viii. Majlis Khatam Al-Quran
Bulan Ramadhan sudah tentunya bulan ibadah. (Walaupun ramai yang menjadikannya bulan untuk bershoping sakan). Oleh itu, mana-mana surau pasti akan bersiap sedia dengan program yang boleh dimanfaatkan oleh ahli qariahnya. Setiap program bukannya percuma. Lebih-lebih lagi kawasan elit seperti di Putrajaya ini. Kos yang diperlukan cukup besar untuk memastikan setiap yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya. 12k cukup..? Baiklah..., Di sini penulis sediakan anggaran perbelanjaan kasar yang disediakan untuk menampung semua program di dalam bulan Ramadhan nanti.
Sila klik untuk paparan lebih jelas.
Macam mana..? Jika anda adalah salah seorang daripada pihak pengurusan surau, bagaimana agaknya dengan 12k yang anda dapat tersebut..? Pasti anda ada jawapan sendiri bukan.. Untuk makluman, di kalangan kami tiada seorang pun rasanya dari golongan 'W' (kewangan). Namun inilah cabaran yang kami akan tempuh untuk merealisasikan setiap perancangan yang disusun khas untuk anda semua diluar sana. Mungkin golongan 'W' pandai untuk 'cut cost' supaya ada penjimatan kewangan surau ni.
Itulah hakikatnya nilai 12k yang diterima daripada penduduk. InsyaAllah jumlah besar itu tidak akan digunakan sembarangan dan ianya pasti akan kembali kepada para penghuni. Tugas anda hanya untuk mengimarahkannya sahaja. Suatu tugas yang mudah bukan.. Segala urusan lain pasti akan dilaksanakan dengan penuh komitmen daripada barisan ahli jawatankuasa yang tidak berbayar secara tetap ini. Sumbangan demi sumbangan daripada agensi, badan korporat dan orang perseorangan terus diusahakan sehingga mampu menampung segala kos yang diperlukan.
Sebagai insan yang prihatin dan inginkan saham di akhirat, anda juga layak berbuat demikian. Tambahkan infaq anda kepada surau demi suatu niat ke arah ibadah dan jihad di jalan Allah. Sumbangan anda amat dialu-alukan.
Jihad Harta Di Jalan Allah
No comments:
Post a Comment