Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
InsyaAllah dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi kita akan membuka kalender baru di dalam perkiraan hijriah iaitu tahun 1434H. Tahun baru bagi umat Islam di mana peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW penuh terkandung di dalamnya sebagai rujukan kita umat yang beriman.
Justeru itu, bagi meraih keberkatan di hari pertukaran tahun baru Islam ini, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon ke hadrat Allah agar tahun yang mendatang akan menjadi sebaik-baik penghijrahan kita menuju suatu titik yang lebih baik. Di sini penulis ada kongsikan doa-doa yang masyhur untuk kita amal ketika akhir tahun 1433H ini serta bermulanya nanti awal Muharram 1434H.
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan Mengampunkan dosanya setahun.”
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”
No comments:
Post a Comment