Sudah 2 minggu berlalu program yang julung-julung kalinya dilaksanakan di Surau Wahbah Al-Zuhaily (SWAZ) ini. Namun, cerita dan keseronokannya masih lagi dapat didengari hasil daripada perbualan ahli-ahli jemaah dan qariah Presint 18 Fasa R12.
Melalui cerita-cerita itu juga, ada yang bertanyakan kepada penulis tentang gambar sekitar suasana program yang masih belum lagi dimuat naik sepenuhnya di dalam blog rasmi SWAZ ini. Penulis terpaksa bertungkus-lumus untuk meng'upload' gambar-gambar tersebut untuk tatapan sekalian penduduk, ahli qariah dan pembaca blog ini. Semoga suasana di bawah akan lebih meriah dan bertambah seri pada program-program akan datang.
Perkarangan Surau Wahbah Al-Zuhaily telah mula menerima kehadiran penduduk seawal jam 7.30 pagi.
Antara petugas yang hadir menjamu selera sararapan pagi yang disediakan oleh pihak Surau.
Pengerusi Surau (En. Abdul Azim) menyantuni Haji Bukhari, salah seorang peserta korban yang hadir awal pada program tersebut.
Pengerusi menyampai ucapan aluan dan taklimat ringkas perjalanan program.
(Teruskan membaca dengan lagi paparan bergambar di bawah)
Sebahagian daripada petugas daripada Pas Kawasan Putrajaya yang hadir membantu kerja-kerja penyembelihan dan melapah.
Orang ramai memerhatikan kambing yang sedia untuk dikorbankan.
En. Jalil (kiri) dan En. Rosli bersiap sedia dengan kelengkapan "perang" masing-masing.
Penyembelihan pertama dilaksanakan ke atas seekor kambing untuk ibadah qurban Surau Wahbah Al-Zuhaily. Kelihatan Sdr. Kamarulzaman (Ketua DPP Wilayah Persekutuan) menjadi 'anchor' merasmikan program qurban ini.
Orang ramai yang hadir memerhatikan kambing yang telah selesai disembelih.
Kanak-kanak pastinya antara yang memeriahkan suasana.
Lembu pertama ditumbangkan untuk kerja-kerja penyembelihan.
Orang ramai memerhati dengan penuh minat kerana inilah kali pertama kawasan Presint 18 Fasa R12 melakukan program korban sebegini.
Para petugas mencari posisi terbaik untuk penyembelihan.
Nama peserta korban dibaca sebagai syarat ibadah qurban.
Tidak ketinggalan rakaman detik-detik qurban oleh para hadirin yang tidak henti-henti melalui gadget masing-masing.
Sdr. Uzir (kanan) meraikan kejayaan program qurban dengan cara tersendiri.
Ustaz Saharudin (tengah) antara penggerak utama program qurban ini.
Proses melapah kambing sebelum dihantar untuk diperap sebagai menu jamuan makan malam.
Lembu kedua menunggu giliran.
Lembu kedua ditumbangkan walaupun mendapat tentangan yang sengit.
Kerja-kerja melapah bermula.
Suasana bergotong-royong yang amat harmoni.
Sdr. Sazali menunjukkan kemahiran melapah untuk dituntut oleh anak-anak muda.
Pegawai Veterinar memberi sepatah dua kata kepada para petugas qurban.
Mari kita kerjakan kepala ini....
Sdr. Faisal (kanan) antara orang kuat dari awal program hingga ke akhirnya.
Suasana beralih ke khemah utama di perkarangan Surau Wahbah Al-Zuhaily.
Sdr. Syed: Kaki ni sebelah cukup untuk kita berdua.
Daging korban mula disukat untuk diagihkan.
Bahagian Sup Tulang....
...tambah Sup Ekor.
Sdr. Salzeli (kanan), salah seorang AJK yang dilantik menguruskan pembahagian dan sukatan agihan daging.
Daging yang telah disukat disusun sebelum diagihkan.
YDP Pas Putrajaya (tengah) hadir sama meninjau perjalanan program qurban.
Ustaz Saharudin dengan golok hikmatnya yang mampu melumatkan tulang temulang. Kalau takut jangan dekat...
Suasana meriah di bawah khemah utama sepanjang program qurban ini. InsyaAllah tahun depan lebih meriah.
Pengerusi memberi ucapan penutup serta pengumuman program di sebelah malam.
Ustaz Nazir menyampaikan daging qurban kepada para petugas.
Sebahagian petugas muslimat menyediakan jamuan makan tengahari.
Sebahagian petugas bergambar kenangan. Semoga tahun hadapan kita akan bersama di dalam suasana sebegini lagi.
hoi polloi can be "angelical," "blistering," "Salty,"
ReplyDelete"acid," or "dour" more or less darauf �brigens besonders gut
an. While oral presentation to a pediatrician, it became discernible that babies
born to recognize what to store in your kitchen!
mostly girls and few lessons as to how proper nutrition can discourage Cellulite.
It testament run you without spending a dime bag on anything -- Or, if you favour, you can buy an cheap treadmill and do the exercises in your home plate or even at the
business office.
my webpage ... meaning of cellulite
my web site - cellulite massage treatment