Satu ketika dahulu, terdapat satu profession yang menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia. Biasanya profession ini dikaitkan dengan para isteri atau datin-datin yang mempunyai duit lebih. Profession yang dimaksudkan itu adalah 'spy'.
Dahulunya, kerja-kerja 'spy' ini dikaitkan dengan datin-datin yang mengupah seseorang untuk mengintip ke mana suami mereka pergi. Kebiasaannya pula 'spy' dilantik apabila terdapat kecurigaan terhadap si suami. Asyik balik lewat jer.. pasti si suami ada perempuan lain. Dasar lelaki gatal...!!!! Hehehe...
Zaman berubah mengikut arus kemodenan. Sekarang ni 'spy-spy freelance' semakin susah mencari makan. Mak datin dah boleh bayar bodyguard tetap untuk mengekori gerak-geri suami dengan gaji bulanan. Itu tidak cukup hebat. Spy millenium lebih dahsyat. Mereka sudah mula kerja secara 'tetap dan berpencen'. Waahhh...ade upgrade agaknya 'post' mereka rupanya. Nama pun dah tak panggil 'spy' dah. Upgrade lagi.. Maka wujudlah "**ec**l *ra**h".
Best la diorang kan. Kerja tetap dan bila cukup umur dapat pencen lagi. Kerjanya pulak tak perlu susah-susah macam pekerja alam flora. Mengintip je 24 jam. Macam seven eleven pulak. Tempat untuk diintip pula tidak lagi mencabar. Tak perlu panjat pokok, naik gunung, terjun gaung dan redah belantara. Di rumah Allah pun sudah cukup. Ish..ish..ish.. Baik jadi tok siak. Banyak 'pencen akhirat' rasanya.
Intipan menjelang kemasukan tahun 2012-2013 ini nampaknya lebih menfokuskan lokasi tempat ibadat umat Islam. Mungki penulis boleh senaraikan kebaikannya dahulu apabila pengintipan di buat di rumah-rumah Allah.
Kebaikan kerja mengintip di rumah Allah.
1) Peluang memperolehi 27 kali ganja pahala solat dengan mengerjakan secara berjemaah. Tapi tukang intip kena la datang awal sebelum jemaah selesai mendirikan solat. Di bawah adalah antara fadhilat solat berjemaah.
2) Pengintip berpeluang untuk hadir majlis ilmu dan kuliah agama. Jarang rasanya surau/masjid buat program karaoke atau poco-poco. Setidak-tidaknya dapat juga merasa duduk di dalam taman-taman syurga.
3) Mendengar kalam-kalam Allah yang pasti dialunkan di dalam surau/masjid. Jauhlah lebih baik daripada asyik mendengar lagu-lagu tiada unsur ketuhanan. Mudah-mudahan hati akan bergetar dan iman juga bertambah.
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah keimanan dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Surah Al-Anfal ayat 2)
4) Memperolehi salah satu daripada ubat hati iaitu 'berkumpullah dengan orang soleh'. Salah satu tempat berkumpul orang-orang soleh sudah pastinya di rumah-rumah Allah.
5) Dapat makan percuma. Ini kelebihan fizikal. Ada sesetangah tempat apabila terdapat program di surau/masjid, sudah tentu disediakan makan. Para pengintip yang hadir dapatlah jimatkan belanja poket pada hari tersebut. Untung kerja 'spy' zaman sekarang.
Makan free boh...!!
Rumusan kerja-kerja mengintip di rumah Allah
Cukuplah 5 kelebihan penulis senaraikan di sini. Takut nanti para pengintip confuse pula dengan 'kerja hakiki' mereka di dunia yang sementara ini. Kebanyakan mereka mungkin masih berfikiran bahawa majikan adalah punca rezeki mereka di dunia. Cerita-cerita ketuhanan tidak terlibat dalam profession mereka. MasyaAllah..
Jika sikap itu yang ada di dalam diri pengintip-pengintip tegar di rumah Allah, maka perbetulkanlah i'tiqad wahai saudaraku. Kita hanyalah pengintip yang bila-bila masa Allah akan tarik nikmat mata+telinga itu. Sedangkan Allah tidak pernah alpa walau sesaat untuk mengintip hamba-Nya. Kita semualah. Intipan Allah lagi detail. Bukan sekadar jasmani yang melaksanakan perbuatan, malah sehingga kepada hati kita yang terdetik niat baik atau jahat.
Ingatlah bahawa intipan kita sekadar laporan di dunia. Satu hari kita tetap akan mati. Saya akan mati, anda akan mati, pengintip mati, yang diintip juga akan mati. Apabila matinya kita sebagai makhluk, hanya intipan Allah Tuhan Pencipta Alam sahaja yang sahih untuk pembalasan di akhirat kelak. Maka gunakanlah akal yang waras untuk bertindak di dalam sesuatu intipan anda. Intipan anda tidak akan mengatasi kehebatan intipan Allah. Firman Allah SWT:
Surah Ali Imran Ayat 54 (Cari sendiri maksudnya)
Secara keseluruhannya, penulis tidak rasa artikel ini akan menggerunkan hati para pengintip selagi mana mereka belum menerima iman yang sebenar. Namun, sekurang-kurang satu hari nanti Allah tetap akan membuka pintu hatinya untuk kembali ke jalan-Nya.
Penulis juga mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk hadir ke semua program yang dianjurkan oleh surau/masjid, sama ada dengan niat yang baik atau sebaliknya. Allah tetap akan bersama orang-orang yang benar walau seberat mana ujian yang dihadapi. Penulis juga ada iklan untuk anda semua ke satu majlis ilmu di Surau Wahbah Al-Zuhaily. Dijemput semua untuk hadir. Allahu Akbar...!!!
No comments:
Post a Comment