Sila Klik Nuffnang

Monday 19 November 2012

Kejam: Kanak-Kanak dan Masjid Jadi Sasaran Israel

Tentera Yahudi laknatullah benar-benar menguji kesabaran umat Islam. Kekejaman dan jenayah perang alaf baru seperti ini tidak lagi boleh dimaafkan. Serangan tentera Zionis Israel yang menjadikan orang awam sebagai sasaran membuktikan bahawa mereka benar-benar kaum yang dilaknat oleh Allah seperti mana dikisahkan di dalam Al-Quran.

Serangan bertali arus yang masuk hari keenam ini amat memilukan hati seluruh umat Islam sedunia. Masakan tidak... kanak-kanak, remaja dan wanita menjadi antara korban paling tinggi direkodkan pada masa kini daripada sejumlah lebih 70 nyawa tidak berdosa tumpas tanpa belas dari Israel.  Setiap kali menatap ruang berita dan akhbar, pastinya air mata akan bergenang, dada berdegup kencang serta naluri berkata 'laknat ke atas kaum wahai Israel'.
Kanak-kanak Palestine mangsa serangan Israel. Ya Allah laknatlah ke atas tentera yahudi yang kejam kepada kanak-kanak seperti ini.

Salah seorang bayi yang terbunuh hasil kekejaman zionis laknatullah.

Meratapi terbunuhnya bayi dan kanak-kanak yang tidak berdosa ini, seluruh umat Islam pasti akan tersentuh hatinya. Apakah dosa mereka kepada tentera Israel..? Adakah mereka khuatir kanak-kanak ini juga akan menghalakan senjata ke arah mereka..? Jawapan sebenar ialah mereka memang ingin memusnahkan seluruh bumi dan rakyat Palestine.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, zionis juga sudah mula mejadikan Masjid sebagai sasaran terbarunya. Jelas sekali motif serangan ialah ingin membunuh umat Islam dan bukan sahaja menuju kepada pejuang-pejuang Hamas. Pejabat-pejabat pemimpin Hamas dan pejabat kewartawanan juga dimusnahkan.

Bagi penulis, serangan terhadap rumah-rumah Allah tidak lain ialah bertujuan untuk meruntuhkan institusi masjid kerana puak Yahudi ini tahu bahawa di situlah bermulanya kekuatan sesebuah kaum Muslimin. Peranan masjid juga amat penting untuk menyebarkan seruan jihad dan di situ jugalah punca kuasa umat Islam terutama dalam bidang ilmiah.

Serangan Israel ke atas penempatan penduduk di Genting Gaza termasuk kawasan masjid.

Penulis amat yakin, setiap daripada kita yang membaca berita dan kisah serangan ganas ini pastinya akan terluka, marah, mengecam dan pelbagai lagi reaksi yang dihamburkan kepada kebiadaban Israel. Cukupkah sekadar meluahkan perasaan seperti itu..? Bagi penulis, seruan di dalam penulisan blog ini juga masih belum mencukupi. Berjuang mengangkat senjata..? Pastinya pelbagai alasan diberikan. Sumbangan kewangan..? Sebanyak mana pula yang kita termampu..

Ada cara lebih hebat jika itu semua diluar kemampuan kita. Senjata sulit umat Islam ialah doa. Solat dan bermunajatlah meminta bantuan daripada Allah untuk melindungi rakyat Palestine dan seluruh umat Islam yang beriman kepada-Nya. Pohonlah kehancuran ke atas musuh Islam yang ditunjangi oleh hasutan Iblis laknatullah. Semoga senjata ini mampu mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi ini.

Perihal Masjid di Palestine yang dimusnahkan oleh senjata Israel pula, adakah kita tidak merasa apa-apa di dalam hati..? Seharusnya kita terkesan. Kerana mungkin kita juga adalah manusia yang terpengaruh dengan tindak tanduk Yahudi itu. Buktinya...? Kita biarkan sahaja institusi Surau dan Masjid di Negara kita sunyi sepi. Samalah juga kita cuba menghancurkannya. Surau dan Masjid perlu diimarahkan oleh seluruh umat Islam diletak tinggi martabatnya. Jika hati kita tiada rasa untuk memartabatkannya, samalah kita berhasrat untuk memusnahkannya.

Ya.. kita semua bertanggungjawab ke atasnya. Jangan kita terikut-ikut naluri Yahudi yang bencikan rumah Allah seperti mana hasrat mereka ingin merampas Masjid Al-Aqsa. Maka apakah perlu kita sekadar berdiam diri menunggu kemusnahan yang sama akan berlaku di Surau dan Masjid di bumi Malaysia ini.

Beginilah malangnya kanak-kanak kecil ini disebabkan kita menyumbang ke atas kerosakan institusi Islam.

Perlukah kita mendengar rintihan dan tangisan seperti ini di bumi Malaysia. Hanya kerana gagalnya kita mengukuhkan institusi Surau dan Masjid..? Sedarlah wahai seluruh umat Islam.

Wanita bukan hak untuk dijadikan mangsa peperangan. Mereka warga yang harus terlindung. Maka, dimanakah pula hak Muslimah yang kita letakkan di dalam diri kita. Sukarkah untuk menyeru isteri dan anak-anak untuk bersama di dalam jemaah Islam..?

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku kepada saudara kita di Palestine. Naluri kita pasti akan meratapinya. Namun, jangan hanya meratap tanpa pengisian. Sumbanglah sesuatu yang mampu memberi mereka harapan untuk terus hidup di bumi sendiri. Panjatkanlah doa yang tiada putusnya kepada mereka supaya dilindungi. Mohonlah bantuan Allah untuk memusnahkan musuh-musuh Islam iaitu Israel dan Zionis laknatullah.

Hulurkan juga sebarang sumbangan untuk mereka. Wang, makanan, pakaian hatta kepada ubat-ubatan yang semakin sukar mereka perolehi. Carilah di mana-mana sahaja aktivis yang benar ingin membela mereka untuk kita sama-sama merasai keperitan rakyat Palestine.

Di sudut rohani pula, tingkatkanlah keimanan kita kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan. Semoga dengan iman di dada itu akan melahirkan kecintaan kita terhadap sesama Islam, wujud juga kasih kepada jalan jihad serta mendorong ke arah terbinanya pengukuhan di dalam institusi agama Allah yang suci ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. 

Kembalikanlah keceriaan di wajah ketakutan kanak-kanak yang tidak berdosa ini. Allahu Akbar..Allahu Akbar...Allahu Akbar..

No comments:

Post a Comment