Pemikiran logik manusia tidak akan mampu merungkai misteri sebuah perjalanan dengan jarak 300,000 kilometer ditempuhi dalam masa 1 hari sahaja pergi dan balik. Inilah jawapan kepada betapa kita hanyalah seorang hamba yang tidak punya apa-apa kuasa melainkan Allah SWT. Dengan kehendak-Nya, Dia mampu membawa seorang yang amat mulia merentasi pemikiran manusia untuk sebuah perjalanan yang dinamakan Isra' Mikraj.
Gambar Sekadar Hiasan
Peristiwa Israk dan Mikraj biarpun di luar pencapaian pancaindera manusia biasa, tetap diabadikan dalam al-Quran, dengan hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah SWT:
(Surah Al-Isra' Ayat 1)
Pengertian Israk Mikraj
Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran. Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.
Firman Allah Yang Bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18).
Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).
Sebab Kepada Isra'
Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.
Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.
Difardhukan Solat 5 Waktu
Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. dalam peristiwa ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.
Perintah asal 50 waktu:
Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.
Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.
Solat 5 Waktu:
Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.
Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.
Solat yang difardhukan:
1 ) Solat Maghrib - 3 Rakaat
2 ) Solat Isyak - 4 rakaat
3 ) Solat Subuh - 2 Rakaat
4 ) Solat Zohor - 4 Rakaat
5 ) Solat Asar - 4 Rakaat
Pengajaran Peristiwa Isra' Mikraj
i. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan.
j. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia.
k. Menjadikan Solat sebagai jalan untuk berinteraksi terus dengan Allah SWT. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi Muhammad daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail.
iv. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat.
v. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi SAW tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada Rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.
Penutup
Peristiwa Isra’ dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dlam Isra’ dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati sepenuhnya,manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).
Seandainya peristiwa dlam Isra’ dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati sepenuhnya,manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).
Assalamu'alaikum..
ReplyDeleteMohon kerjasama pihak berkaitan agar tidak meletakkan ayat al-Quran di dalam 'flyers' kerana saya baru saja mengutip salah satu 'flyer' tersebut di atas lantai lif blok saya malam tadi. Cadangan saya agar diletakkan mafhum ayat saja.
P/S: Edar 'flyers' x salah..cuma lebih baik dibuat 100% ikut cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW; rumah ke rumah, mata ke mata, hati ke hati. Wallahu'allam.
Wa'alaikumsalam wbt. Terima kasih di atas perhatian tuan/puan terhadap perkara tersebut. Kami mengambil positif teguran tersebut. Semoga sumbangan tuan/puan mengutip 'flyers' tersebut juga akan dikira sebagai jariah tuan/puan terhadap agama Allah.
Delete