Marilah sama-sama kita menadah tangan memohon bantuan daripada Allah SWT untuk kemenangan pejuang Islam di Palestine serta kehancuran tentera Zionis laknatullah. Bacalah qunut nazilah di setiap kali selesai atau sedang mendirikan solat anda dan bila-bila masa sahaja demi sebuah perasaan cinta terhadap Islam.
Ya Allah..dengan doa ini sahajalah senjata yang kami ada sebagai umat Islam di Malaysia ini. Janganlah sesekali Kau lalaikan hati kami untuk terus berjuang dengan bibit-bibit doa ini. Setitis darah umat Islam di Palestine yang jatuh ke bumi, pasti kami turut merasainya ya Allah. Hantarlah tentera-tenteraMu ya Allah untuk menghancurkan kekejaman zionis israel itu. Selamatkalah sekalian rakyat Palestine dari mala petaka dunia Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah Tuhan Yang Berkuasa di atas muka bumi ini.
Amin Ya Rabbal A'lamin.
No comments:
Post a Comment