Surau Wahbah Al-Zuhaily dengan penuh takzimnya menjemput ahli jemaah, anak qariah, penduduk Presint 18 serta seluruh muslimin dan muslimat ke Perogram Ceramah Maal Hijrah 1434H yang akan diadakan pada ketetapan seperti di bawah:
Klik untuk simpanan dan paparan lebih jelas.
Mengharungi detik 1434H ini, jangan sesekali dibiarkan kosong tanpa sebarang pengisian rohani. Penghijrahan pastinya perlukan sebuah pengembaraan. Kembara itu pula tidak harus sempit dalam erti kata dari suatu tempat ke tempat yang lain. Maknanya amat luas dan besar pengertiannya. Maka dengan itu kita yang perlu tentukan arahnya.
"Kembara Hijrah: Ke Mana Arah Kita?". Itulah tajuk yang akan dikupas oleh penceramah jemputan Ustaz Riduan Mohamad Nor. Program yang diadakan selepas maghrib itu memang bertepatan dengan personaliti penceramah yang banyak terlibat dengan kembara hijrah di kalangan artis dan selebriti tanah air. Mungkin banyak kisah yang boleh dikongsikan bersama kita. Jika bernasib baik, mungkin ada di kalangan artis yang akan turut serta bersamanya pada malam itu nanti.
Selain berceramah, Ustaz Riduan juga terkenal sebagai seorang penulis buku-buku keagamaan. Beliau juga arif dalam penulisan tokoh-tokoh agama. Antara buku terlaris yang sering diperkatakan pada tahun 1433H yang lalu pasti bertajuk "Daie Sejuta Ummat". Buku yang berkisarkan kisah seorang pendakwah hebat di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus. Penulisan yang hebat ke atas seorang daie yang hebat. Pastinya juga penulisnya seorang yang hebat.
Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama di dalam majlis ilmu ini nanti. Luangkan sedikit masa untuk mencari pengembaraan hijrah sebenar sebagai seorang mukmin. Sebarkan mesej dakwah ini agar kita juga dapat berkongsi barakah daripada Allah SWT. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment