Sila Klik Nuffnang

Saturday, 14 April 2012

Tiada Tuntutan Untuk Solat Berjemaah..

Hasil daripada semakan dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri seluruh Malaysia mendapati solat berjemaah di masjid dan surau tidak menjadi tuntutan sama sekali. Hal ini telah pun disepakati oleh ulama'-ulama' seluruh dunia bagi memastikan permaslahan umat dapat diselesaikan dengan baik. Maka dengan itu tidak perlu bagi seseorang nazir di masjid dan surau resah dengan memikirkan kaedah bagaimana untuk menarik penduduknya hadir sama-sama mendirikan solat secara berjemaah di masjid atau surau mereka.

Dituntut atau tidak..?

Oleh yang demikian, fahamilah anda bahawa garis panduan jelas telah ditunjukkan kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau mengenai mengapa tiada tuntutan tersebut. Penjelasan dibawah boleh merungkai permalasahan tersebut.

Tiada tuntutan menunaikan solat berjemaah bagi sesebuah kawasan penduduk adalah disebabkan:
  1. Kemungkinan penduduk di kawasan anda mempunyai permasalahan pendengaran. Tidak dituntut bagi seseorang yang pekak untuk tunaikan solat berjemaah. Laungan azan pun tidak boleh didengar, apatah lagi bacaan dan takbir imam ketika rukuk serta sujud.
  2. Berkemungkinan juga penduduk di kawasan anda menghadapi masalah penglihatan. Golongan buta juga tidak dikehendaki untuk hadir solat berjemaah. Tanpa dipimpin perjalanannya pasti sukar untuk mereka meraba-raba mencari jalan ke masjid dan surau serta semasa berdiri di dalam saf.
  3. Kadang-kadang semasa gempa bumi berlaku di Acheh, tempat anda juga merasai gegarannya. Silap-silap hari bulan ramai penduduk di kawasan anda yang terjatuh dan mengalami kecederaan serius. Orang yang berkerusi roda, bertongkat, patah kaki dan admit di ICU tidak dituntut untuk bersusah-payah ke masjid dan surau. Mereka kan sedang uzur...
  4. Permasalahan golongan yang hilang ingatan dan menghidapi gangguan mental juga diambil kira dalam soal solat berjemaah ini. Masakan pesakit-pesakit mental mampu mengikut imam solat berjemaah. Lain yang imam buat di depan, lain pula nanti makmum di belakang menggayakannya. Parah satu masjid...
  5. Tidak ketinggalan juga zaman sekarang ni ramai para bapa yang menjadi bibik di rumah. Nak kena masak untuk isteri balik dari kerja, menyusukan anak, basuh baju, mop lantai dan macam-macam lagi kerja di rumah. Tidak dibuat, kena tengking dengan isteri. Bibik memang tidak dituntut solat berjemaah.
  6. Mohon semak senarai bancian penduduk di tempat anda. Rata-rata mungkin belum sampai umur untuk solat berjemaah. Penduduk yang dah baligh sahaja yang dituntut berjemaah. Maka, yang ramai tidak hadir tu sebab mereka belum baligh. Tiada masalah jika mereka tidak hadir. (Tapi pelik juga sebab ramai dah berkeluarga..??)
  7. Nazir, imam dan bilal di masjid pasti tidak tahu ada penduduk di kawasannya dah berbakul-bakul pahala disimpan di rumah. Bagi mereka apalah sangat pahal solat berjemaah sebanyak 27 kali ganda tu. Kalau penduduk tu dah banyak pahala, peluang masuk syurga kan besar. Tuntutan solat berjemaah ni jadi kecil bagi mereka. Hebatlah penduduk anda kalau macam tu..
(Aik..!! Superhero pun solat berjemaah..?? Hehehe..Malulah kita..)

Para ahli jawatankuasa masjid dan surau sekalian, jangan terlalu khuatir jika ciri-ciri di atas adalah ciri-ciri yang ada pada penduduk di kawasan anda. Pasti ramai lagi yang tidak begitu. Maka mereka dituntut untuk mengerjakan solat secara berjemaah. Pasti juga ramai di antara anda yang sedang membaca berebut-rebut untuk mendapat ganjaran 27 kali ganda daripada solat bersendirian. Mari sama-sama kita mengimarahkan rumah Allah. Sama-samalah juga kita pilih mana yang lebih baik, solat berjemaah (27x) atau solat sendirian (1x).

(Pilihlah sesuatu yang terbaik)

No comments:

Post a Comment