Sila Klik Nuffnang

Tuesday, 20 November 2012

Bertanggungjawablah.. Jangan Tiru Perangai Yahudi

Telah menjadi perangai Yahudi bahawa mereka adalah kaum yang paling tidak boleh dipercayai. Serangan ke atas penduduk Palestine di Gaza dikatakan adalah kerana ingin menyerang pejuang-pejuang Hamas dan pengganas. Siapa yang ganas sebenarnya telah diketahui oleh mata dunia.

Namun begitu, entry kali ini bukan bertujuan memanjangkan perbincangan kejadian serangan Israel ke atas Palestine. Mungkin cerita itu akan disambung selepas daripada entry ini. Ini adalah kisah perihal penduduk yang berlaku di kawasan Presint 18 Fasa R12. Nampak macam keras untuk disamakan dengan kisah di Palestine, namun sekadar ingin menasihati diri sendiri serta sekalian pembaca supaya kita tidak terikut-ikut sifat tidak bertanggungjawab puak Israel.

Sebuah kereta di gesel tanpa rasa tanggungjawab oleh si pelaku.

Gambar di atas dirakam di tempat letak kereta di antara blok C dan D, Presint 18 Fasa R12. Kecil sahaja isunya. Kesannya pun sangat sedikit dari segi fizikal kereta yang tergores tersebut. Tapi, soal sikap dan tanggungjawab itu yang besar perlu kita rungkap satu persatu. Pasti anda semua tahu apa yang berlaku. Ya..kereta di atas telah digesel oleh sebuah kereta lain walaupun diparkir elok di dalam petak yang disediakan.

Persoalan sikap bertanggungjawab inilah yang perlu dititik beratkan di dalam kehidupan berjiran lebih-lebih lagi sesama Muslim. Islam menganjurkan umatnya untuk bertoleransi sesama manusia. Mengapa perlu takut jika seluruh umat Islam benar-benar hidup di dalam jalan Islam. Adakah si pelaku kejadian di atas khuatir jika berlaku pergaduhan apabila memaklumkan kepada tuan punya kereta tersebut..? Jika si pelaku ikhlas dan mengakui kesilapan itu, penulis yakin bahawa tiada apa akan berlaku. Malah si pelaku pasti akan dapat penghormatan oleh tuan kereta kerana bersikap jujur.

Benar... lebih molek jika si pelaku membayar kerugian yang dihadapi oleh tuan kereta yang dilanggar tersebut. Amaunnya juga tidaklah terlalu tinggi. Toleransi itu yang mahal harganya. Maknanya, dengan membayar dengan sikap toleransi dan bertanggungjawab itu, pasti si pelaku akan digelar 'Insan Paling Kaya Jiwanya'.

Hari Toleransi Antarabangsa baru sahaja disambut 16 November yang lalu.

Kisah ini hanyalah sebagai iktibar kepada kita semua yang hidup dalam kemasyarakatan. Ditambah pula jika kita mengaku umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Apalah susahnya untuk ada rasa tanggungjawab..? Sukarkah untuk sekurang-kurangnya menulis sedikit nota kepada tuan kereta dengan ucapan maaf dan sanggup menjadi insan bertanggungawab..?

Penulis yakin, jika nilai murni ini ada pada si pelaku, pastinya tuan kereta tidak tergamak untuk mengenakan sebarang tindakan atau tuntutan ganti rugi kepada si pelaku. Itu adalah sifat terbaik sesama masyarakat yang hidup berjiran. Jadikanlah ini sebagai panduan kita di dalam meniti kehidupan seharian. Semoga dengan sikap mulia ini Allah SWT akan limpahkan rahmat-Nya yang berterusan. Jangan sesekali mengambil Yahudi sebagai ikutan kita. Waallahu'alam.

Monday, 19 November 2012

Kejam: Kanak-Kanak dan Masjid Jadi Sasaran Israel

Tentera Yahudi laknatullah benar-benar menguji kesabaran umat Islam. Kekejaman dan jenayah perang alaf baru seperti ini tidak lagi boleh dimaafkan. Serangan tentera Zionis Israel yang menjadikan orang awam sebagai sasaran membuktikan bahawa mereka benar-benar kaum yang dilaknat oleh Allah seperti mana dikisahkan di dalam Al-Quran.

Serangan bertali arus yang masuk hari keenam ini amat memilukan hati seluruh umat Islam sedunia. Masakan tidak... kanak-kanak, remaja dan wanita menjadi antara korban paling tinggi direkodkan pada masa kini daripada sejumlah lebih 70 nyawa tidak berdosa tumpas tanpa belas dari Israel.  Setiap kali menatap ruang berita dan akhbar, pastinya air mata akan bergenang, dada berdegup kencang serta naluri berkata 'laknat ke atas kaum wahai Israel'.
Kanak-kanak Palestine mangsa serangan Israel. Ya Allah laknatlah ke atas tentera yahudi yang kejam kepada kanak-kanak seperti ini.

Salah seorang bayi yang terbunuh hasil kekejaman zionis laknatullah.

Meratapi terbunuhnya bayi dan kanak-kanak yang tidak berdosa ini, seluruh umat Islam pasti akan tersentuh hatinya. Apakah dosa mereka kepada tentera Israel..? Adakah mereka khuatir kanak-kanak ini juga akan menghalakan senjata ke arah mereka..? Jawapan sebenar ialah mereka memang ingin memusnahkan seluruh bumi dan rakyat Palestine.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, zionis juga sudah mula mejadikan Masjid sebagai sasaran terbarunya. Jelas sekali motif serangan ialah ingin membunuh umat Islam dan bukan sahaja menuju kepada pejuang-pejuang Hamas. Pejabat-pejabat pemimpin Hamas dan pejabat kewartawanan juga dimusnahkan.

Bagi penulis, serangan terhadap rumah-rumah Allah tidak lain ialah bertujuan untuk meruntuhkan institusi masjid kerana puak Yahudi ini tahu bahawa di situlah bermulanya kekuatan sesebuah kaum Muslimin. Peranan masjid juga amat penting untuk menyebarkan seruan jihad dan di situ jugalah punca kuasa umat Islam terutama dalam bidang ilmiah.

Serangan Israel ke atas penempatan penduduk di Genting Gaza termasuk kawasan masjid.

Penulis amat yakin, setiap daripada kita yang membaca berita dan kisah serangan ganas ini pastinya akan terluka, marah, mengecam dan pelbagai lagi reaksi yang dihamburkan kepada kebiadaban Israel. Cukupkah sekadar meluahkan perasaan seperti itu..? Bagi penulis, seruan di dalam penulisan blog ini juga masih belum mencukupi. Berjuang mengangkat senjata..? Pastinya pelbagai alasan diberikan. Sumbangan kewangan..? Sebanyak mana pula yang kita termampu..

Ada cara lebih hebat jika itu semua diluar kemampuan kita. Senjata sulit umat Islam ialah doa. Solat dan bermunajatlah meminta bantuan daripada Allah untuk melindungi rakyat Palestine dan seluruh umat Islam yang beriman kepada-Nya. Pohonlah kehancuran ke atas musuh Islam yang ditunjangi oleh hasutan Iblis laknatullah. Semoga senjata ini mampu mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi ini.

Perihal Masjid di Palestine yang dimusnahkan oleh senjata Israel pula, adakah kita tidak merasa apa-apa di dalam hati..? Seharusnya kita terkesan. Kerana mungkin kita juga adalah manusia yang terpengaruh dengan tindak tanduk Yahudi itu. Buktinya...? Kita biarkan sahaja institusi Surau dan Masjid di Negara kita sunyi sepi. Samalah juga kita cuba menghancurkannya. Surau dan Masjid perlu diimarahkan oleh seluruh umat Islam diletak tinggi martabatnya. Jika hati kita tiada rasa untuk memartabatkannya, samalah kita berhasrat untuk memusnahkannya.

Ya.. kita semua bertanggungjawab ke atasnya. Jangan kita terikut-ikut naluri Yahudi yang bencikan rumah Allah seperti mana hasrat mereka ingin merampas Masjid Al-Aqsa. Maka apakah perlu kita sekadar berdiam diri menunggu kemusnahan yang sama akan berlaku di Surau dan Masjid di bumi Malaysia ini.

Beginilah malangnya kanak-kanak kecil ini disebabkan kita menyumbang ke atas kerosakan institusi Islam.

Perlukah kita mendengar rintihan dan tangisan seperti ini di bumi Malaysia. Hanya kerana gagalnya kita mengukuhkan institusi Surau dan Masjid..? Sedarlah wahai seluruh umat Islam.

Wanita bukan hak untuk dijadikan mangsa peperangan. Mereka warga yang harus terlindung. Maka, dimanakah pula hak Muslimah yang kita letakkan di dalam diri kita. Sukarkah untuk menyeru isteri dan anak-anak untuk bersama di dalam jemaah Islam..?

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku kepada saudara kita di Palestine. Naluri kita pasti akan meratapinya. Namun, jangan hanya meratap tanpa pengisian. Sumbanglah sesuatu yang mampu memberi mereka harapan untuk terus hidup di bumi sendiri. Panjatkanlah doa yang tiada putusnya kepada mereka supaya dilindungi. Mohonlah bantuan Allah untuk memusnahkan musuh-musuh Islam iaitu Israel dan Zionis laknatullah.

Hulurkan juga sebarang sumbangan untuk mereka. Wang, makanan, pakaian hatta kepada ubat-ubatan yang semakin sukar mereka perolehi. Carilah di mana-mana sahaja aktivis yang benar ingin membela mereka untuk kita sama-sama merasai keperitan rakyat Palestine.

Di sudut rohani pula, tingkatkanlah keimanan kita kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan. Semoga dengan iman di dada itu akan melahirkan kecintaan kita terhadap sesama Islam, wujud juga kasih kepada jalan jihad serta mendorong ke arah terbinanya pengukuhan di dalam institusi agama Allah yang suci ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. 

Kembalikanlah keceriaan di wajah ketakutan kanak-kanak yang tidak berdosa ini. Allahu Akbar..Allahu Akbar...Allahu Akbar..

Saturday, 17 November 2012

Qunut Nazilah Buat Pejuangan Palestine

Marilah sama-sama kita menadah tangan memohon bantuan daripada Allah SWT untuk kemenangan pejuang Islam di Palestine serta kehancuran tentera Zionis laknatullah. Bacalah qunut nazilah di setiap kali selesai atau sedang mendirikan solat anda dan bila-bila masa sahaja demi sebuah perasaan cinta terhadap Islam.


Ya Allah..dengan doa ini sahajalah senjata yang kami ada sebagai umat Islam di Malaysia ini. Janganlah sesekali Kau lalaikan hati kami untuk terus berjuang dengan bibit-bibit doa ini. Setitis darah umat Islam di Palestine yang jatuh ke bumi, pasti kami turut merasainya ya Allah. Hantarlah tentera-tenteraMu ya Allah untuk menghancurkan kekejaman zionis israel itu. Selamatkalah sekalian rakyat Palestine dari mala petaka dunia Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah Tuhan Yang Berkuasa di atas muka bumi ini.

Amin Ya Rabbal A'lamin.


Kezaliman Israel Pada Awal Muharram Dikutuk

Di saat umat Islam seluruh dunia rancak menyambut ketibaan 1 Muharram sebagai permulaan tahun baru Maal Hijrah 1434H, bumi Palestin sekali lagi dibasahi darah umat Islam atas serangan kejam tentera Zionis Israel.


Ini mengingatkan kita kepada peristiwa serangan besar-besaran Israel ke atas rakyat Palestin kira-kira 4 tahun yang lalu. Tahun 1434H ini pula direkodkan serangan terbesar selepas serangan 4 tahun lalu. Jumlah korban yang dilaporkan sehingga kini ialah 28 orang dengan sekurang-kurangnya 270 yang lain cedera. Paling menyayat hati, mangsa yang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.

Penulis sekeras-kerasnya mengutuk tindakan tidak berperi-kemanusiaan yang ditunjukkan oleh tentera Zionis ini kerana telah mensasarkan orang awam sebagai mangsa perperangan dengan pejuang Hamas. Lebih menyakitkan, ianya dilakukan tatkala bulan Muharram tiba yang mana ianya adalah bulan suci umat Islam serta ditegah daripada berperang dan melakukan kezaliman terhadap manusia. 4 tahun lalu juga zionis laknatullah ini menyerang ketika bulan Haram.

Di mana Amerika selaku Negara yang sering melaungkan keamanan..?? Di mana PBB yang kaku melihat Israel bertindak kejam kepada orang awam itu...?? Liga Arab...apa yang perlu kamu lakukan..?? Diam membisu...?? Israel tetap sebuah Negara haram yang menceroboh tanah Palestine. Perjuangan mempertahankan bumi Palestine adalah sebuah perjuangan suci umat Islam.


Semalam, bertempat di kedutaan Amerika Syarikat (AS), kira-kira 1,000 rakyat Malaysia membantah serangan Israel tersebut. Kini, kita sebagai pemerhati dunia kepada AS perlu memberi tekanan kepada Presiden Obama yang baru sahaja memenangi pilihanraya Presiden untuk menghentikan segera tindakan sekutu mereka itu. Obama harus bertanggungjawab.. Jika tidak AS juga akan hancur di tangan pejuang-pejuang Islam.

Doa dan harapan agar pejuang-pejuang Islam di Palestine akan memperoleh kemenangan. Tempatkan juga mereka yang terkorban sebagai Syuhada' disisi-Mu Ya Allah.


Wednesday, 14 November 2012

Kembara Hijrah: Ke Mana Arah Kita?

Surau Wahbah Al-Zuhaily dengan penuh takzimnya menjemput ahli jemaah, anak qariah, penduduk Presint 18 serta seluruh muslimin dan muslimat ke Perogram Ceramah Maal Hijrah 1434H yang akan diadakan pada ketetapan seperti di bawah:

Klik untuk simpanan dan paparan lebih jelas.

Mengharungi detik 1434H ini, jangan sesekali dibiarkan kosong tanpa sebarang pengisian rohani. Penghijrahan pastinya perlukan sebuah pengembaraan. Kembara itu pula tidak harus sempit dalam erti kata dari suatu tempat ke tempat yang lain. Maknanya amat luas dan besar pengertiannya. Maka dengan itu kita yang perlu tentukan arahnya.

"Kembara Hijrah: Ke Mana Arah Kita?". Itulah tajuk yang akan dikupas oleh penceramah jemputan Ustaz Riduan Mohamad Nor. Program yang diadakan selepas maghrib itu memang bertepatan dengan personaliti penceramah yang banyak terlibat dengan kembara hijrah di kalangan artis dan selebriti tanah air. Mungkin banyak kisah yang boleh dikongsikan bersama kita. Jika bernasib baik, mungkin ada di kalangan artis yang akan turut serta bersamanya pada malam itu nanti.


Selain berceramah, Ustaz Riduan juga terkenal sebagai seorang penulis buku-buku keagamaan. Beliau juga arif dalam penulisan tokoh-tokoh agama. Antara buku terlaris yang sering diperkatakan pada tahun 1433H yang lalu pasti bertajuk "Daie Sejuta Ummat". Buku yang berkisarkan kisah seorang pendakwah hebat di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus. Penulisan yang hebat ke atas seorang daie yang hebat. Pastinya juga penulisnya seorang yang hebat.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama di dalam majlis ilmu ini nanti. Luangkan sedikit masa untuk mencari pengembaraan hijrah sebenar sebagai seorang mukmin. Sebarkan mesej dakwah ini agar kita juga dapat berkongsi barakah daripada Allah SWT. InsyaAllah.

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum wbt.
 
Sempena sambutan Maal Hijrah 1434H yang disambut bermula malam ini, Pengerusi dan Seluruh Ahli Jawatankuasa Surau Wahbah Al-Zuhaily ingin merakamkan ucapan Salam Maal Hijrah dan selamat menyambut Awal Muharam 1434H kepada penduduk Presint 18 Fasa R12, Putrajaya.


Bertunjangkan sambutan Maal Hijrah ini, pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily menyeru kepada semua supaya kita dapat menghayati erti sebenar hijrah sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Di dalam sebuah hadith Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: "Tiada lagi hijrah selepas pembukaan (Kota Mekah), melainkan jihad dan niat." (Riwayat Al-Bukhari).

Pengertian di dalam hadith ini amat panjang untuk dibicarakan. Namun begitu, sebagai manusia yang punya akal, kita diberi kesempatan untuk mengambil iktibar daripada apa yang telah dibawa oleh Rasulullah kepada kita. Peristiwa hijrah bukan sekadar direnung dari sudut perjalanan Baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah sahaja, malah lebih luas dari itu.

Justeru itu, marilah sama-sama kita muhasabah diri dengan sebaik-baik penilaian. Adakah kita telah berhijrah mengikut apa yang disyariatkan kepada kita. Saban tahun inilah mujahadah yang perlu kita lakukan. Hijrahlah dalam erti kata sebenar sebagi seorang Muslim yang beriman. InsyaAllah tahun 1434H ini menjadi titik tolak perjalanan kita menuju Ilahi.

Salam Maal Hijrah 1434H


P/S: Surau Wahbah Al-Zuhaily akan mengadakan satu program Ceramah Maal Hijrah 1434H pada 20/11/2012 (Selasa). Dijemput semua muslimin dan muslimat untuk hadir.

Khas untuk anda.. hayatilah lagu tema Maal Hijrah yang sering dimainkan pada setiap tahun sambutannya.


Lirik lagu:

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

InsyaAllah dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi kita akan membuka kalender baru di dalam perkiraan hijriah iaitu tahun 1434H. Tahun baru bagi umat Islam di mana peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW penuh terkandung di dalamnya sebagai rujukan kita umat yang beriman.

Justeru itu, bagi meraih keberkatan di hari pertukaran tahun baru Islam ini, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon ke hadrat Allah agar tahun yang mendatang akan menjadi sebaik-baik penghijrahan kita menuju suatu titik yang lebih baik. Di sini penulis ada kongsikan doa-doa yang masyhur untuk kita amal ketika akhir tahun 1433H ini serta bermulanya nanti awal Muharram 1434H.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan Mengampunkan dosanya setahun.”

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”

Monday, 12 November 2012

Kes Jenayah Muncul Kembali

Walaupun mungkin kisah ini bukan terlalu baru untuk diceritakan, namun atas dasar ingin berkongsi dan peringatan kepada seluruh penduduk Presint 18 Fasa R12, penulis ingin mengungkap dua (2) kes jenayah yang berlaku dalam tempoh dua (2) minggu ini.

Jika dikira melalui perkiraan tahun Islam, dua (2) kes yang ingin dikongsi ini jatuh pada bulan Zulhijjah bersamaan dengan dua (2) pensyariatan besar di dalam Islam iaitu menunaikan fardhu haji dan juga ibadah qurban. Selain itu juga, tanggal 10 Zulhijjah, umat Islam seluruh dunia pula akan menyambut Hari Raya AidilAdha sebagaimana biasa.

Tidak cukup dengan itu, bulan Zulhijjah juga merupakan salah satu darpada empat (4) bulan 'haram' di dalam Islam seperti mana bulan Rejab, Zulkaedah dan Muharram. Jumhur ulama' bersepakat bahawa dinamakan keempat-empat bulan ini sebagai bulan haram kerana di dalamnya diharamkan berperang dan melakukan kezaliman terhadap umat Islam. Cukup sekadar itu penulis memetik perihalnya bulan haram di dalam Islam. Sila rujuk artikel Kelebihan Empat Bulan Haram yang penulis rujuk di dalam blog Imam Muda Asyraf.

Suka penulis berbalik kepada kisah jenayah yang berlaku di Apartment Penjawat Awam Presint 18 Fasa R12 sepanjang bulan Zulhijjah baru-baru ini. Dua (2) kes ini sebenarnya sekadar apa yang dilaporkan dan sampai ke telinga penulis.

Kes kecurian tayar motosikal di blok D.

Sekitar Program Qurban SWAZ 2012 (Scene Malam)

Program qurban Surau Wahbah Al-Zuhaily tidak terhenti di sebelah siang sahaja. Selesai kerja-kerja gotong-royong penyembelihan, melapah, mengagih dan memasak di sebalah siang, tiba pula masa untuk slot santapan.
Menariknya, 2 jenis santapan disediakan dalam satu malam. Pertamanya sudah tentu daging korban yang sedia menanti para hadirin. Manakala yang kedua pula ialah santapan rohani yang dirindui oleh para pencinta majlis ilmu.
Malam itu, pengisian ilmiah disediakan dengan menampilkan program berbentuk forum santai bertajuk "Erti Sebuah Pengorbanan". Pada asalnya dua (2) orang panel yang dijemput, namun disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, hanya tinggal seorang panel dan moderator sahaja. Namunn ia jelas tidak menghampakan. Saksikan beberapa photo shot yang dirakamkan oleh urusetia program sepanjang malam tersebut.
Ustaz Saharuddin Zaini (kiri) sebagai moderator. Manakala panelnya ialah Ustaz Mohd Nazir Zakaria.
Antara yang hadir mendengar kupasan tajuk Erti Sebuah Pengorbanan.

Sunday, 11 November 2012

Sekitar Program Korban SWAZ 2012 (Scene Siang)

Sudah 2 minggu berlalu program yang julung-julung kalinya dilaksanakan di Surau Wahbah Al-Zuhaily (SWAZ) ini. Namun, cerita dan keseronokannya masih lagi dapat didengari hasil daripada perbualan ahli-ahli jemaah dan qariah Presint 18 Fasa R12.

Melalui cerita-cerita itu juga, ada yang bertanyakan kepada penulis tentang gambar sekitar suasana program yang masih belum lagi dimuat naik sepenuhnya di dalam blog rasmi SWAZ ini. Penulis terpaksa bertungkus-lumus untuk meng'upload' gambar-gambar tersebut untuk tatapan sekalian penduduk, ahli qariah dan pembaca blog ini. Semoga suasana di bawah akan lebih meriah dan bertambah seri pada program-program akan datang.

Perkarangan Surau Wahbah Al-Zuhaily telah mula menerima kehadiran penduduk seawal jam 7.30 pagi.

Antara petugas yang hadir menjamu selera sararapan pagi yang disediakan oleh pihak Surau.

Pengerusi Surau (En. Abdul Azim) menyantuni Haji Bukhari, salah seorang peserta korban yang hadir awal pada program tersebut. 

Pengerusi menyampai ucapan aluan dan taklimat ringkas perjalanan program.

(Teruskan membaca dengan lagi paparan bergambar di bawah)