Sila Klik Nuffnang

Saturday 31 March 2012

Excident Atau Perbuatan Khianat..??

Pada hari Isnin (26 Mac 2012) yang lalu, kami sebagai Ahli Jawatankuasa Surau Wahbah Al-Zuhaily telah dikejutkan dengan berita bahawa pintu utama surau (sliding door) telah pecah. Perkara ini dimaklumkan oleh syarikat yang dilantik sebagai penyelenggara kuarters iaitu ZD Indah Sdn Bhd. Kaca pintu bertaburan di atas lantai beserta percikan darah dari kawasan pintu hingga ke dalam tandas lelaki. Kejadian dianggarkan berlaku sekitar jam 2.30 - 3.30 petang. Hal sebegini menggemparkan dan menjadi tanda tanya kebanyakan AJK dan juga jemaah yang hadir ke surau.
  

Friday 30 March 2012

Keluarga Bahagia: Realiti atau Fantasi?

Program ini bukanlah sebenarnya anjuran oleh Surau Wahbah Al-Zuhaily atau diadakan di premis kami. Namun disebabkan adanya hubung kait dengan kisah sebelum ini "Kanak2 5 Tahun Berkeliaran Di Presint 18", kami terpanggil untuk mempromosikan program anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Nisa' Putrajaya ini.

Program ini adalah Eksklusif Untuk Wanita (EUW) dan tajuknya juga adalah begitu bersesuaian kerana wanita adalah nilai paling tinggi di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Luangkanlah sedikit masa puan-puan untuk sama-sama menimba ilmu. Semoga kewujudan keluarga bahagia di kalangan masyarakat kita khasnya di Putrajaya ini mampu direalisasikan. InsyaAllah.

Sumber rasmi iklan:


kANAk2 5 TaHuN bErkeLiaRaN di PrESiNt 18

Pagi ahad yang lepas menjadi salah satu hari yang tidak mungkin boleh dilupakan oleh penulis. Keindahan pagi yang sepatutnya diwarnai dengan aktiviti bermanfaat seisi keluarga telah menjadi satu pagi penuh emosi yang hampir sahaja mengundang hilangnya rasa sabar.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi ini berlaku di jalan persimpangan Wisma Putra menghala ke Stesen Petronas Presint 18, Putrajaya. Sedang penulis dalam perjalanan pulang membeli sarapan pagi, penulis terlihat seorang pemuda sedang menarik-narik seorang kanak-kanak yang penulis anggarkan berusia sekitar 4 atau 5 tahun. (Melihat pada fizikal yang lebih besar sedikit daripada anak penulis). Keadaan tersebut betul-betul berlaku di tengah jalan iaitu di pembahagi jalan antara belakang SMK Presint 18(1) dan projek Klinik Kesihatan Presint 18. Perasaan pada ketika itu bercampur baur. Tertanya-tanya sama ada pemuda tersebut ahli keluarganya atau..??? (Na'uzubillah..) Penulis berpatah balik ke tempat kejadian dengan perasaan semoga penulis tidak dikata "jangan campur hal orang la..".

Monday 26 March 2012

Kematian Di Presint 18

Sudah berminggu-minggu lamanya hasrat untuk menulis topik ini. Namun baru kini diberikan kesempatan oleh Allah untuk jari jemari menekan papan kekunci.

*** Pesanan: Sebelum kisah kematian ini disingkap lebih lanjut, diharap penulisan kali ini dapat dibaca oleh semua sehingga ke akhir dan merenung sejenak adakah kita tergolong di dalam mereka yang mengambil ringan terhadap hal-hal kematian atau dalam bahasa ilmiahnya urusan Fardhu Kifayah.

Wednesday 14 March 2012

SYRIA : What's Next..??

Satu program penerangan berkenaan isu yang berlaku di Syria akan diadakan pada 17 Mac 2012 (Sabtu) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Program berbentuk kuliah maghrib ini akan mengupas perjalanan dan pergolakan yang berlaku di Syria untuk dijadikan iktibar kepada kita sebagai saudara sesama Islam.

Pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily menyeru agar semua muslimin dan muslimat di seluruh kawasan Putrajaya dan sekitar untuk hadir beramai-ramai memberi sokongan moral berkenaan isu pergolakan di Syria ini. Wujudkan semangat mencintai saudara-saudara Islam kita di seluruh dunia agar kita juga akan dicintai oleh dunia.

 
(Hanya untuk membantu promosi)

Sumber rasmi:


P/S: Di Putrajaya akan diadakan pesta belon panas pada tarikh yang sama. Kita seronok bermain dengan api, sedangkan saudara kita di Syria gegak gempita menyelamatkan diri dari senjata api yang mengorbankan puluhan ribu umat Islam yang tidak berdosa. Fikirkanlah saudaraku sekalian. Jangan terlalu dibuai keseronokan dan terbang di awangan tanpa menjengah ke bawah yang penuh dengan liku. Selamatkan Syria.






Telah Tag Pada Google Maps

Makluman kepada semua penduduk sekitar Putrajaya atau kawasan-kawasan luar..

Lokasi Surau Wahbah Al-Zuhaily telah pun berada dalam radar google maps sejak seminggu yang lalu. Pihak pengurusan telah pun berjaya untuk tag lokasi surau di dalam google untuk carian kedudukan berpandukan map/peta yang disediakan oleh google. Lihat di bawah. Tag yang berhuruf 'A' tersebut betul-betul ditandakan pada premis Surau Wahbah Al-Zuhaily.

 (Klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Untuk mencari peta surau ini, adalah dinasihatkan supaya anda menaip di ruangan google search dengan nama 'SURAU WAHBAH AL-ZUHAILY'. Pastikan huruf terakhir adalah 'Y' bukannya 'I' seperti mana kebanyakan ejaan di dalam internet. InsyaAllah admin google maps akan memaparkan kepada anda lokasi Surau Wahbah Al-Zuhaily dengan tepat.

Sekiranya anda memerlukan direction ke lokasi juga, anda boleh menaip lokasi anda dan juga lokasi kami iaitu 'SURAU WAHBAH AL-ZUHAILY' pada ruangan to and from pada google maps. Arah perjalanan akan dipaparkan oleh admin google kepada anda. Contoh adalah seperti di bawah.

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Kini ia lebih mudah untuk semua yang berminat hadir ke sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak Surau Wahbah Al-Zuhaily. Marilah mengimarahkan rumah Allah..

Monday 5 March 2012

Eksklusif Untuk Wanita


Khabar baik untuk seluruh wanita dan muslimah di seluruh kawasan Presint 18 dan amnya penduduk Putrajaya. Satu program Eksklusif Untuk Wanita (EUW) akan diadakan dengan kerjasama sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Nisa' Putrajaya pada ketetapan tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

(Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas)

Surau Wahbah Al-Zuhaily amat berbesar hati di atas kesudian Nisa' Putrjaya untuk menganjurkan program yang bermanfaat ini di kawasan penduduk Fasa 18 R12, Presint 18, Putrajaya. Oleh yang demikian pihak surau selaku penganjur bersama, ingin mengajak seluruh wanita dan muslimat penduduk Presint 18, amnya di Putrajaya serta kawasan sekitar atau di mana sahaja untuk hadir sama ke program ini. Ramai-ramailah hadir mengimarahkan program berbentuk ilmiah ini. Semoga kita semua mendapat manfaat, syafaat dan perlindungan berterusan daripada Ilahi.

Sila layari blog Nisa' Putrajaya untuk maklumat lanjut.

Kepada yang ingin memandu terus ke Surau Wahbah Al-Zuhaily boleh rujuk kepada map dibawah.
(Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas)

Anda juga boleh set koordinat menggunakan peralatan GPS, Garmin dan Papago seperti ketetapan berikut:
+2° 55' 13.27", +101° 41' 34.26".
Boleh juga search Sek. Men. Presint 18, Putrajaya. Jalan masuk adalah bertentangan dengan pintu masuk utama sekolah.


Thursday 1 March 2012

Jadual Kuliah & Program Mac 2012

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." (HR Abu ad-Darda' r.a)
 
Di sini disediakan jadual kuliah bagi bulan Mac 2012 untuk makluman dan rujukan semua. 2 jenis paparan juga dirangka disebabkan kerana mungkin ada yang selesa melihat dalam bentuk planner dan mungkin ada yang lebih mudah jika dibaca dalam bentuk table. Pilihan di tangan anda. Ayuh pemuda-pemuda Islam, bersama kita penuhi dada, jiwa dan minda dengan ilmu Allah yang amat luas ini.
(Sila klik untuk paparan jelas. Save dan print digalakkan untuk simpanan/rujukan anda)

(Sila klik untuk paparan jelas. Save dan print digalakkan untuk simpanan/rujukan anda)