Sila Klik Nuffnang

Tuesday, 17 July 2012

Laporan Ceramah Diambang Ramadhan

Alhamdulillah..Minggu lepas Ceramah Diambang Ramadhan telah pun diadakan dengan jayanya. Para petugas dan AJK telah memberi komitmen yang sangat baik untuk menjadikan program ceramah tersebut dapat berjalan lancar. Penceramah jemputan Ustaz Mohd Sukki Othman juga berjaya menarik minat para hadirin untuk sama-sama berinteraksi secara 'maya' pada ceramah tersebut.



Pada malam tersebut, Ustaz Shauqi (nama pena) membuka ruang untuk para hadirin bertanyakan soalan secara sms. Ini mengundang banyak soalan yang tidak putus-putus daripada semua yang hadir. Kebanyakan soalan berkenaan Ramadhan dapat dijawab dengan baik oleh Ustaz Shauqi bagi menjelaskan sebarang kemusykilan yang timbul.

Di kemuncak program, para hadirin telah dijamu dengan buah durian sebagai pencuci mulut. Ternyata apa yang dihasratkan menjadi kenyataan. Para hadirin begitu ceria, teruja dan ikatan mahabbah jelas dapat dijalinkan melalui kenduri durian ini.


Berikut sedikit sorotan sepanjang program ceramah Ramadhan ini dijalankan.

Para hadirin khusuk mendengar penjelasan daripada Ustaz Shauqi.

Sebahagian hadirin yang hadir menimba ilmu yang berguna untuk dimanfaatkan pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan nanti.

Muslimat juga tidak ketinggalan untuk bersama di dalam ceramah di ambang Ramadhan ini.

Acara mengopek durian disempurnakan dengan rasminya oleh Bendahari Surau, Cikgu Rizal.

Para petugas sibuk menyiapkan durian untuk dijamu oleh para hadirin.

Muslimat juga tidak ketinggalan untuk menikmati 'Raja Buah'. Makan beringat sikit kak.. Jangan sampai pening pulak.

Tauke durian, En. Salzeli sedang mengira bilangan duri yang telah terpacak di jari jemari beliau.

Orang kuat dapur, En. Bakhtiar mengopek durian tanpa menggunakan senjata. Hati-hati..Jangan tiru aksi ini. Hanya yang profesional sahaja yang layak..

Setiausaha Surau, En. Mustaim hanya mampu melihat sahaja jemaah menjamah durian. Beliau tidak berkesempatan untuk makan kerana dipaksa menjadi baby sitter. Jangan marah SU.. hehehe...

Ustaz Arifin tidak puas hati kerana durian yang dikopeknya dilarikan orang. Sabar Pin... Tajam pisau tu..

Inilah suasana yang cukup menarik. Para jemaah bersama-sama menjamu durian dan secara tidak langsung dapat bemesra dalam sebuah ikatan ukhuwah sesama penduduk. Alhamdulillah...


Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan begitu lancar, tersusun dan mahabbah. Semoga suasana sebegini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman yang sudi hadir menyampaikan ceramah beliau.

Ucapan tahniah dan terima kasih juga ingin diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam program ini. Tidak ketinggalan semua para hadirin muslimin dan muslimat dari segenap pelusuk yang telah hadir. Semoga berjumpa lagi di kesempatan akan datang. InsyaAllah....


Kredit kepada: En Salzeli yang telah bertungkus lumus mendapatkan durian yang enak ini & En. Romzi yang telah merakam kenangan-kenangan manis pada program tersebut. Terima kasih.

1 comment: