Sila Klik Nuffnang

Tuesday 16 October 2012

Lapangkan masa anda 28 Oktober nanti..

Malam tadi (15 Oktober) sekali lagi pihak Surau dan KRT telah bersama di dalam satu perbincangan ringkas AJK induk untuk program korban sempena AidilAdha 1433H. Di atas kesepakatan dan komitmen daripada semua yang hadir pada perbincangan tersebut, beberapa perkara telah pun berjaya dimuktamadkan. Alhamdulillah...
 
Sekitar perbincangan program korban.
 
Perkara yang penting ketika ini ialah pihak penganjur memerlukan penglibatan daripada para penduduk dan penghuni bagi memastikan segala perjalanan program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penganjur telah memutuskan bahawa sekurang-kurangnya 30 orang petugas dan sukarelawan diperlukan ketika program dijalankan.
 
Ini adalah bagi memastikan setiap tugas-tugas yang telah dipecahkan dapat dilaksanakan dengan jumlah petugas yang mencukupi. Antara tugas-tugas yang telah dibincangkan ialah:
 
1) Penyembelihan/Melapah
2) Pengasingan/Pengagihan
3) Penyediaan Jamuan Makan
4) Logistik
 
Setiap tugas-tugas tersebut memerlukan tenaga kerja yang kuat bagi memastikan ianya dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Kerja sepasukan juga memainkan peranan penting. Oleh itu, masyarakat setempat dan seluruh penghuni adalah dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kerja untuk program ibadah korban ini nanti.
 
Bagi anda semua yang berkelapangan, jangan lepaskan peluang untuk turut serta sebagai penghuni yang prihatin terhadap program di peringkat komuniti ini. Tuan/puan sekalian boleh berhubung dengan mana-mana AJK Surau Wahbah Al-Zuhaily atau Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi menyatakan hasrat untuk bersama kami. Semangat bermasyarakat di dalam sebuah komuniti ini pastinya akan mewujudkan kemeriahan.
 
Korban bukan hanya dengan penyembelihan. Korban masa dan tenaga anda juga insyaAllah akan dikira sebagai satu ibadah. Ayuh..lapangkan masa anda 28 Oktober nanti.

3 comments:

  1. salam.. penyertaan utk aqiqah ada dibuka tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..maaf, tahun ini kami tidak membuka penyertaan qurban atau aqiqah. Program ini adalah hasil daripada tawaran daripada ahli qariah dan bahagian korban lain diuruskan oleh NGO luar. Hanya penyembelihan, pengagihan dan kenduri sahaja di Presint 18. InsyaAllah tahun hadapan jika program ini berjaya, kami akan buka penyertaan korban. Teruskan bersama program/aktiviti Surau Wahbah Al-Zuhaily. Terima kasih.

      Delete
    2. ok, tq for reply.. insyallah

      Delete