Sila Klik Nuffnang

Monday 31 December 2012

Mengimbau Kenangan Tahun 2012

Hari ini merupakan hari terakhir di dalam tahun 2012 masihi. Nota sebuah perjalanan sepanjang setahun yang berlalu menggamit pelbagai kenangan suka dan duka kehidupan. Pengurusan sebuah Surau juga tidak terkecuali dalam mengabadikan kisah-kisah untuk diimbau bersama.


Penulis bukanlah terlalu ingin meletakkan apa-apa indikator di dalam tahun masihi melebihi tahun hijriah yang di pegang oleh umat Islam. Namun, di atas dasar mengikuti kehendak persekitaran, Surau Wahbah Al-Zuhaily juga menggunakan tahun masihi sebagai perancangan sesuatu program. Cuma coretan hujung tahun ini bukan di dalam bentuk perancangan, sekadar ingin berkongsi imbauan program yan telah dilaksanakan sepanjang 2012.






Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai

 
Program Ramah Mesra Jemaah Surau




Kutipan Dana Ramadhan







Makan Durian @ Ceramah Ambang Ramadhan



Majlis Khatam Al-Quran



Majlis Berbuka Puasa



Gotong Royong Majlis Aidilfitri



Majlis Rumah Terbuka AidilFitri 1433H



Program Ibadah Qurban



Ceramah Khas AidilAdha




Begitulah sedikit coretan hujung tahun 2012 yang dapat dipaparkan di dalam laman blog ini. Kebanyakan kisah di atas ialah berkenaan kejayaan program yang dianjurkan oleh Surau Wahbah Al-Zuhaily.

Tidak dinafikan, ada juga kisah-kisah tragis dan isu-isu yang berlaku dalam tempoh itu. Namun biarlah ia tidak diungkit ketika kita sedang berkira-kira menyambut kedatangan tahun 2013 ini.

Harapan penulis bagi sesi 2013 yang akan datang nanti agar segala usaha yang diberikan selama ini terus dipertingkatkan. Setiap kelemahan dibaiki agar menjadi utuh sebagai sebuah organisasi Islam yang mantap. Seruan penulis juga kepada seluruh warga Presint 18 khasnya di Fasa R12, marilah bersama membina ukhuwah di kalangan kita umat Islam dengan mendekati diri ke program-program agama di rumah Allah. Simpul rapi ikatan mahabbah antara kita agar Islam terus tertegak di bumi indah Putrajaya.

Ucapan khas dari seluruh AJK Surau Wahbah Al-Zuhaily kepada semua, Selamat Tahun Baru 2013. Berjumpa lagi dengan keimanan dan ketakwaan teguh kepada Allah. InsyaAllah..

Saturday 29 December 2012

Cadangan Program 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum wbt.


Terlalu lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di dalam ruangan maya Blog Rasmi Surau Wahbah Al-Zuhaily ini. Jelas itu menunjukkan betapa lemahnya diri penulis sebagai manusia biasa untuk terus berdakwah dan menyampaikan maklumat dakwah melalui jalur internet.

Selepas post-poat berkenaan isu Palestin kira-kira sebulan yang lalu, akhirnya jumpa juga kesempatan untuk menaip perkara-perkara mengenai Surau Wahbah Al-Zuhaily yang sangat penulis cinta ini. Kebetulan pula waktu yang tiba telah menghampiri penghujung tahun masihi 2012. Beberapa detik lagi akan menjelma pula 2013. Sepertinya kita manusia, berbagai azam dipertaruhkan untuk mengisi setiap detik perjalanan tahun baru itu nanti.

Surau Wahbah Al-Zuhaily juga tidak ketinggalan. Perancangan harus dibuat bagi mentadbir rumah Allah ini dengan penuh pengisian yang berguna serta ilmiah. InsyaAllah pada 30 Disember 2012 ini ahli jawatankuasa Surau akan bersidang untuk kali terakhirnya pada tahun 2012. Ini sekali gus akan membuka buku baru bagi program-program tahun 2013.

Penulis bagi pihak AJK juga mengajak semua penduduk Presint 18 Fasa R12 dan seluruh ahli jemaah untuk sama-sama menyumbang idea dan cadangan program sepanjang 2013. Tuan-tuan sekalian dijemput menyertai mesyuarat jika berkesempatan atau juga boleh menaip di facebook surau atau apa sahaja ruangan yang ada bagi menambahbaik kualiti pengurusan Surau pada tahun 2013 nanti. Mudah-mudahan sumbangan idea tersebut juga akan dikira oleh Allah sebagai jihad di jalan-Nya.

InsyaAllah sebelum berakhir 2012 ini, penulis akan cuba coretkan beberapa kenangan program Surau Wahbah Al-Zuhaily sepanjang 2012 dan sedikit maklumat program yang dirancang pada tahun 2013 nanti. Semoga apa yang kita usahakan ini akan meraih martabat yang baik di sisi Allah.

Sehingga berjumpa lagi di tahun 2013. InsyaAllah...