Di saat umat Islam seluruh dunia rancak menyambut ketibaan 1 Muharram sebagai permulaan tahun baru Maal Hijrah 1434H, bumi Palestin sekali lagi dibasahi darah umat Islam atas serangan kejam tentera Zionis Israel.
Ini mengingatkan kita kepada peristiwa serangan besar-besaran Israel ke atas rakyat Palestin kira-kira 4 tahun yang lalu. Tahun 1434H ini pula direkodkan serangan terbesar selepas serangan 4 tahun lalu. Jumlah korban yang dilaporkan sehingga kini ialah 28 orang dengan sekurang-kurangnya 270 yang lain cedera. Paling menyayat hati, mangsa yang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.
Penulis sekeras-kerasnya mengutuk tindakan tidak berperi-kemanusiaan yang ditunjukkan oleh tentera Zionis ini kerana telah mensasarkan orang awam sebagai mangsa perperangan dengan pejuang Hamas. Lebih menyakitkan, ianya dilakukan tatkala bulan Muharram tiba yang mana ianya adalah bulan suci umat Islam serta ditegah daripada berperang dan melakukan kezaliman terhadap manusia. 4 tahun lalu juga zionis laknatullah ini menyerang ketika bulan Haram.
Di mana Amerika selaku Negara yang sering melaungkan keamanan..?? Di mana PBB yang kaku melihat Israel bertindak kejam kepada orang awam itu...?? Liga Arab...apa yang perlu kamu lakukan..?? Diam membisu...?? Israel tetap sebuah Negara haram yang menceroboh tanah Palestine. Perjuangan mempertahankan bumi Palestine adalah sebuah perjuangan suci umat Islam.
Semalam, bertempat di kedutaan Amerika Syarikat (AS), kira-kira 1,000 rakyat Malaysia membantah serangan Israel tersebut. Kini, kita sebagai pemerhati dunia kepada AS perlu memberi tekanan kepada Presiden Obama yang baru sahaja memenangi pilihanraya Presiden untuk menghentikan segera tindakan sekutu mereka itu. Obama harus bertanggungjawab.. Jika tidak AS juga akan hancur di tangan pejuang-pejuang Islam.
Doa dan harapan agar pejuang-pejuang Islam di Palestine akan memperoleh kemenangan. Tempatkan juga mereka yang terkorban sebagai Syuhada' disisi-Mu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment