Sila Klik Nuffnang

Monday 12 November 2012

Sekitar Program Qurban SWAZ 2012 (Scene Malam)

Program qurban Surau Wahbah Al-Zuhaily tidak terhenti di sebelah siang sahaja. Selesai kerja-kerja gotong-royong penyembelihan, melapah, mengagih dan memasak di sebalah siang, tiba pula masa untuk slot santapan.
Menariknya, 2 jenis santapan disediakan dalam satu malam. Pertamanya sudah tentu daging korban yang sedia menanti para hadirin. Manakala yang kedua pula ialah santapan rohani yang dirindui oleh para pencinta majlis ilmu.
Malam itu, pengisian ilmiah disediakan dengan menampilkan program berbentuk forum santai bertajuk "Erti Sebuah Pengorbanan". Pada asalnya dua (2) orang panel yang dijemput, namun disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, hanya tinggal seorang panel dan moderator sahaja. Namunn ia jelas tidak menghampakan. Saksikan beberapa photo shot yang dirakamkan oleh urusetia program sepanjang malam tersebut.
Ustaz Saharuddin Zaini (kiri) sebagai moderator. Manakala panelnya ialah Ustaz Mohd Nazir Zakaria.
Antara yang hadir mendengar kupasan tajuk Erti Sebuah Pengorbanan.


Cerita di dapur...petugas menyediakan daging korban yang belum diagihkan.

Lebar senyum tu..seronok sangat ke..?

Sebahagian remaja yang hadir mendengar forum dari luar surau.

Sebahagian muslimat yang hadir menunggu program forum bermula.

Pengerusi (kanan) dan Timb. Pengerusi (tengah), mendengar penerangan daripada salah seorang AJK.

Para petugas sibuk menyediakan makanan untuk jamuan Kenduri AidilAdha.

Takbir Raya dipimpin oleh Ustaz Nazir menggamit suasana yang amat meriah.
Sebahagian Muslimat turut serta melaungkan takbir raya pada hari tasyrik kedua AidilAdha.

Kenduri Aidiladha menyediakan pelbagai juadah istimewa kepada hadirin.

Sudut muslimat turut menyediakan juadah yang sama.

Pengerusi bersama Ustaz Nazir menjamu selera.

Para hadirin beratur untuk menjamu selera yang dihidang secara buffet.

Para hadirin menilmati juadah Kenduri AidilAdha di serata kawasan Surau.

Chef Zam (biru) tersenyum girang melihat hadirin berselera dengan juadah istimewa. Mahu resepi..? Sila dapatkan dengan Chef Zam yer..

Di dalam surau juga disediakan tempat untuk jamuan.

Selesai makan, Ustaz Nazir menyambung sesi agihan daging korban kepada penduduk yang hadir.

Ustaz Saharudin menjalan tugas yang sama di sebelah kawasan Muslimat.

Gambar kenangan di kalangan AJK dan petugas sebelum majlis bersurai. InsyaAllah jumpa lagi pada program-progam akan datang. Allahu Akbar..!!!
  

3 comments:

  1. Tahniah di atas penganjuran program ibadah korban. Terharu saya tengok.

    Muhamad Izham bin Ahmad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..izham, bila-bila ada program lagi kat sini amik la cuti. Raikan sama-sama jemaah kita. Semua rindu sentuhan izham.

      Delete
  2. Muhammad Izwan
    MOHON BERI PERHATIAN....
    Minta pertolongan pada semua, sharekan post ini atau viralkan segera.
    Penipu Skim Pelaburan Perkongsian Modal.
    Penipu: : USTAZ NAZIR ZAKARIA
    Beliau menggunakan agama dan bangsa melayu untuk menolong dan menaikkan taraf kehidupan orang islam dan meLAYU. Berkongsi modal dengan pulangan 5000 dalam masa 1 bulan dengan minima RM1,000/lot. .Beliau dipercayai telah menipu di Perak, Selangor, Melaka, Kelantan, Kedah dan beberapa negeri lain. Yang menjadi mangsa kebanyakannya pesara, petani, orang kampung, pekerja kilang dsb .. Jika ternampak, minta tangkap dan bawa ke balai polis berhampiran.
    Jika terserempak atau mengenali USTAZ NAZIR ZAKARIA ini, sila hubungi balai polis berdekatan.. Ramai yang teraniaya....
    Tolong share sampai tertangkapnya manusia jahanam ini....

    ReplyDelete