Sila Klik Nuffnang

Thursday 7 February 2013

Kelulusan Pejabat Mufti WP Diterima

Pertama dan selamanya, penulis ingin memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya segala perancangan yang dibuat untuk program hari ini (7 Feb 2013) nampak seakan berjalan lancar.

Persiapan demi persiapan telah dibuat oleh seluruh AJK Surau Wahbah Al-Zuhaily termasuklah proses mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi membolehkan Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1434H oleh Y. Bhg. Dato' Ustaz Haji Ismail bin Kamus dapat dilaksanakan.

Hasil kerja keras ini maka Surau Wahbah Al-Zuhaily telah pun menerima surat kebenaran daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan seperti mana berikut:

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pegawai-pegawai di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang sudi membantu proses permohonan kebenaran ini. Walaupun terdapat syarat yang diletakkan di dalam surat tersebut, namun bagi kami itu adalah sesuatu yang normal dan insyaAllah kami sebagai penganjur akan memastikan ianya dipatuhi. Syarat-syarat tersebut penulis rasa tidak perlu untuk dihebahkan di laman maya ini.

Kredit secara khususnya perlu diberikan kepada Timbalan Pengerusi Surau Wahbah Al-Zuhaily (Abang Ali) di atas usaha yang dilakukan ini. Tidak lupa kepada pegawai-pegawai dari Pejabat Mufti (Ustaz Hadi) dan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut menyumbang tenaga. Kredit terbesar sudah tentu kepada Datuk Mufti sendiri yang sudi menandatangani surat kebenaran ini. Semoga jasa baik semua pihak dibalas dengan ganjaran oleh Allah.

Oleh itu, program ini sepatutnya tidak perlu diganggu dengan kontroversi daripada mana-mana pihak yang tidak suka kepada perkembangan Islam di bumi Putrajaya. Seharusnya kita perlu manfaatkan dan memberi sokongan agar bumi indah Putrajaya ini sentiasa dilimpahi dengan rahmat Allah melalui program-program keagamaan dan majlis ilmu.


Sudi-sudikan diri anda semua untuk sama-sama hadir ke Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1434H ini di Surau Wahbah Al-Zuhaily. Allahu Akbar..!!!

2 comments:

  1. Asslmkm...sy peniaga Al-Quran & kitab2..blh ke sy buka jualan mlm ini? terima kasih...
    diana 019-3739338

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Maaf puan kerana saya tidak berkesempatan membaca komen puan lebih awal. Kesibukan membantu persiapan program malam tadi. InsyaAllah sekiranya terdapat program lain yg akan dianjurkan oleh pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily, puan boleh membuat permohonan lebih awal berkenaan membuka jualan tersebut. Terima kasih.

      Delete