Sila Klik Nuffnang

Saturday 29 December 2012

Cadangan Program 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum wbt.


Terlalu lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di dalam ruangan maya Blog Rasmi Surau Wahbah Al-Zuhaily ini. Jelas itu menunjukkan betapa lemahnya diri penulis sebagai manusia biasa untuk terus berdakwah dan menyampaikan maklumat dakwah melalui jalur internet.

Selepas post-poat berkenaan isu Palestin kira-kira sebulan yang lalu, akhirnya jumpa juga kesempatan untuk menaip perkara-perkara mengenai Surau Wahbah Al-Zuhaily yang sangat penulis cinta ini. Kebetulan pula waktu yang tiba telah menghampiri penghujung tahun masihi 2012. Beberapa detik lagi akan menjelma pula 2013. Sepertinya kita manusia, berbagai azam dipertaruhkan untuk mengisi setiap detik perjalanan tahun baru itu nanti.

Surau Wahbah Al-Zuhaily juga tidak ketinggalan. Perancangan harus dibuat bagi mentadbir rumah Allah ini dengan penuh pengisian yang berguna serta ilmiah. InsyaAllah pada 30 Disember 2012 ini ahli jawatankuasa Surau akan bersidang untuk kali terakhirnya pada tahun 2012. Ini sekali gus akan membuka buku baru bagi program-program tahun 2013.

Penulis bagi pihak AJK juga mengajak semua penduduk Presint 18 Fasa R12 dan seluruh ahli jemaah untuk sama-sama menyumbang idea dan cadangan program sepanjang 2013. Tuan-tuan sekalian dijemput menyertai mesyuarat jika berkesempatan atau juga boleh menaip di facebook surau atau apa sahaja ruangan yang ada bagi menambahbaik kualiti pengurusan Surau pada tahun 2013 nanti. Mudah-mudahan sumbangan idea tersebut juga akan dikira oleh Allah sebagai jihad di jalan-Nya.

InsyaAllah sebelum berakhir 2012 ini, penulis akan cuba coretkan beberapa kenangan program Surau Wahbah Al-Zuhaily sepanjang 2012 dan sedikit maklumat program yang dirancang pada tahun 2013 nanti. Semoga apa yang kita usahakan ini akan meraih martabat yang baik di sisi Allah.

Sehingga berjumpa lagi di tahun 2013. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment