Andai anda ingin tahu bagaimana ingin meraikan cinta yang sebenarnya, bacalah kisah cinta kekasih agung ini. Tiada cinta di dunia ini sehebat cinta Rasulullah SAW kepada umatnya.
Rasulullah SAW telah menghiasi hidupnya dengan warna-warna cinta & kasih sayang. Baginda telah mencorakkan perjalanan hidupnya dengan perjuangan dan pengorbanan demi cinta kasihnya. Cinta dan kasih sayangyang tidak ternilai dan diluar jangkaan manusia biasa. Sekiranya kita menelusuri perjalanan hidup baginda serta menghayati setiap degupan nadi kehidupannya, kita akan lihat gambaran wajah kasih sayang yang terlalu mendalam serta cinta yang tidak berpenghujung pada umatnya.
Rasulullah SAW telah menghiasi hidupnya dengan warna-warna cinta & kasih sayang. Baginda telah mencorakkan perjalanan hidupnya dengan perjuangan dan pengorbanan demi cinta kasihnya. Cinta dan kasih sayang
Kasih baginda tak pernah padam hinggalah suatu pagi, pagi yang bersejarah, pagi yang suram dan penuh dengan kedukaan.....
Pagi itu, walaupun langit mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah saw dengan suara yg tersekat-sekat memberikan khutbah; "wahai umatku, kita semuanya dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertaqwalah kepada Nya.
Apabila malaikat maut datang menghampirinya, baginda bertanya kenapa jibril tidak bersamanya. Kemudian dipanggil jibril yg sebelumnya bersiap di atas langit dunia menyambut roh baginda.
Jibril, jelaskan apakah hakku nanti di hadapan Allah ? Tanya Rasulullah dengan suara yang sangat lemah. "pintu-pintu langit sudah terbuka, malaikat sedang menanti roh kamu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata jibril. Namun jawapan itu tidak membuatkan Rasulullah lega, malah matanya masih penuh keresahan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini? Tanya jibril. "Khabarkan kepadaku, bagaimanakah nasib umatku kelak? "Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku; "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad sudah berada di dalamnya," kata jibril. Ketika it barulah nampak tanda-tanda kelegaan pada wajahnya yang mulia itu.
"Jijikkah engkau melihatku sehinggakan engkau palingkan wajahmu, jibril? Tanya Rasulullah kpd malaikat jibril. "Siapakah yg sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal." kata jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yg tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan sahaja siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai sejuk, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar-getar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu, saidina Ali segera mendekatkan telinganya.
"Peliharalah solat dan peliharalah orang lemah di antara kamu."
Begitulah saat-saat akhir manusia agung yang jiwanya dipenuhi rasa kasih pada ummatnya. Setiap detik hayatnya adalah untuk ummatnya, setiap kepayahannya adalah untuk keselamatan ummatnya serta setiap jerih perit kehidupannya adalah untuk cahaya keimanan ini terus tersebar menyinari hidup ummatnya. Sejarahnya adalah sejarah petunjuk dan kasih sayang. Kasih sayang yang tiada ukurannya untuk kita ummatnya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SWAZ : Titisan airmata sahaja yang dapat digambarkan betapa tingginya nilai cinta itu bagi seorang kekasih Allah. Baginda dijanjikan tempat terpuji, namun Baginda redha menyusuri kepayahan demi umatnya. Cinta ini tidak akan dapat dikenang untuk 1 hari sahaja. Inilah cinta yang wajib terpahat di hati setiap manusia saban waktu, setiap detik dan selama-lamanya.
Kredit kepada sumber di sini.
No comments:
Post a Comment