Pagi ahad yang lepas menjadi salah satu hari yang tidak mungkin boleh dilupakan oleh penulis. Keindahan pagi yang sepatutnya diwarnai dengan aktiviti bermanfaat seisi keluarga telah menjadi satu pagi penuh emosi yang hampir sahaja mengundang hilangnya rasa sabar.
Kejadian kira-kira jam 8 pagi ini berlaku di jalan persimpangan Wisma Putra menghala ke Stesen Petronas Presint 18, Putrajaya. Sedang penulis dalam perjalanan pulang membeli sarapan pagi, penulis terlihat seorang pemuda sedang menarik-narik seorang kanak-kanak yang penulis anggarkan berusia sekitar 4 atau 5 tahun. (Melihat pada fizikal yang lebih besar sedikit daripada anak penulis). Keadaan tersebut betul-betul berlaku di tengah jalan iaitu di pembahagi jalan antara belakang SMK Presint 18(1) dan projek Klinik Kesihatan Presint 18. Perasaan pada ketika itu bercampur baur. Tertanya-tanya sama ada pemuda tersebut ahli keluarganya atau..??? (Na'uzubillah..) Penulis berpatah balik ke tempat kejadian dengan perasaan semoga penulis tidak dikata "jangan campur hal orang la..".
Pemuda yang prihatin
Setiba di tempat kejadian penulis pun bersuara, "Kenapa ni bang..?(pemuda tersebut lebih muda dari penulis, sekadar berbahasa menggunakan perkataan abang. Tak berapa pandai nak guna 'Bro')".
Pemuda menjawab, "Tak tau anak sape bang. Saya tengah laju tadi tiba-tiba nampak adik ni meluncur naik basikal kat tengah-tengah jalan ni". Kanak-kanak tu bersama sebuah basikal roda tiganya.
"Bukan anak abang la ni..", penulis berbahasa lagi.
"Eh..tak. Dia sorang-sorang je tengah jalan ni. Kete laju-laju kat sini tadi masa saya lalu.", penuh prihatin jawapan pemuda tersebut.
Pemuda tadi terus memimpin adik kecil tu ke tepi jalan yang lebih selamat. "Mama mane dik?", tanya pemuda tadi.
"Tu.." jawapan ringkas si kecil dengan menunjukkan jari ke arah Petronas.
Kami berdua menoleh seakan tidak percaya. "Takde sape-sape ke dengan dia masa lalu tadi?", soal penulis.
"Takde..", jawab pemuda ringkas.
"Rumah mane dik?", tanya penulis.
Kanak-kanak tersebut menjadi ketakutan bila kami bertanya di mana rumahnya. Seraya itu, dia berpusing dan menolak basikalnya ke arah kawasan pembinaan berhampiran rumah mewah dua tingkat setengah persisiran tasik. Adik itu seakan mahu ke depan (rumah mewah) dan ke belakang (petronas) secara ragu-ragu.
"Rumah dia kat sana kot..", penulis bersuara menunjukkan arah apartment di belakang Petronas.
"Tapi dia datang dari arah ni bang. Macam rumah dia kat area sini.(rumah mewah)", pemuda tadi membuatkan penulis bingung.
"Hmm..takkan anak orang kaya-kaya merayau macam ni. Dah besar lain la cerita." penulis pula membingungkan pemuda tadi.
Semakin kami mempersoalkan di mana rumah dan ibu bapanya, semakin laju kanak-kanak itu berjalan menghala ke arah rumah mewah yang bernilai jutaan ringgit itu. Ketakutan mula terpancar dari wajah si kecil yang tidak mengerti itu. Pertuturannya lebih rendah levelnya berbanding kanak-kanak seusia. Mungkin dia tidak pernah dihantar ke sekolah(taska) untuk bergaul dengan kanak-kanak lain.
"Agaknya memang dia duduk kat sini kot..", pemuda tadi membuat andaian. Rasanya dia masih bujang, tetapi ada sikap bertanggungjawab yang tinggi.
"Mungkin la kot. Kita cuba tanya la orang-orang kat sini, mana tau ada yang kenal adik ni." penulis meninggalkan motosikal di tepi jalan dan menuruti langkah kedua-duanya.
Di bakul basikal terlihat sekeping kad kredit tertera nama ibu kanak-kanak tersebut. Kad yang telah tamat tempoh itu mungkin sekadar mainan anak kecil, tetapi itulah jalan terakhir kami jika tidak menemui warisnya. Hampir sahaja ketika itu penulis ingin menghubungi pihak polis untuk menguruskan hal tersebut. Namun keprihatinan pemuda tadi yang berusaha mencari ibunya dan mengmbil tanggungjawab itu amat membanggakan penulis.
Rumah Kanak-kanak Tersebut Dijumpai
Kami melalui lorong kecil di belakang rumah-rumah mewah tersebut. Tiada siapa yang menyapa kami. Sehinggalah kami sampai ke kawasan jalan utama kawasan perumahan dan menemui seorang kanak-kanak yang lebih besar.(Mungkin 11 atau 12 tahun).
"Dik, kenal tak adik ni..?" tanya penulis kepada adik berkaca mata yang berada di hadapan rumahnya.
"Kenal. Rumah dia kat sana." jawab adik itu.
Perasaan penulis dan pemuda tadi tiba-tiba bertukar. Kami mula dihasut syaitan dengan perasaan amarah dan tidak sabar untuk berjumpa dengan kedua ibu bapanya untuk menghamburkan kata-kata tidak menyenangi perbuatan ibu bapa tersebut. Penulis terus mengangkat basikal adik itu dan berjalan pantas menuju rumahnya.
"Adik pegang dengan abang tu." arah penulis kepada adik kecil tadi.
"Memang kena sekolah kejap lagi mak ayah budak ni. Aku memang tak boleh betul orang tak alert pasal anak-anak kecik ni." tambah penulis.
"Aku pun gitu. Mana la tak jadi kes budak hilang sekarang ni. Main biar je anak keluar sorang-sorang." pemuda tadi menjadikan situasi semakin panas.
"Assalamualaikum...!!", bertulis memberi salam sebaik tiba tiba di rumah adik kecil itu. Nada suara sedikit keras menandakan emosi menghantui benak di pagi hari.
"Wa'alaikumsalam..", serang wanita separuh usia keluar sambil mendukung anak. Pintu rumah tidak bertutup. Hanya pintu grillnya sahaja ditutup tetapi tidak berkunci.
"Siapa penjaga adik ni..?", tanya penulis melihat wanita tersebut seakan seorang pembantu rumah.
"Ya Allah..Ke mana dia pergi..?", loghat bahasa membenarkan bahawa dia adalah pembantu rumah.
"Kami jumpa dia main basikal dekat jalan besar sana sorang-sorang. Mana mak dia?", penulis terus bersuara.
"Maknya pergi main basikal bersama kakaknya. Dia mungkin mau ikut maknya.", balas pembantu rumah.
Mendengar jawapan itu menyebabkan telinga penulis seakan berasap. Patutkah seorang ibu pergi bermain basikal tanpa berfikir si anak kecil akan mengikutinya dari belakang.. Tidakkah dia sedar dia punya anak yang sedang membesar dan masih belum mengerti hal itu? Ya Allah..kegilaan bermain basikal di Putrajaya bukan asbab untuk ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka. Menjaga keselamatan anak-anak mereka. Wajarkah 'bibik' sahaja yang memikirkan soal itu..?
"Ayahnya mana?",soal penulis lagi.
"Tiada. Kerjanya di Jepun.", benar..anak ini dari golongan orang berada.
"Bagi sini nombor telefon maknya. Biar saya telefon sekarang." penulis meminta nombor dari pembantu rumah.
Sedang pembantu rumah membelek-belek telefon, ibu kanak-kanak tadi tiba di rumah dalam keadaan terpinga-pinga.
Pemuda yang bersama penulis tadi menghampiri ibunya dan lantas berkata, "saya jumpa anak akak main basikal sorang-sorang kat jalan besar." sambil jarinya menunjuk arah tempat kami menemui anaknya.
"Kereta tengah laju kat situ dia boleh naik basikal kat tengah-tengah jalan." tambah pemuda itu. Penulis juga menghampiri ibunya.
"Akak tak perasan ke anak akak ikut akak dari belakang? Dah nak sampai Petronas dah dia bawak basikal sorang-sorang. Bahaya, itu jalan besar. Kalau kawasan depan rumah ni takde masalah sangat." penulis tidak sempat memberi ruang si ibu berkata apa-apa.
"Ya Allah.." itu perkataan spontan yang terpancul dari mulut ibunya.
"Macam mane ni kak..? Biarkan anak main sorang-sorang kat jalan tu. Nasib baik kitorang yang jumpa, kalau orang ada niat jahat macam mane?" pemuda itu bersuara seakan kami sedang 'attack' si ibu tadi.
Kekecohan yang tercetus kira-kira 5 minit itu mengakibatkan ada antara jiran yang menjengah ke arah rumah kanak-kanak itu. Demi Allah tidak terlintas di benak hati berniat untuk memalukan tuan rumah. Cuma disebabkan situasi yang penuh emosi itu, mungkin nada suara mulai mencapai high volume.
"Dia ni memang jenis hyperactive sikit. Saya tak sedar dia ikut dari belakang." si ibu mula bersuara.
"Kalau akak tau anak akak ni hyperactive, akak kena la aware kalau-kalau dia ikut. Anak besar ni banyak perkara lagi yang dia belum faham. Sebelum akak nak main basikal, make sure akak dah ready bab-bab keselamatan anak-anak ni." penulis menasihati si ibu.
"Itulah, saya pun tak sempat jauh tadi. Hati rasa tak sedap terus patah balik." si ibu bernada seolah kesal.
Tatkala itu penulis dan pemuda tadi beransur-ansur reda 'kepanasannya'. Kami sempat memberi beberapa kata-kata nasihat terakhir sebelum beredar. Si ibu berkali-kali memohon maaf dan berterima kasih di atas setiap apa yang berlaku itu. Kekesalan dan riak wajah si ibu yang lesu menyebabkan kami tidka mahu memnjangkan cerita. Kami pun berlalu dengan harapan tiada lagi perkara seperti ini berlaku di Presint 18 dan secara umumnya di mana sahaja.
Jadikanlah Sebagai Iktibar

Sebagai seorang hamba Allah yang lemah, penulis ingin sekali menasihati semua pembaca dan juga diri sendiri supaya cerita ini dijadikan iktibar. Beberapa point penting mungkin boleh diambil daripada kisah ini untuk renungan bersama:
1. Utamakan keselamatan ahli keluarga daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Di zaman yang penuh cubaan dan dugaan ini, kita sebagai ibu bapa perlu menitikberatkan soal keselamatan anak-anak walau dalam apa keadaan sekali pun.
2. Prihatin terhadap isu yang berlaku sekeliling kita. Seperti mana yang dilakukan oleh pemuda dalam cerita tadi, kita juga sebenarnya punya hak untuk sama membantu. Pada penglihatan saya, di dalam ramai orang yang melalui jalan masa itu, hanya seorang pemuda sahaja yang sanggup turun dari kenderaan membantu. Terima kasih kepada pemuda tersebut.
3. Ketaksuban dalam sesuatu perkara bukan sebab melalaikan tanggungjawab. Apa sahaja hobi dan minat kita, jangan sampai kita berlepas tangan tentang tanggungjawab. Lebih-lebih lagi sebagai ibu bapa. Pembantu rumah bukan pengganti terbaik, mereka hanyalah pembantu.
Itu sekadar beberapa perkara yang dipetik. Mungkin banyak lagi yang boleh dijadikan iktibar. Penulis sekadar berkongsi untuk kepentingan bersama. Mohonlah perlindungan daripada Allah SWT agar kita dijauhkan dari segala rupa bentuk bahaya di dunia dan azab seksa di akhirat. Kembali kepada Allah dengan sebenar-benar penyerahan, mudah-mudahan Dia akan sentiasa melindungi keluarga kita dari kepincangan dunia masa kini. Bersyukurlah kepada Allah dengan nikmat keharmonian yang diberikan, agar ianya sentiasa berkekalan dan terciptanya keluarga yang bahagia. Jazakallah..

No comments:
Post a Comment