Sila Klik Nuffnang

Monday, 6 August 2012

Pengajaran: Kekalahan Lee Chong Wei vs Kemenangan Perang Badar

Di saat Ramadhan menuju malam ke-17 (yang dicatatkan sebagai tarikh peristiwa Nuzul Al-Quran dan Badar Al-Qubra), mata rakyat Malaysia tentunya terarah kepada skrin televisyen demi menanti sebutir pingat emas pertama Olimpik yang belum kunjung tiba. Sebuah pertembungan epik di antara pemenang pingat emas Olimpik Beijing 2008 Lin Dan bertemu jaguh Malaysia, Datuk Lee Chong Wei di dalam aksi final Badminton Olimpik 2012.


Sukar untuk dicerita bagaimana perasaan Chong Wei yang sepanjang perlawanan memikul beban 28 juta harapan untuk mendengar lagu Negaraku berkumandang di pentas Olimpik. Tidak seperti Lin Dan yang pernah bergelar juara, juga negaranya China yang telah mengumpul ratusan pingat emas Olimpik, Chong Wei terpaksa bermain menentang skil, kepantasan, emosi, tanggungjawab dan harapan. Dalam perlawanan ini, Chong Wei seolah-olah akan menentang empat orang lawan.

Kisah Tauladan Menarik: Hantaran Untuk Nabil

Kisah ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya mereka-mereka yang akan mendirikan rumah tangga. Bagi yang telah berumah tangga juga boleh direnung-renungkan sama ada benar atau tidak ianya sebagai asam garam di dalam sesebuah perkahwinan. Teruskan membaca kisah tauladan menarik ini.

Hantaran Untuk Nabil

“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran..” pekik Jamilah kepada Nabil.

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih..?” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab.” keluh Jamilah.

Hiasilah Hidup Dengan Al-Quran

Tanggal 17 Ramadhan di setiap tahun menjadi satu tarikh yang amat istimewa bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Keistimewaan yang sebelum ini mungkin tidak tergambar oleh manusia sebelum Nabi Muhammad SAW membawa syiar Islam ke bumi indah ciptaan Allah.


Tidak lain tarikh tersebut tentunya mengingati peristiwa turunnya Al-Quran kepada umat manusia atau lebih dikenali dengan nama "Nuzul Al-Quran". Peristiwa Nuzul Al-Quran ini amat besar maknanya kepada umat manusia kerana tarikh 17 Ramadhan itu diberitakan merupakan tarikh turunnya ayat pertama dari Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW untuk memulakan dakwahnya kepada umat manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Itu adalah sejarah yang semua manusia sama ada umat Islam atau bukan, tahu dan yakin bahawa Al-Quran adalah mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW.

Walaupun terdapat beberapa khilaf dan pendapat yang berbeza tentang tarikh serta perihal Nuzul Al-Quran, namun sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah, itu bukanlah satu perdebatan yang perlu diperbesarkan, lebih-lebih lagi mereka yang bukan ahli atau alim tentangnya. Perdebatan dan isu yang paling penting bagi majoriti umat Islam adalah bagaimana Al-Quran itu menghiasi kehidupan seharian kita. Adakah Al-Quran benar-benar disebut sebagai perhiasan seperti mana dekorasi di dalam sesebuah rumah..? Atau ianya sebagai pelindung kepada gangguan Iblis dan Syaitan..? Mungkin juga sekadar salah satu daripada hadiah hantaran semasa perkahwinan..?

Sahabatku: Al-Quran Bukan Sekadar Hantaran

Inilah persoalan pokok yang perlu dikaji semula oleh seluruh umat Islam bagi memastikan Al-Quran ini dijadikan sebagai panduan hidup sama ada untuk menuju janji Akhirat atau juga mentadbir pengurusan hidup harian di atas muka bumi ini.

30 juzuk Al-Quran yang telah disusun indah itu telah pun melakarkan pelbagai panduan untuk umat manusia. Di dalamnya diberitakan kisah umat terdahulu dan akan datang, di dalamnya juga dihiasi kisah-kisah perbandingan antara manusia dan ciptaan Allah yang lain. Hukum hakam setiap perbuatan manusia juga termaktub di dalamnya, balasan syurga dan neraka disingkap sebagai panduan manusia memilih dosa atau pahala. Kaedah sains, geologi, astronomi, muamalat, kekeluargaan hatta kepada sukan dan hiburan juga diperincikan kepada kita agar ianya diangkat sebagai sebuah kitab yang paling agung untuk panduan hidup orang beriman.

Maka ambillah kesempatan ketika peristiwa Nuzul Al-Quran ini disambut di seluruh dunia, untuk sama-sama kita menjadikan Al-Quran sebagai guideline dalam setiap sudut aktiviti harian kita. Tidak salah jika meletakkan potongan ayat-ayat Al-Quran sebagai hiasan rumah, namun lebih penting dari itu ialah menghiasi minda, jiwa dan hati dengan keseluruhan kandungan Al-Quran. Tiada juga ia dosa bagi hantaran perkahwinan senaskhah Al-Quran, tetapi lebih penting perkahwinan itu sendiri berasaskan nilai-nilai Al-Quran seterusnya kekal dalam kehidupan mengikut panduan Al-Quran.

Al-Quran Adalah Pelembagaan Hidup

Kepada semua sahabat dan para pembaca, marilah sama-sama kita meneruskan kehidupan ini dengan panduan Al-Quran. Hiasilah setiap ruang hidup dengan manfaat dari Al-Quran. Di bulan Ramadhan ini juga marilah kita penuhi ruang waktu dengan mendekatkan diri dengan Al-Quran. Sertailah program-program Tadarrus Al-Quran dimana sahaja anda berada. Masuklah kamu ke dalam majlis-majlis yang membesarkan Allah, Rasul-Nya serta Al-Quran. Hiburkanlah hatimu yang sunyi itu dengan alunan merdu ayat-ayat Al-Quran. Semoga Al-Quran yang dijanjikan pemeliharaannya itu akan sama-sama terpelihara di dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah. InsyaAllah...

Sebagai penutup, marilah sama-sama kita merenung sepotong hadith sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat."

Friday, 3 August 2012

Restoran Ali Maju Beroperasi 24 Jam

Bermula semalam (2 Ogos 2012) sehingga berakhir Ramadhan 1433H ini, Restoran Ali Maju di Presint 18 akan beroperasi selama 24 jam. Kelulusan telah pun diberikan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) kepada pengusaha restoran tersebut dengan sokongan bertulis daripada Surau Wahbah Al-Zuhaily bagi memberikan peluang penduduk mendapatkan juadah sahur dengan kadar segera.

Antara lain tujuan Surau Wahbah Al-Zuhaily menyokong operasi selepas jam 12.00 malam itu adalah bagi memastikan Program Qiamulail yang dianjurkan pihak surau dapat menyediakan sahur kepada ahli jemaah. Restoran Ali Maju merupakan access yang paling mudah, dekat dan cepat bagi Surau Wahbah Al-Zuhaily dalam memastikan sebarang program yang dianjurkan dapat berjalan dengan lancar.


Pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily amat mengalu-alukan pengorasian Restoran Ali Maju pada waktu bersahur sepanjang Ramadhan ini. Semoga penduduk di Presint 18 dan sekitar Putrajaya yang lain dapat memanfaatkan peluang bersahur yang disediakan oleh restoran ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam melancarkan segala urusan serta membolehkan program di Surau Wahbah Al-Zuhaily dilaksanakan dengan jayanya.

Ayuh...Qiamulail Di Bulan Ramadhan

InsyaAllah bermula pada malam ini, Surau Wahbah Al-Zuhaily akan mengadakan Program Qiamulail Ramadhan 1433H bermula jam 4.00 pagi. (Pagi Sabtu). Seperti mana yang telah dimaklumkan pada post yang terdahulu, program ini akan diadakan sebanyak 4 kali bagi memberi ruang kepada ahli jemaah dan penduduk sekitar menambah kuantiti dan kualiti ibadah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Di sini sekali lagi disediakan poster berkenaan jadual Qiamulail yang di adakan di Surau Wahbah Al-Zuhaily.


Rebutlah peluang beibadah ini dengan sebaik-baik penghayatan dan penyerahan kepada Allah. Bawalah kaum keluarga bersama dan sujudlah membesarkan Tuhan Pencipta Sekalian Alam.

Istimewa untuk semua para jemaah yang hadir pada program ini ialah Juadah Bersahur Disediakan.

Thursday, 2 August 2012

Bangunlah...Sujudlah Menyembah Tuhanmu

Sempena Ramadhan yang mulia ini, Surau Wahbah Al-Zuhaily akan mengadakan program Qiamulail seperti mana yang pernah dilakukan pada tahun lalu. Berdasarkan respond yang baik daripada penduduk dan ahli jemaah yang hadir pada tahun lalu, pihak surau telah bercadang untuk melaksanakan program Qiamulail ini sebarang 4 kali.

Tujuan pelaksanaan program sebanyak 4 kali ini adalah untuk memberi ruang kepada para penduduk yang sering ke Masjid Tuanku Mizan atau Masjid Putra, mendapatkan alternatif yang lebih dekat dan selesa. Berikut adalah jadual program qiamulail yang telah disediakan untuk rujukan seluruh pembaca, penduduk Presint 18 dan sekitarnya.

Poster Qiamulail Surau Wahbah Al-Zuhaily

Untuk makluman semua, pihak surau tiada halangan untuk para jemaah beriktiqaf dan tidur di surau pada malam sebelum qiam. Program ini akan bermula pada jam 4.00 pagi dengan zikir, solat tahajud dan solat-solat sunat lain. Ianya akan diadakan pada setiap hari Jumaat malam Sabtu dan Sabtu malam Ahad atau dengan kefahaman lain pada pagi Sabtu dan Ahad bermula minggu ini. Pastikan jadual anda telah diisi dengan program ini kerana ianya sukar untuk dilakukan secara bersendirian tanpa iman yang kuat. Juadah bersahur adalah disediakan kepada semua jemaah yang hadir.

Sebagai penutup, inilah sebuah firman Allah yang cukup dekat dengan kita pada bulan Ramadhan ini:

Hakisan Umat Islam Sedang Berlaku

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Salam Ramadhan kepada seluruh pembaca yang masih setia bersama nukilan blog Surau Wahbah Al-Zuhaily ini.

Rasanya terlalu lama blog ini tidak di 'update' dengan perkembangan Surau Wahbah Al-Zuhaily, tazkirah mahu pun berita-berita semasa. Kali terakhir penulis mencoretkan sesuatu ialah pada 1 Ramadhan yang lalu. Itu pun sekadar memaklumkan jadual kuliah subuh sepanjang Ramadhan. Rasanya tidaklah terlalu sibuk, namun di bulan Ramadhan yang dijanjikan di awalnya Rahmat, dipertengahan Keampunan dan diakhirnya pula Pelepasan Daripada Api Nereka ini, bagaikan tiada kudrat untuk menyelinap ruang 'cloud' yang penuh pancarona ini.

Cuma bila terbayangkan betapa ruang 'cloud' ini juga merupakan satu platform yang baik untuk sesuatu infomasi disebarkan, maka penulis gagahkan juga diri untuk mencoret sesuatu. Sedikit perkongsian pada post hari ini adalah berkenaan dengan peristiwa "hakisan umat Islam" daripada masjid-masjid, surau dan rumah-rumah Allah. Perkara ini sedang berlaku ketika mana Ramadhan sedang menuju ke pertengahannya. Kisah ini tidak sama dengan apa yang berlaku terhadap Muslim Rohingya, tetapi di khuatiri ianya akan jadi lebih parah daripada isu di Barat Myanmar itu.